APABILA LEMBU MENGAJAR MANUSIA

Kali ini saya membawa kisah lembu pula. Artikel ringkas ini saya nukilkan untuk kita memahami pengajaran disebalik penciptaan Sang Pencipta.
Lembu antara haiwan yang dikurniakan banyak keistimewaan dan kegunaan untuk manusia. 
Selain daripada anggota badan seperti daging dan susu yang selalu digunakan oleh kita, satu lagi perkara yang menarik tentang lembu ialah perlakuannya.
Cuba ambil masa merenung seketika bagaimana lembu menjalankan kehidupan seharian. Banyak benda yang sebenarnya mengajar kita tentang erti kehidupan. Hanya dengan melihat Lembu.
Saya rangkumkan satu kisah yang menceritakan secara ringkas tentang lembu dan jalan raya. Menerusi kisah ini, mari kita cari iktibar.
Bagaimana seekor lembu mengajar kita manusia untuk tidak sombong dan angkuh.

Bayangkan, disuatu persimpangan jalan, seorang pemandu kereta terpaksa memberhentikan keretanya apabila pegawai polis memintanya untuk berhenti.
Ini bagi memberi laluan kepada rombongan orang kenamaan untuk lalu. DI satu persimpangan jalan yang lain, rombongan kenamaan ini juga terpaksa berhenti untuk memberi laluan kepada satu rombongan Menteri Besar untuk lalu.
Rombongan Menteri Besar ini juga terpaksa memperlahankan perjalanan kerana untuk memberi laluan pula kepada rombongan Sultan.
Di persimpangan yang lain pula,  tiba tiba rombongan Sultan itu terpaksa berhenti. Berhentinya rombongan ini adalah kerana terdapat sekumpulan lembu yang berada di atas jalan raya.
Akhirnya, sehebat mana pun pegawai polis yang mengiringi Sultan itupun terpaksa berhenti untuk menguruskan lembu lembu itu.

PENGAJARAN

Mungkin anda pernah mengalami situasi di mana jalan raya yang dipenuhi dengan lembu. Semahal dan secanggih manapun kereta anda, belum tentu dapat mengusir lembu dengan masa yang pantas.
Begitu jugalah dengan kehidupan kita. Sehebat manapun manusia, jangan sesekali kita berlaku sombong. Jangan kita bangga dengan kesenangan yang kita miliki.
Hanya dengan seekor lembu, Tuhan mengajar kita untuk sedar akan diri kita dan hakikatnya bahawa kita hanya insan yang lemah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *