Skip to main content

“KITA NI BODOH ENCIK.. TOLONGLAH KAMI.. PIMPINLAH KAMI” : MALAYSIA BOLEH, MALAYSIA BODOH, DAN MALAYSIA AIRLINES

10358135_800589220012890_1214584772083971825_n

“Nak buat sesuatu pun guna konsultan luar, director pun orang luar, seolah olah kita pi kat dia mengaku, kita ni bodoh encik… tolonglah kami.. pimpinlah kami,”

Berikut adalah petikan ucapan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu temuramah baru-baru ini. Anda boleh rujuk disini untuk temuramah penuh.

Ini adalah susulan daripada keputusan kerajaan untuk melantik tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

Artikel saya kali ini akan cuba menyelami disebalik kata-kata seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara. Ada isi tersirat disebalik kritikan. Ada mungkin pengajaran disebalik pelbagai tuduhan. Dan bersangka baiklah kita dalam apa juga keadaan.

Read More

6 PERKARA SEMPENA ULANG TAHUN PERKAHWINAN : HAPPY ANNIVERSARY ISTERIKU TERCINTA

c4d1dbda0cfa2270f6270a7d88b5eb89

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”                                                                                                         – ayat 21, surah ar-Rum 
Perkahwinan merupakan idaman setiap manusia di muka bumi ini. Dari perkahwinan itulah bermulanya gelaran suami dan isteri. Dan setiap pasangan suami isteri pastinya mendambakan ikatan yang berkekalan hingga akhir hayat.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN buat isteri tercinta. 7 Disember merupakan tarikh keramat kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Terima Kasih kerana terus setia menjadi isteri dan menjadi ibu yang hebat. I love you so much.
Dan saya akui bukan mudah untuk menggalas tugas sebagai suami..tidak semudah melafazkan “aku terima nikahnya”. Adakalanya tidak seindah yang dibayangkan ketika sewaktu sebelum perkahwinan.
Sebagai manusia biasa, niat dan doa saya mahukan perhubungan berkekalan bahagia sehingga penghujung nafas.
Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan, maka saya nukilkan artikel ini untuk saya jadikan panduan. Untuk saya jadikan peringatan. Untuk saya berkongsi dengan pembaca agar kita beroleh manfaat.

Read More

SUATU CERITA ANAK MUDA : HEBATNYA KUASA PROPAGANDA DI MALAYSIA

13895211882063130911

Ini bukanlah penulisan propaganda ataupun retorik politik kepartian. Saya tidak berminat untuk membawa agenda mana-mana parti politik ke dalam penulisan saya. Ini cuma coretan pengalaman yang saya ingin kongsikan.

Islam itu adalah merangkumi cara hidup kita seharian. Dan politik adalah termasuk dalam Islam. Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Itu hukum yang wajib dipegang. Saya jadikan ini tali dalam penulisan saya kali ini. Anda ada hak untuk tidak setuju.

Segar masih diingatan, sewaktu masih kecil dahulu di awal tahun 90-an. Di zaman tiada siaran astro ataupun internet. Setiap hari bapa saya akan membeli surat khabar melayu. Samada utusan Melayu atau Berita Harian. Dan setiap hari jugalah saya akan membaca surat khabar.

Kebetulan pada masa itu liga bola sepak Malaysia sangat meriah sekali. Maka suratkhabar dan berita televisyen merupakan 2 sumber utama mendapatkan berita.. Saya selaku peminat tegar bola sepak tempatan ingin mendapatkan berita yang sentiasa up-date.

Dari situlah keminatan terhadap suratkhabar, yang akhirnya membuatkan saya minat untuk membaca. Minat membaca sudah sebati dalam diri akibat dari membaca surat khabar.

Rasa seolah kehidupan seharian tidak lengkap tanpa membaca surat khabar. Surat khabar itulah rupanya tempat segala macam propaganda politik di tumpahkan.

Read More