Skip to main content

APABILA MAMBANG MENYURUH KITA KE SEKOLAH : SINDIRAN HALUS DISEBALIK SEBUAH DIALOG

Pendekar-Bujang-Lapok

Bersempena dengan hari guru yang disambut setiap 16 Mei setiap tahun, tergerak hati saya untuk menulis sebuah artikel yang mengambil latar sebuah filem hebat karya agung Tan Sri P Ramlee, iaitu filem Pendekar Bujang Lapuk.

Filem ini sebenarnya penuh dan sarat dengan sindiran serta kritikan. Kisah di mana 3 pemuda mencari seorang pendekar untuk berguru. Pelbagai cabaran ditempuhi yang akhirnya, mereka berjaya mengalahkan samseng-samseng yang menculik cikgu Ros.

Dalam filem tersebut, ada satu babak yang menyentuh tentang mambang. Ada apa dengan mambang? Mengapa topik mambang diangkat dalam filem itu? Yang menariknya babak itu tidak bosan untuk di tonton dari dulu sampai sekarang.

Pastinya ramai yang tidak tahu apa pengertian sebenar mambang. Saya sendiri pun tidak faham apa itu mambang. Apabila di google, pengertian ringkas yang diperolehi ialah berkaitan dengan jin, hantu,semangat, ataupun makhluk halus.

Read More

MENGENALI YAHUDI : WATAK PALING ANTAGONIS DALAM AL-QURAN

89ee6d2ee0688023920334532655ca49Sekiranya anda mengikuti artikel dalam blog ini, saya banyak menyentuh tentang isu Yahudi samada secara langsung atau tidak. Walaupun saya bukanlah pakar dalam bidang ini, namun semoga perkongsian memberi manfaat kepada kita.

Sedar atau tidak, Kaum yahudi merupakan salah satu kaum yang sangat berkait rapat dengan peristiwa akhir zaman.

Dalam satu hadis sahih, Anis bin Malik ra,Rasulullah bersabda, “Dajjal akan keluar dari kota Isfahan (Khurasan, Iran) bersama 70,000 yahudi.”

Dalam Al-Quran,ada banyak ayat yang secara khusus merujuk kepada kaum Yahudi. Anda boleh rujuk sendiri samada menerusi Al-Quran ataupun buku-buku yang banyak di pasaran.

Dalam senarai umat terdahulu, Bani Israel adalah umat yang paling banyak diangkat ceritanya berbanding umat-umat lain seperti Kaum Ad, Thamud dan sebagainya.

Malah, ramai dikalangan rasul dan nabi terdiri daripada kaum yahudi. Antaranya Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf, Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.

Persoalan pertama…mengapa Yahudi?

Read More