Skip to main content

3 Perkara Yang Perlu Sebelum Review Produk : Sokonglah barangan Muslim / Bumiputera

Sebagai salah satu tanda sokongan terhadap kempen membeli barangan muslim/bumiputera,  saya akan memperbanyakkan penulisan saya dalam memberi ulasan dan mempromosikan barangan, perkhidmatan dan apa juga yang berkaitan.

Tanda sokongan ini bukanlah bermaksud saya memboikot barangan yang bukan daripada muslim. Tetapi, ia adalah satu cara yang saya boleh lakukan untuk membantu produk muslim.

Seperti yang sedia tahu, kebanyakkan produk dan perkhidmatan muslim ini menghadapai kesukaran untuk bersaing.  Tidak dinafikan, sebelum ini, kualiti barang dan perkhidmatan mungkin menjadi isu, jika dibanding dengan pesaing lain.

Tetapi, sejak kebelakangan ini, sudah banyak produk muslim yang memenuhi standard yang ditetapkan, bahkan mempunyai kualiti yang lebih baik ataupun hampir sama dengan pesaing sedia ada.

Dari sinilah tercetus idea untuk saya cuba membantu dengan menulis. Penulisan ini TIDAK ADA bayaran. Bukan berniat untuk angkut bakul sendiri, tetapi ingin mengajak rakanrakan lain, untuk bersama membantu rakan muslim/bumiputera kita.

Sekurang kurangnya, ini adalah sumbangan kita kepada kemajuan ekonomi muslim.  Mungkin jika kita tiada kekuatan dari segi kewangan, tetapi boleh membantu dari segi perkara lain. Contohnya, seperti saya lakukan sekarang iaitu menulis.

Mungkin ramai bertanya, bagaimana saya menerusi blog ini boleh membantu . Ada 3 perkara yang perlu sebelum sesuatu produk direview atau diulas.

Read more

5 Lagu MUSE Yang Perlu Anda Dengar,Hayati dan Layan

Saya mula mengenali kumpulan Muse pada sekitar tahun 2004 dan 2005. Segar diingatan, ketika sedang belajar di universiti masa itu, lagu Muse terlalu asing untuk saya.

Ketika itu, terus terang saya tidak kenal akan kewujudan kumpulan ini. Nak sebut perkataan Muse itupun tak betul. Betapa zeronya pengetahuan mengenai kumpulan Muse.

Sehinggalah pada suatu malam, ketika tengah buat ‘so called’ study group, member study pasangkan lagu Muse. Tajuk lagunya, ‘Unintended’ versi Live akustik. Inilah lagu cinta pandang pertama saya dengan Muse.

Bermula dari situ, saya mula melayan lagu-lagu top Muse yang lain seperti New Born dan Plug in Baby. Memang genre muzik Muse sememangnya menepati citarasa saya. Rock, gorengan gitar, dan lagunya yang tidak menjurus ke arah negatif.

Walaupun bukan semua lagu Muse saya minat, tetapi kebanyakkannya mencuri perhatian saya. Itulah keunikan Muse.

Kini, selepas hampir 15 tahun, Muse tetap menjadi antara kumpulan favourite saya. Walaupun sudah tidak seaktif dahulu mendengar muzik, lagu lagu Muse tetap menjadi pilihan untuk didengar.

Kali ini, saya ingin berkongsi Lima buah lagu Muse yang mungkin ‘underrated’,kurang didengar, dan jarang dimainkan di corong radio.

Lagu-lagu ini mempunyai susunan melodi dan liriknya begitu cantik. Maka sebab itu, anda perlu dengar sendiri, hayati dan layan.

Read More

Malangnya Nasib Tulisan Jawi

Semenjak isu tulisan Jawi menjadi topik bualan hangat rakyat Malaysia, pelbagai idea, cadangan dan kenyataan yang kekadang memualkan untuk didengar.

Saya tidak mahu memanjangkan isu ini dengan menulis sesuatu yang saya rasa tidak perlu. Cukuplah kita mendengar pelbagai pihak bertelingkah isu ini seperi tiada kesudahan.

Isu tulisan Jawi ini sebenarnya bukan hanya tentang tulisan. Jika hanya sekadar tulisan, saya yakin SJKC dan SJKT tidak ada masalah untuk menerima silibus ajaran Jawi.

Namun, ada perkara yang lebih besar yang berada dibelakang tulisan Jawi itu.  Mungkin lain artikel saya akan cerita.

Cuma kali ini, apa yang membuat hati ini sedikit ralat apabila mengenangkan nasib tulisan Jawi itu sendiri. Dek kerana isu ini, ramai yang terlepas pandang memikirkan betapa malangnya nasib yang menimpa tulisan jawi.

Sebelum tulisan rumi digunakan sekarang, Tanah Melayu yang majarotinya berbangsa Melayu, telah lama menggunakan Jawi sebagai medium perantara dalam penulisan.

Read More

Ada Apa Dengan Zakir Naik?

Ketika sedang saya menulis artikel ini, nama Dr. Zakir Naik sedang mencanak naik diseantero sudut media. Ada apa dengan Zakir Naik?Namanya menjadi sebutan dan panas kerana satu isu yang tidak perlulah saya ulas disini.

Terus terang, saya bukanlah orang yang selayaknya mengulas mengenai keperibadian sosok tubuh yang bernama Zakir Naik. Cuma, saya ingin berkongsi sedikit tentang beliau dari sudut pandang saya, sebagai penulis blog ini.

Saya tidak pernah berjumpa secara real dengan Zakir Naik. Jauh sekali pernah pernah menghadiri sesi debatnya.  Hanya mengenali beliau menerusi youtube dan Facebook. Hebatnya penangan media sosial.

Sepanjang pengetahuan yang saya ada, beliau bukanlah seorang pakar ulama atau pakar hadis. Beliau juga bukanlah penceramah agama biasa seperti yang selalu kita lihat di TV.

Cumanya, beliau adalah antara individu yang dianugerahkan Allah, mempunyai kepakaran dalam bidang perbandingan agama. Lebih hebat lagi, Ilmu ini hadir bersama kebijaksanaan beliau dalam berhujah dan berdebat. Masyaallah.

Bagi yang belum pernah mengikuti sesi ceramah dan perdebatannya, cubalah luangkan masa sedikit untuk melihat bagaimana beliau berhujah. Sepanjang mengikuti ceramahnya, tidak pernah sekalipun saya melihat atau mendengar beliau menghina atau menghasut mengenai apapun. Wallahualam.

Apa yang membuatkan saya kagum dengan Zakir Naik ialah beliau bukan sahaja mendalami dan memahami setiap ayat, surah , dan petikan dalam Al Quran, malah boleh menghafal dan ingat kedudukan nombor setiap ayat.  

Read More

Perkongsian seorang blogger

Perkongsian seorang blogger

Setelah lama tidak menulis, akhirnya saya kembali menulis. Mohon maaf kepada para pembaca yang mungkin menanti artikel terbaru daripada blog ini. Namun, kini saya kembali dengan perkongsian pengalaman menjadi seorang bolgger.

Kali ini saya membuat sedikit perubahan dalam format tulisan dan juga kandungan blog. Lebih fokus, santai, ringkas, dan padat.

Bagi yang biasa mengikuti tulisan saya, mungkin anda akan perasan perubahan yang saya maksudkan.

Dalam masa yang sama, kekal dengan tujuan asal saya menulis blog, iaitu berkongi ilmu. Inilah asbab dan objektif asal mengapa saya menulis blog.

Kali ini saya memulakan tulisan saya dengan sedikit perkongsian pengalaman menjadi seorang blogger. Kalau hendak ditulis semuanya, memang panjang berjela dan confirm orang malas nak baca.

Mengimbau kembali perjalanan saya sebagai seorang blogger hampir lima tahun, sesuatu yang sangat berharga. Harga itu datang dengan bersama pengalaman yang bermacam.

Ada orang kata tidak susah hendak menjadi penulis khusus blogger. Jawapan saya ialah, Ya dan juga tidak.

Memang antara persepsi awal saya ketika mula menceburi bidang blog ini ialah ianya mudah. Tulis sahaja apa yang kita mahu tulis. Semudah menaip ABC.

Read More