Skip to main content

Ada Apa Dengan Indonesia?

Kebetulan, ketika saya menulis artikel ini, terjadi insiden kekecohan penyokong Indonesia pada kejohanan kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno.

Memandangkan tajuk artikel ini pun ada kaitan dengan Indonesia, saya sentuhlah sedikit mengikut apa yang saya faham.

Suka saya jelaskan bahawa keganasan dan pergaduhan itu tidak pernah mengenal warna kulit dan bangsa. Ini bukan tentang dia orang Indonesia atau mereka orang Malaysia.

Ini adalah tentang sikap. Sikap amarah yang membuak. Amarah yang berasal dari Syaitan yang dilaknat.

Read More

5 BAHASA KASIH SAYANG : RAHSIA DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Minggu lepas, ketika duduk mengisi masa lapang, sambil menikmati minuman kegemaran, saya sempat melayari satu ceramah daripada  Prof. Muhaya di youtube.

Ceramah ringkas yang tidak sampai 10 minit itu sangat menarik perhatian saya. Topiknya ialah berkaitan lima bahasa kasih sayang pasangan.

Topik ini sangat mengujakan. Tidak tahu pula selama ini ada bahasa kasih sayang.

Tertarik dengan topik itu, saya pun menjalankan sedikit kajian dengan bertanyakan Mr. Google berkaitan topik ini. Akhirnya, ia membawa saya kepada seorang penulis buku bestselling, DR. Gary Chapman, yang menulis buku “The 5 Love Languages”.

Ketika artikel ini ditulis, saya belum ada kesempatan untuk mendapatkan buku itu. Mungkin, Insyaallah ada rezeki, saya akan dapatkan juga buku tersebut.

Semoga dengan ilmu yang sedikit ini, akan membantu memberi nilai tambah dalam perhubungan.

Read More

11 Jenis Mak Mertua Yang Wujud di Malaysia

Minggu lalu, ketika sedang duduk menikmati teh di rumah, sambil memikirkan idea untuk menulis artikel, terlihat satu iklan di tv mengenai mak mertua.

Bila cerita tentang mak mertua, teringat filem Ibu Mertuaku lakonan P Ramlee. Satu filem yang mengangkat tema berat tentang keluarga, tetapi kekal relevan dan segar sehingga kini.

Maksudnya, topik mak mertua ini bukan kisah baru. Dan ia seolah olah menjadi satu topik taboo untuk diangkat dalam masyarakat khususnya melayu. Pastinya P Ramlee ada sebab untuk membawa tema ini ke layar perak.

Idea ini mengingatkan saya semula bahawa pernah menonton satu ceramah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Badlishah. Kebetulan,  topik ceramahnya ialah mengenai mak mertua.

Saya pun dengan pantas mencari semula video tersebut dalam youtube dan menemuinya disini.

Saya kongsikan semula apa yang disampaikan dalam ceramah tersebut dalam artikel ini.  Semoga kita beroleh manfaat.

Menurut beliau, rupa-rupanya, terdapatnya 11 jenis mak mertua yang wujud dan terdapat di Malaysia.

Read More