Skip to main content

OLA BOLA : ANTARA FILEM, SEJARAH DAN ORANG SABAH

866d36cfe8fb927c0ff8a0afeea082aeG

OLA BOLA : Sebuah filem yang sedang hangat mendapat kutipan jutaan ringgit ketika ini. Filem yang diadaptasi daripada kisah benar mengenai kisah bola sepak negara pada tahun 1980.

Ramai yang memuji akan filem ini. Daripada sinematografi yang menawan, jalan cerita yang memang menarik, serta lakonan hebat daripada pelakon yang kebanyakannya masih baru, kesemua ramuan ini ada filem Ola Bola.

Apapun, artikel ini bukanlah mengenai sinopsis filem mahupun ulasan mengenai filem itu sendiri. Saya mahu anda baca artikel ini dengan hati yang lapang supaya anda mudah faham.

Bukan niat untuk mempertikaikan moral daripada filem. Secara peribadi, filem ini sangat sarat dengan mesej perpaduan. Sangat memberi inspirasi kepada anak muda kita.

Ramai orang tahu apa yang berlaku pada tahun tersebut di mana skuad bola sepak negara berjaya menewaskan Korea Selatan untuk mara ke Sukan Olimpik. Ini adalah sejarah.

Namun, isu timbul apabila kisah sejarah yang diubah setelah difilemkan, walaupun kononnya untuk tujuan komersial.

SEJARAH APA YANG DIUBAH?

Pertama, keputusan perlawanan yang sebenar ialah 2-1, bukannya 3-2 seperti yang ditayangkan di filem.

Kedua, pemain yang menjaringkan gol ialah James Wong setelah menerima hantaran daripada Hassan Sani. Tidak seperti yang digambarkan dalam filem.

Yang menariknya, kedua-duanya merupakan anak jati Sabah.

Ada seorang lagi  pemain sabah dalam skuad yang negara pada waktu itu iaitu penjaga gol, Peter Rajah.

Read More

WAWASAN 2020 : BAKAL BERAKHIR SEBUAH LAGI LEGASI

f0335b32ab84a8f41a2bb192db71f690

Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara jaya
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Dengan berbakti dengan megah

Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah sehara-sehala
Dengan wawasan yang suci

Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rasa-dirasai
Bersama kita nikmati

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan

Lirik lagu WAWASAN 2020

Pernah dengar lirik lagu ini? Mungkin pernah..tapi dimana ya…

Bagi mereka yang membesar di era pemerintahan Dr. M, maka tidak mungkin tidak pernah mendengar lagu ini dicorong-corong radio.

Bukan sahaja di TV atau radio, malah menjadi lagu rasmi semasa perhimpunan semasa saya di bangku sekolah.

Oleh kerana ia sudah tertanam dalam storage memory otak saya sejak dahulu lagi, mudah untuk saya mengingat setiap rangkap lirik sekalipun ia  mungkin sudah tidak kedengaran di ruang udara Malaysia.

Maka lagu ini boleh sudah di masukkan dalam History Channel…agaknya la.

Saya tidaklah hendak mengurai panjang perancangan jauh Dr.M ini. Dengan hanya tinggal kurang 4 tahun lagi, ia seakan-akan pandangan jauh yang semakin jauh mata memandang.

Cukup sekadar saya bercerita bagaimana di zaman-zaman keriangan kanak-kanak dan remaja, kisah wawasan 2020 mengisi sebahagian daripada kehidupan saya.

Read More

ORANG ISRAEL BERAGAMA ISLAM?

1dffba4ff1854e0ea2b4a52fc1a4aff4

Orang Israel beragama Islam? Ya..ini adalah satu fakta. Fakta yang mungkin ramai orang tidak tahu sambil mengerut kening. Bukan semua orang Israel adalah Yahudi.

Kebetulan pula baru-baru ini, isu tudung Nelofa yang dijual ke Israel sedang hangat diperkatakan. Pelbagai reaksi diberikan. Ada memuji, ada juga yang mengutuk.

Apa yang pasti tudung itu dibeli oleh pelanggan muslim di Israel. Bayangkanlah jika tidak ada sesiapa menjual tudung untuk muslimah di Israel, apa pula mereka hendak guna untuk menutup aurat.

Maka ini waktu sesuai untuk anda membaca artikel ini. Fakta statistik yang bakal saya huraikan akan menjawab persoalan di minda anda.

Ketika ini, sehingga 2016…jumlah penduduk Israel ialah dianggarkan sebanyak 7 juta manusia.

1.7 juta daripadanya adalah bangsa Arab yang beragama Islam.

Read More

MUKHRIZ MAHATHIR…SELAMAT BERJUANG

in Petaling Jaya on January 20, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

MUKHRIZ  MAHATHIR. Seorang tokoh politik yang tidak asing lagi beritanya mutakhir ini. seorang pemimpin politik yang akhirnya melepaskan jawatan dek kerana kerakusan politik itu sendiri.

Secara peribadi, saya kurang mengikuti cerita politik beliau. Namanya hanya mula kerap didengar hanya selepas memegang jawatan menteri besar Kedah.

Dan seperti yang kita sedia tahu, beliau akhirnya meletak jawatan sebagai MB Kedah selepas pergolakan dalaman partinya sendiri.

Inilah politik. Untuk menjadi ahli politik, segala kemungkinan boleh berlaku. Kawan jadi lawan jadi kawan. Hari ini berjabat tangan esok mengenggam tangan. Hari duduk di kerusi empuk berhawa dingin, esok mungkin meringkuk dalam jel besi.

Mari kita meraikan sesuatu pengajaran di sebalik konflik yang hampir melumpuhkan sebuah kerajaan negeri ini.

Tak perlu la kita sibuk ikut menjaja keburukan atau kelemahan sesiapa. Kita bersembang tentang kebaikan, mudah-mudahan kita mendapat hikmah dan ibrah.

Read More

MARI KITA MENJADI SEPERTI PENYOKONG LIVERPOOL

37ff1a7a491c42527d260421f546dd1b

Liverpool adalah salah satu pasukan bola sepak yang mempunyai penyokong yang hebat di seantero dunia. Biarlah apa orang kata mengenai Liverpool, penyokongnya tetap setia untuk menyokong.

Walaupun prestasi sentiasa tidak menentu, pemain-pemain bintang Liverpool saban musim berhijrah ke pasukan yang lebih hebat, penyokong Liverpool tetap berada dibelakang pasukan mereka.

Biarpun sudah berpuluh tahun tidak memenangi Liga, biarpun sudah tidak lagi berada dalam pasukan liga Juara-Juara Eropah, mungkin paling hampir pun ketika memenangi piala tersebut pada 2005.

Sekalipun di label umpama “History Channel” dek kerana asyik dengan kenangan kejayaan-kejayaan lama, penyokong setia tetap setia menyokong.

Dicaci, dimaki, disindir, penyokong Liverpool sanggup memekakkan telinga demi kesetiaan tak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan. Sanggup duduk di depan TV atau di kedai mamak demi menonton perlawanan Liverpool.

Sekalipun saya mengakui merupakan penyokong tegar Liverpool, namun artikel ini saya tulis bukan untuk mempromosikan kehebatan Liverpool kepada pembaca.

Kehebatan Liverpool bukan terletak sepenuhnya pada pemain ataupun pengurus. Tetapi Liverpool mempunyai pemain ke-12 iaitu penyokong tegar mereka.

Perlawanan Liverpool vs Sunderland pada Sabtu lalu, membuktikan betapa hebatnya kuasa penyokong Liverpool.

Read More