Skip to main content

11 Jenis Mak Mertua Yang Wujud di Malaysia

Minggu lalu, ketika sedang duduk menikmati teh di rumah, sambil memikirkan idea untuk menulis artikel, terlihat satu iklan di tv mengenai mak mertua.

Bila cerita tentang mak mertua, teringat filem Ibu Mertuaku lakonan P Ramlee. Satu filem yang mengangkat tema berat tentang keluarga, tetapi kekal relevan dan segar sehingga kini.

Maksudnya, topik mak mertua ini bukan kisah baru. Dan ia seolah olah menjadi satu topik taboo untuk diangkat dalam masyarakat khususnya melayu. Pastinya P Ramlee ada sebab untuk membawa tema ini ke layar perak.

Idea ini mengingatkan saya semula bahawa pernah menonton satu ceramah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Badlishah. Kebetulan,  topik ceramahnya ialah mengenai mak mertua.

Saya pun dengan pantas mencari semula video tersebut dalam youtube dan menemuinya disini.

Saya kongsikan semula apa yang disampaikan dalam ceramah tersebut dalam artikel ini.  Semoga kita beroleh manfaat.

Menurut beliau, rupa-rupanya, terdapatnya 11 jenis mak mertua yang wujud dan terdapat di Malaysia.

#1 Mak Mertua yang Busy body.

Terdapat mak mertua yang Luar biasa busy bodynya.  Apa itu busy body? Semua perkara dia nak tahu.  Naik pening menantu melayan perangai mak mertua sebegini .

#2 Mak Mertua Mabuk Kuasa.

Mak mertua jenis begini ialah apabila mahu campur tangan dalam semua  segi dan perkara rumahtangga.

Samada dari segi menu  makanan, hal pengasuh, pakaian, anak ,cucu, kerja, dan segalanya. Bahkan, mak mertua sendiri yang akan membuat keputusan untuk anak mereka.

#3 Mak Mertua Kaki Gossip.

Bergossip atau membawang. Menantu kena  bertahan  berjam jam mendengar mak mertua mengata orang lain, mengutuk anak sendiri dan menantu yang lain.

Kalau dapat mertua camni, tadahkan sahaja telinga dan jadilah pendengar yang baik.  Kalau dapat, nasihatkan secara halus dan berhema.  Ingat, jangan sekaki pula ikut mengumpat. Silap haribulan kita pula yang menjadi bahan umpatan.

#4 Mak Mertua Kuat Mengeluh. 

Mengeluh setiap hari. Mengeluh setiap jam. Tidak pernah ada hari yang ok. Ada sahaja yang tidak ada ok. Sifat mengeluh ini ada ketikanya buat kita kesian. Tapi, kadang kadang boleh naik menyampah dibuatnya.

Sama juga seperti kategori kaki gossip, jadilah menantu pendengar yang setia. Mungkin, kita adalah satu satu tempat yang dia boleh percaya untuk meluahkan apa yang tersimpan di hati. Doakan sahaja la yang  baik-baik.

#5 Mak Mertua Mata Duitan.

Percaya atau tidak, memang benar terdapat mak mertua yang mata duitan. Kalau menantu kaya, layanannya luar biasa berbanding menantu yang tidak berapa nak kaya.

 Kadang kadang kita sebagai anak atau menantu, boleh cepat perasan tentang hal begini.

#6 Mak Mertua Pilih Kasih.

Dalam ramai ramai anak, mungkin ada yang mendapat perhatian dan kasih yang lebih. Jika tidak dikawal sifat ini, lahirlah sifat pilih kasih.

Kalau suami atau isteri kita anak kesayangan, maka kita juga akan berkongsi kasih dengan ibunya.  Begitu jugalah sebaliknya. Jika suami kita anak malang dan selalu dimarah, maka tempiasnya juga akan kena dengan kita.

#7 Mak Mertua Acuh tak acuh.

Jenis yang tidak mengambil perhatian dan tidak ambik tahu tentang keluarga kita. Kekadang kita rasa seperti dipinggirkan dalam keluarga.

#8 Mak Mertua Bermulut Manis.

Didepan kita, puji melambung tetapi, dibelakang cakap lain. Mak mertua sebegini akan bercakap yang baik baik sahaja di depan kita.

Lebih malang, jika anak atau menantu tidak tahu dan tidak dapat membaca perangai mak mertua.

#9 Mak Mertua yang Duduk Terus Dengan Anak (sampai ke sudah).

Kategori begini biasanya terjadi apabila suami  /isteri kita adalah anak kesayangan. Berpisah sekejap pun tak boleh. Ikut ke mana sahaja kita berada.

Sebagai pasangan suami isteri, ada masanya kita perlukan masa privacy bersama keluarga. Sinilah yang boleh menyebabkan perselisihan dikalangan suami dan isteri.

#10 Mak Mertua Profesor serba tahu.

Semua perkara dia ‘terror’.

Semua perkara dia serba tahu.

Sebut sahaja apa perkara, pasti akan ada jawapannya.

#11 Mak Mertua Yang Memahami

Dalam semua jenis mak mertua yang saya sebutkan di atas, sekiranya mak mertua mempunyai sifat seperti ini, maka bersyukurlah. Berbanding 10 jenis macam diatas, Inilah jenis mak mertua yang terbaik.

Mak mertua sebegini sangat memahami. Tak perlu kita bagitahu, mak mertua kita sudah faham apa yang perlu. Lebih memahami situasi, bahkan memberi bantuan.

HARGAILAH MAK MERTUA KITA

Mak mertua ini sebenarnya adalah pemberian Tuhan. Sebab itu, dalam Islam, tanggungjawab terhadap mak mertua hampir sama dengan tanggungjawab terhadap ibu sendiri.

Buat semua mak mertua di luar sana,

Terima kasih. Tanpa anda, tidak akan lahir insan yang bergelar pasangan kami.

Terima kasih, kerana membesarkan anak anda sehingga menjadi insan yang menjadi impian dalam kehidupan kami.

Syukur, dan bangga menjadi menjadi pasangan kepada anak anda. Terima kasih.

Sekian coretan untuk hari ini.

Hari-Hari ialah Hari Ibu. Hidup Jadilah Yang Terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *