Skip to main content

TUAH DAN JEBAT HADIR PERSIDANGAN UMNO

image

Sejarah dan Melayu tidak dapat dipisahkan. Mungkin inilah punca mengapa peribahasa Bagai Aur Dengan Tebing melekat dalam kehidupan masyarakat Melayu zaman berzaman.
Apa yang berlaku pada hari ini, mahu atau tidak, kita harus melihat kepada sejarah. Sejarah itu menyuruh kita belajar dan berguru daripadanya.
Jika anda dapat membaca mesej disebalik kisah sejarah ini, pasti anda boleh mengaitkannya dengan peristiwa yang sedang berlaku dalam masyarakat pada hari ini.
Dalam banyak-banyak cerita sejarah, saya ingin bawakan kisah Hang Tuah dan Hang Jebat. Lebih fokus lagi, peristiwa ketika Hang Jebat sedang mengamuk menuntut bela dan keadilan atas kematian Hang Tuah.
Saya tidak akanĀ  mendetailkan babak kisah tersebut. Yang ingin saya fokuskan ialah bagaimana babak atau peristiwa ini sedang berulang dalam masyarakat Melayu ketika ini.
Sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat memang bukan calang-calang kisah.
Dua susuk pendekar ini banyak mengajar bangsa Melayu tentang erti sebuah perjuangan, kesetiaan dan pengkhianatan.
Ingat..perjuangan, kesetiaan dan pengkhianatan.
Mari saya fastfowardkan anda kepada peristiwa terkini dan mengaitkannya dengan 3 perkataan keramat ini.
Read More