Skip to main content

BERHADAPAN DENGAN TAKUT

dare_to_spare_by_karfozy

JANGAN baca sekiranya anda takut untuk berhadapan dengan takut, dan berpendapat bahawa lari daripada takut lebih baik daripada berhadapan dengan takut.

Sekiranya kenyataan di atas membuat ada berfikir sejenak atau bejenak-jenak, Mohon Baca artikel ini. Maksudnya anda sedar anda takut.

TAKUT merupakan sifat yang semua manusia miliki. Sehebat mana pun anda, sekuat manapun anda, takut tetap wujud dalam hati kecil yang kita.

Mukadimah ini saya jelaskan agar anda faham yang takut itu tidak ekslusif untuk orang-orang tertentu sahaja.

Mungkin ada dikalangan kita memang sifat penakut itu agak dominan dalam perwatakan sejak lahir lagi.

Anda perlu ingat yang takut itu boleh dikawal.

Jangan kita negatif dengan sikap takut. Takut itu sebenarnya penting dalam kita hidup sebagai manusia.

Kita memerlukan perasaan takut untuk menjadi orang yang hebat.

Takut itu menandakan kita masih normal seperti manusia biasa.

Yang menjadi masalah dikalangan kita khususnya  di Malaysia ini ialah tidak tahu berhadapan dengan takut.

Read More

SYRIA DAN PALESTIN : APA YANG PERLU SAYA BUAT

0a1a1e7cb14b301f2cf38fb26df69065

Bila saya sebut tempat iaitu Syria dan Palestin, apa yang pertama sekali bermain di fikiran kita pada masa ini?

PERANG . KEMUSNAHAN . KEHANCURAN.

Itu yang saya yakin ada di fikiran anda kerana saya pun begitu.

Mengapakah jawapan kita sama?

Kerana memang itulah yang benar-benar terjadi. Maksudnya kita TAHU. At least kita FAHAM apa yang sedang dilalui oleh masyarakat Islam di sana.

Faham saja tidak cukup. Sebagai umat yang prihatin dan bertanggungjawab, perlu ada dalam hati kecil kita ini perasaan ingin membuat sesuatu untuk tujuan membantu permasalahan umat.

TAPI BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU?

Ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang berbesar hati telah memberi bantuan dalam pelbagai bentuk.

Ada yang menderma pakaian. Ada yang menderma ubatan.

Ada yang membantu dengan sedekah dalam bentuk kewangan. Sanggup mencari kumpulan-kumpulan yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Ada juga yang membawa sendiri wang bantuan ke sana.

Bahkan ada yang sanggup menjadi sukarelawan ke sana.

Kisah ini mungkin tidak berapa dihebahkan di mana-mana media. Tapi yakinlah bahawa memang cerita ini benar.

Kita doakan agar mereka yang membantu ini terus mendapat rahmat Allah.

Apa yang merisaukan saya ialah sikap tidak ambil peduli dikalangan rakyat Malaysia khususnya umat Islam terhadap isu besar ini.

Bahkan ramai sebenarnya yang tak berapa nak faham dan tak nak faham tentang pergolakan di sana.

Mungkin himpunan alasan-alasan di bawah dapat menggambarkan keadaan tersebut:

Read More

CERITA ORANG KALAH

chess_queen_by_revolution4u-d4d3cmp

Cerita ini ialah kisah tentang orang yang pernah KALAH.

Semua orang pasti pernah rasa KALAH. Cuma cerita kekalahan itu sahaja berbeza. Saya ambil kisah saya masa sekolah dahulu untuk kita kongsi sesuatu yang boleh jadikan iktibar.

Sejak dua menjak ini kita disajikan dengan aksi-aksi sukan olimpik yang berlangsung di Brazil. Dah namanya pertandingan, ada yang menang dan kompom ada yang kalah.

Sambil-sambil menonton di kaca tV, terdetik juga dalam hati kalau-kalau zaman-zaman belasan tahun lalu saya aktif bersukan.

Manatau… Mungkin sekarang saya juga berada di Sukan Olimpik.

Tapi, hakikatnya memang aktif macamana pun, saya bukan dilahirkan sebagai seorang atlit. Sehebat manapun rakan-rakan saya dalam acara sukan, mereka tidak sampai juga ke sukan Olimpik.

Sebab itu, kita harus memberi respect kepada atlit yang sedang berjuang mengharumkan nama negara.

Kembali ke tajuk artikel. Macam tiada kaitan pun dengan mukadimah tetapi dari sinilah bermulanya cerita.

Read More

SAYA PEMINAT DRAMA JEPUN

9aae2873e6b3f3ab98863fe2efa77bb7

YA. SAYA dulu PERNAH merupakan peminat drama-drama Jepun.

Masa di zaman drama-drama seperti Beach Boys, Ice World, Wonderful Life, GTO, Nobuta Wo Produce, Engine, dan My Boss My hero.

Antara hero kegemaran saya ialah Takuya Kimura kerana banyak dramanya yang bermutu dan best.

Masa ini pelakonnya tak la sejambu gebu hero korea sekarang. Pelakon wanitanya tak la macam patung dan seseksi sekarang.

Hanya beberapa tahun ini saya sudah tidak mengikuti sangat perkembangannya. Mungkin dah tak banyak masa menonton sibuk melayan anak. Faktor usia juga mungkin.

Tapi kerana zaman dah semakin berubah, mungkin keperluan jalan cerita juga semakin perlukan perubahan.

Saya tulis artikel ini bukan untuk menulis tentang synopsis drama atau mempromosikan drama-drama mereka.

Perlu kita faham, tidak semua drama Jepun ni semuanya best. Tidak semuanya berkualiti. Ada yang lebih teruk kualitinya daripada drama tempatan.

Tetapi berkongsi sesuatu yang mungkin kita boleh BELAJAR benda baik daripada negara Jepun menerusi drama mereka.

Sekadar berkongsi beberapa pengalaman menjadi peminat tegar  Jepun suatu masa dahulu.

Read More

ARNAB VS KATAK : KISAH UNTUK ORANG HILANG SEMANGAT

Saya suka menulis kisah-kisah yang berkaitan dengan haiwan dan mengaitkannya dengan kehidupan seharian.

Banyak yang kita boleh belajar sekiranya kita hayati penciptaan dan fitrah setiap haiwan yang ada di muka bumi ciptaan Allah SWT.

Setiap haiwan yang dicipta tidak diciptakan sia-sia. Ia menjadi lambang, symbol dan pengajaran untuk setiap manusia.

Mencari, menggali dan menganalisa adalah kerja kita. Masalah masyarakat kita pada masa ini ialah malas untuk berfikir.

Bila sudah malas untuk berfikir, mengakibatkan masyarakat dan bangsa kita menjadi lemah. Lemah segala-galanya.

Saya harap ramai yang lemah semangat di luar sana dapat membaca artikel ini. Membaca dengan niat untuk berubah. Membaca untuk mencari sesuatu yang boleh memotivasikan diri.

Bagi yang mempunyai masalah lemah semangat, tidak ada semangat, atau semangat sudah hilang, jangan sesekali mengaku kalah.

Jangan terus menyalahkan pada semangat. Anda, saya, kamu dan kita sebenarnya mempunyai semangat rahsiah yang tersembunyi dalam anggota badan.

Cuma ia belum keluar dan mungkin memerlukan sesuatu untuk keluar.

Lapangkan dada untuk menghayati kisah arnab dan katak ini.

Read More