Skip to main content

DIA IALAH SHAFIE APDAL : 5 PERKARA YANG BOLEH KITA JADIKAN PENGAJARAN

207ebb0f5f642399fc17dc5b858ca144

Beliau antara pemimpin yang disingkirkan daripada kabinet PM Najib. Beliau juga antara bekas pemimpin UMNO yang keluar daripada UMNO.

Dan sekarang, beliau menubuhkan parti baru di Sabah untuk bersaing dengan UMNO dan BN.

Ini bukan artikel propaganda politik. Saya tidak membawa mana-mana ideologi kepartian. Jauh sekali ingin memuja dan menjunjung keperibadian seseorang.

Saya percaya setiap manusia, pemimpin atau tokoh mempunyai keistimewaan dan pengajaran tersendiri yang boleh dijadikan sebagai panduan.

Tak perlu kita mencari mana tokoh politik di luar negara yang boleh dijadikan inspirasi. Malaysia sebenarnya kaya dengan cerita tokoh-tokoh yang berjaya mahupun gagal.

Pilih saja dan carilah kisah yang boleh dibuat iktibar.

Maka, atas dasar ini, saya menulis artikel mengenai susuk tubuh yang bernama Shafie Apdal.

5 point yang saya nukilkan ini merupakan pandangan peribadi mengikut perpektif saya. Selamat menghadam.

Read More

5 JENIS PEWANGI KERETA YANG SAYA SUKA DAN ANDA PERLU CUBA

17c48463743876efa406b7969ffc0949

Saya  memang suka wangi. Apa-apa yang berkaitan dengan wangi-wangian akan membuatkan deria hidung saya menjadi lebih peka dan sensitif.

Pada saya, wangian itu memberi satu terapi yang baik untuk otak dan minda. Sebab itu, bila ada bau yang kurang menyenangkan, secara automatic kita akan memberi repond dan mimic muka yang lain macam.

Kecualilah jika anda jenis yang memang pelik dan sukakan bau busuk.

Antara tempat yang secara kebanyakkan diantara kita banyak luangkan masa dalam sehari ialah kereta.

Maka, pada artikel kali ini saya senaraikan 5 jenis pewangi yang pernah saya cuba dan saya suka.

Bagi yang mungkin masih tercari-cari mana jenis pewangi yang baik, artikel ini mungkin boleh menjadi petunjuk dan membantu memilih antara puluhan produk wangian dipasaran.

Ops, ini bukan iklan produk. Dan jika anda tidak bersetuju dengan jenis pewangi kereta yang saya suka, anda berhak untuk itu.

Belum cuba, belum tahu.

Read More

PERGINYA SEORANG ULAMA : 5 PERKARA TENTANG ALLAHYARHAM USTAZ HARON DIN DAN PENINGGALANNYA UNTUK KITA

fa95

Salam takziah buat keluarga  Allahyarham Ustaz Haron Din.

Tanggal 16 September akan diingati bukan hanya sekadar Hari Malaysia. Rupanya itu juga tarikh seorang lagi ulama tanah air di jemput menghadap illahi.

Saya secara peribadi tidak pernah bersua muka dengan allahyarham. Saya juga tidak melihat beliau secara real samada dekat atau dari jauh.

Hanya sesekali sahaja melihat dan mendengar ceramah-ceramah agama Allahyarham di Youtube.

Namun, pada pagi ketika kita dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham, saya seolah-olah turut sama merasa sayu dan sedih.

Entah mengapa tiba-tiba terasa macam ada hubungan yang terjalin. Seolah-olah sudah lama mengenali beliau. seperti pernah duduk berbual-bual dengannya.

Mungkin itulah namanya aura seorang insan yang bergelar ulama. Disepanjang kehidupannya di muka bumi, sibuk memperjuangkan agama Allah.

Allah jugalah yang mengikat hati kita untuk turut sama merasai pemergian insan tersohor ini.

Saya tuliskan 5 perkara mengenai Allahyarham dan kisah pemergiannya  mengikut sudut pandang saya (insan lemah yang masih banyak perlu belajar ini).

Insyaallah. Mudah-mudahan kita beroleh kebaikan.

Read More

KITA SEBENARNYA YANG O.K.U.

screen-shot-2016-09-11-at-6-26-21-am

Dalam Bahasa Melayu, ada peribahasa yang berbunyi, umpama meludah ke langit.

Hadis Melayu bertaraf sahih ini sangat sesuai dilemparkan kepada mereka yang sebelum ini berpadangan sinis terhadap golongan orang kelainan upaya (OKU).

Sebelum kita menuding jari menuduh ‘mereka’, cermin diri terlebih dahulu (termasuk juga saya sendiri).

Mungkin dalam kita tidak sedar, kita juga pernah tergolong dalam manusia kategori itu. Jangan sampai kita meludah langit banyak kali pula.

Ok. Saya yakin semua rakyat Malaysia sekarang terkejut, terkesima, terpukau dan terpaku melihat kejayaan pasukan paralimpik negara di Rio.

Siapa menyangka mereka bukan sahaja membawa pingat emas, bahkan memecahkan rekod dunia. REKOD DUNIA. Kejayaan yang sungguh luar biasa.

Jika sebelum ini, Kita mengharapkan atlit normal yang akan membawa pingat emas kepada negara.

Maka segala tumpuan diberi kepada skuad atlit negara dengan harapan untuk mencipta keajaiban dan kemagikan.

Tetapi, seperti yang sudah tertulis dalam buku sajarah olimpik Rio 2016, kita masih kempunan membawa balik pingat emas.

Jangan salah faham. Saya tidak menyalahkan atlit di atas kegagalan mereka. Itu sudah rezeki mereka. Membawa bendera Malaysia di sukan Olimpik itu pun sudah satu kejayaan sebenarnya.

Tapi, masalah ialah mentaliti orang Malaysia. Berjaya itu maksudnya mesti mendapat nombor satu.

Lebih malang lagi, sudah kedengaran suara-suara nakal berbau rasis menyentuh sensiviti perkauman dikalangan pencapaian atlet Malaysia.

Kepada golongan ini, sila perhatikan dan renung seketika fakta dan huraian ringkas yang ingin saya dendangkan.

Read More

10 DRAMA JEPUN TERBAIK YANG PERNAH SAYA TONTON

nobuta2

Drama Jepun. Sebagai salah seorang yang pernah menjadi peminat tegar drama Jepun, menulis tentang drama Jepun memang makanan saya.

Saya membesar dengan drama-drama dari negara matahari terbit ini. Sejak dari zaman bangku sekolah, hinggalah ke Universiti, pengaruh drama Jepun membekas dalam memori kecil saya.

Tulisan cerita ini bukanlah untuk mengagungkan karya dari Jepun. Bukan juga untuk taksub dengan Dasar Pandang Ke Timur. Sekadar perkongsian yang mungkin boleh memberi manfaat. Sekalipun ianya hanyalah sekadar drama. Dan saya memilih 10 drama.

10 drama ini dipilih berdasarkan jalan cerita yang menarik dan terbaik menurut pandangan saya. Di sini, saya simpulkan dan pointkan beberapa perkara yang menarik untuk dikongsikan.

Jangan kecam sekiranya citarasa kita berbeza. Kerana kita memang berbeza. Selamat membaca.

Read More