Skip to main content

3 SEBAB MENGAPA KITA JATUH CINTA

CINTA. Kali ini saya menulis tentang cinta. Walaupun saya bukanlah kaki jiwang. Dan tidaklah seromantis pelakon korea. Ada perkara tentang cinta, yang saya ingin kongsikan untuk anda.

Salah satu fitrah yang Allah kurniakan kepada manusia ialah perasaan cinta. Cinta terhadap manusia itu adalah nikmat yang besar. Dalam masa yang sama, ujian yang Allah kirimkan untuk kita sebagai hamba Nya.

Jika kita faham akan konsep ini, cinta yang lahir itu harus berpaksikan kepada Pencipta yang Satu.

Saya melihat kebanyakan masyarakat kita pada hari ini, khususnya golongan anak muda sangat memujakan cinta. Perlu diingat, jika cinta tidak dilandaskan pada jalan yang betul, maka pelbagai kerosakan akan timbul.

Bila bercinta, bagaikan hanyut dan lupa tentang segalanya. Bila putus cinta, umpama pengakhiran kepada kehidupan. 

Jadi, sebelum anda jatuh cinta kepada seseorang, elok untuk anda faham, mengapa kita jatuh cinta.

Kita kenal dahulu tentang apa itu cinta, sebelum mengenali siapa yang kita cinta. Mungkin dengan cara ini, kita akan lebih menghargai perasaan cinta itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu, mengapa kita jatuh cinta?  Saya kongsikan 3 sebab yang perlu anda tahu tentang jatuh cinta.

Read More

KOPI RED GUARA CAFE : 3 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS CUBA

Kopi adalah minuman kegemaran saya. Sebab itu, saya telah beberapa kali menulis artikel mengenai kopi. Sebagai penggemar kopi, berkongsi perasaan tentang sesuatu rasa kopi  juga satu kepuasan. Rasa kopi yang pahit bercampur rasa manis dan lemak, memberikan satu kenikmatan yang sebenar.

Mengikut statistik sehingga tahun 2019, kopi adalah dagangan terbesar di dunia selepas minyak. Sebab itu, tidak menghairankan, kopi merupakan antara minuman paling popular di dunia.

Untuk artikel kali ini , saya berkongsi satu review produk kopi segera yang menarik minat saya.

Walaupun secara jujurnya, saya lebih menggemari kopi asli tanpa sebarang campuran. Namun, sebagai peminat kopi, selagi namanya kopi, semua boleh minum.  Produk tersebut ialah kopi 3 in 1 Red Guara Cafe.

Suka saya jelaskan  bahawa saya bukan ejen atau stokis produk ini. Sebarang fakta yang saya tulis adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai pengguna.

Seperti yang diketahui, jenama dan produk ini sudah lama berada di pasaran. Atas sebab itu, ia boleh saya katakan produk yang stabil dipasaran dan boleh dipercayai.

Dengan harga yang mampu milik, serta mudah diperolehi di pasaran, maka tidak rugi pada sesiapa yang ingin mencuba rasa dan keenakan kopi Red Guara Cafe. Berikut, antara 3 perkara yang menarik tentang produk ini.

Read More

10 HADIAH HARI JADI PALING POPULAR YANG ISTERI PASTI SUKA

Masih segar diingatan, ketika mula mengenali isteri dahulu, antara perkara pertama yang diambil tahu ialah tarikh hari lahir. Syukur dan kebetulan, tarikh lahir isteri saya mudah nak ingat, iaitu 7 November. Atau, seven eleven. Nampak 7 Eleven, ingatlah tarikh lahir isteri.

Hakikatnya, di Malaysia, dan di seluruh dunia, sudah menjadi satu budaya atau kemestian, untuk mengingati dan menyambut tarikh lahir.

Mengapa penting untuk mengingati tarikh lahir?

Tarikh lahir pada setiap tahun adalah tanda pertambahan usia kita. Ia sangat dekat dan signifikan dalam mengingatkan kita tentang perjalanan kehidupan di bumi yang sementara ini. Bermula daripada kelahiran, kehidupan yang terkini, serta masa depan yang bakal ditempuhi.

Dalam konteks hidup berpasangan, tarikh lahir adalah elemen yang sangat penting. Sebagai seorang suami, mengingati tarikh lahir isteri adalah perkara paling sweet untuk mengingati segala jasa dan penat lelah isteri dalam menguruskan keluarga.

Read More