Bulan ini bulan Ogos.
Ingat Ogos, ingat 31 Ogos. Ingat pulak suara Allahyarham Sudirman nyanyi lagu 31 Ogos.
Seperti biasa, Sambutan dan aktiviti kemerdekaan akan rancak dijalankan. Bendera akan dipacakkan disana dan disini..macam pilihan raya umum kadang-kadang kemeriahannya.
Saya masih ingat lagi semasa di sekolah, antara kenangan tidak di lupa apabila cikgu ‘memaksa’ kami untuk menghafal lagu-lagu patriotik. Bukan sahaja hafal, malah menyanyi setiap hari.
Di mana-mana lagu-lagu ini akan menjadi tema. Dah macam hari raya dah suasananya.
Bezanya, tiada open house.
Kalau masa itu saya serius dalam skill nyanyian, mungkin dah jadi penyanyi dah sekarang. Mujur saya tak jadi penyanyi sebab suara memang ke lautan Hindi dalamnya.
Tajuk artikel ini pun ada kaitan dengan lagu. Adakah lagu patriotic itu boleh menimbulkan semangat kecintaan? Jawapan saya ya. Tetapi bagaimana dengan lagu-lagu masa kini?
Lagu patriotik yang saya ingat?
Maaf. Kebanyakan lagu-lagu ini hanya tinggal sejarah dalam kehidupan sem sa di sekolah. Kurang di praktikkan semasa dah umur meningkat menyebabkan lirik sudah tunggang terbalik. Tune lagu pun sudah lari.
Mungkin yang paling saya hafal semestinya lagu Sudirman. Itupun kena ada bantuan muzik dan lirik.
Namun, dalam banyak-banyak lagu, lagu tema kebangsaan ‘keranamu Malaysia’ antara yang paling saya minat.
Lagu tu da kira macam lagu malar segar. Ada jiwa. Ada roh yang membawa semangat kecintaan dan kebanggaan. Itu pendapat daripada saya yang buta seni dan tiada latar belakang muzik seperti Ramli MS.