Skip to main content

TPPA DAN ZIONIS

720a6f9509387df5cf0e0c0562283966

Sebelum ini saya menyentuh tentang kisah MH17 dan cuba kaitkan dengan TPPA. Kali saya akan sentuh mengenai TPPA dan kaitannya dengan Yahudi Zionis. Saya cuba ringkaskan agar pembaca mudah faham. Agar kita mendapat bayangan supaya mudah untuk otak kita berfikir.

TPPA merupakan perjanjian sulit rahsia yang misteri. Ia melibatkan negara-negara di rantau Asia Pasifik. Tiada yang tahu apa sebenarnya perjanjian ini. Perbincangan diadakan dengan penuh tertutup dan rahsia.

Mengikut logik akal, apa-apa perjanjian ataupun pertemuan yang penuh rahsia, pasti ada agenda yang cuba disembunyikan. Isi yang disembunyikan ini lah yang tiada siapa yang tahu. Saya sendiri pun tak tahu. Hanya yang tahu sedikit di Malaysia ini ialah Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Mustapa Muhamad.

Terima kasih kepada Wikileaks kerana telah berjaya membongkar sedikit isi perjanjian ini. Antara apa yang saya faham ialah melalui TPPA, syarikat-syarikat gergasi daripada Amerika akan mempunyai akses untuk memasuki negara ini dan begitu juga sebaliknya.

Baru-baru ini, DS Mustapa mengeluarkan kenyataan yang Malaysia boleh keluar daripada perjanjian ini sekiranya tidak membawa keuntungan. Kenyataan ini mengiyakan teori bahawa beliau pun tidak mengetahui secara mendalam akan isi perjanjian ini. Dan kenyataan ini juga seolah-olah membayangkan Malaysia sudah bersetuju dengan TPPA.

Read More

MH17 DAN TPPA

bb6cf589e77d5b76c75bf557ca5c9089

Baru-baru ini sudah didedahkan laporan akhir tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Dan mutakhir ini juga, isu perjanjian TPPA yang penuh misteri rancak dibincangkan. Mengapa saya katakan 2 perkara ini ada kaitan?

Untuk menghadam tragedi ini, anda harus faham daripada konteks yang lebih luas tapi melihat dengan mata yang halus. Mengapa pesawat MAS yang menjadi mangsa? Apa kaitannya pula dengan TPPA?

Sebelum ini saya ada menulis mengenai sebuah lagi kapal terbang milik Malaysia iaitu MH370. Bagi yang sudah membaca, rasanya anda boleh membaca dan faham ke mana arah tuju isi artikel saya ini.

Cuma olahan saya kali ini lebih kepada mencari perkaitan dan kesimpulan kepada 2 kisah yang sedang dan akan menghantui Malaysia.

Ini adalah pandangan ilusi saya sebagai penulis. Teori yang saya kemukakan ini hanyalah teori konspirasi semata-mata. Mungkin terdapat fakta yang tiada bukti kukuh. Namun, diharap ia mampu membawa keluar imiginasi pembaca seketika ke demensi berbeza.

Mengapa MH17 di tembak?

Read More

JEREBU DATANG LAGI

779227a35e32c8566eafb920e0805d7b

Jerebu datang lagi! ketika sudah reda beberapa minggu, ia datang kembali. Indeks pencemaran udara di beberapa kawasan menunjukkan peningkatan. Saya cadangkan agar  jerebu dimasukkan dalam kalendar tahunan Malaysia. Ia umpama pesta tidak diundang yang saya gelar malapetaka.

Saya katakan malapetaka kerana ia bencana angkara manusia sendiri. Sifat jerebu itu macam kabus yang menutupi ataupun samar-samar. Namun ia sebenarnya menelanjangkan sifat manusia di zaman yang kononnya serba moden.

Di saat kita mengecapi kemodenan dan kecanggihan teknologi, waktu inilah jerebu sering berlaku. Agak-agaknya zaman datuk nenek kita dulu-dulu, mereka mungkin tidak sempat menghidu ‘nikmat’ jerebu. Berbanding pada zaman ini, jerebu sudah menjadi seperti kebiasaan.

Punca kepada masalah jerebu ini ialah wang dan keuntungan. Kita kembali kepada sifat kebanyakan manusia pada akhir zaman ini. Semuanya kerana wang. Selagi ia mendatangkan keuntungan, selagi itulah akan ada sahaja kesempatan diambil.

Kebakaran di Indonesia yang mengakibatkan jerebu di rantau ini adalah dilakukan atas sebab keuntungan. Makin banyak dibakar, makin besarlah untung. Keluasan tanah yang yang dibakar mungkin lebih besar daripada keluaran tanah Singapura. Anda googlelah sendiri gambar-gambar kebakaran yang sangat menyayat hati.

Maka dipendekkan cerita, berpusu-pusu orang menyalahkan Kerajaan Indonesia akibat daripada peristiwa ini. Saya berlepas tangan untuk menyalahkan sesiapa. Siapa saya untuk menuding jari.

Read More

TARBIYAH DARI TAJ MAHAL

0ece9f586361b35e792a64f4a7f3be26

Taj Mahal, simbol percintaan agong Raja Moghol yang ke 5 iaitu Shah Jehan dan Mumtaz Mahal yang diabadikan dengan pembinaan salah satu monumen indah di dunia.

Kisah ini saya yakin ramai yang tahu. Tak perlulah saya huraikan secara detail. Saya yakin juga orang yang sedang dilamun cinta akan membayangkan percintaan berlatarkan Taj Mahal.

Namun, disebalik Taj Mahal itu, ada tersembunyi kisah yang mungkin ramai tidak pernah tahu. Pernahkah anda terfikir mengapa istana Taj Mahal itu memberikan ketenangan kepada pengunjung dan pemerhatinya?

Dengan melihat gambar Taj Mahal pun hati sudah sayu. Apatah lagi dengan melihat dengan mata sendiri. Cuba pula kita alihkan bayangan kita dengan bangunan di Malaysia seperti KLCC atau Menara Kuala Lumpur. Adakah perasaan yang sama kita rasai seperti melihat Taj Mahal? Jawapannya mungkin tidak.

Sebenarnya Taj Mahal bukanlah sekadar monumen kosong. Ada tarbiyah yang ditinggalkan oleh Shah Jehan di Taj Mahal untuk Umat Islam. Tarbiyah yang sudah beratus-ratus tahun dan kekal relevan hingga akhir zaman.

Tarbiyahnya terletak pada tulisan ayat Al-Quran yang terdapat di dalam Taj Mahal. Siapa sangka bangunan indah ini memiliki hiasan-hiasan daripada ayat Al-Quran. Dan ia bukan sekadar hiasan semata-mata.

Read More

MELAYU YANG LEMAH

8b8d613449af6bd56f2acf84fd12244c

Saya memilih topik Melayu kerana ia sangat dekat di hati saya. Mungkin kerana saya juga berasal daripada rumpun Melayu. Dan kebanyakan rumpun Melayu yang terdapat di rantau ini ialah beragama Islam. Dan Islamnya bangsa Melayu semakin terhakis sedikit demi sedikit.

Sejak 2 menjak ini, saya sering terfikir apa akan jadi kepada diri saya, keluarga, dan umat di sekeliling untuk 20 tahun akan datang.

Saya cuba pusing masa ke 20 tahun kebelakang dan bandingkan dengan masa ini, dan cuba membayangkan pula ke 20 tahun akan datang. Saya fokuskan gambaran itu kepada nasib bangsa yang bernama Melayu.

Hasil daripada analisis gambaran ini saya keluar dengan satu kesimpulan. Kesimpulan yang mungkin belum boleh menyimpulkan apa yang terlerai, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengelak daripada ia berkecai.

Bangsa Melayu ialah bangsa yang lemah. Jangan terus melompat ke kesimpulan membaca kenyataan itu. Kerana orang yang paling lemah ialah orang yang tidak berfikir panjang dalam memutuskan tindakan.

Saya huraikan beberapa bukti dan fakta agar ia dapat meyakinkan anda bahawa Melayu itu lemah. Bukan niat untuk melemahkan umat sendiri. Jauh sekali niat mengaibkan bangsa nenek moyang.

Read More