Skip to main content

5 PERKARA TENTANG SUSU NILOFA BERPERISA KURMA DAN PISANG : CERITA JUJUR SAYA

Bila kali terakhir anda minum susu?

Kali ini saya nak cerita tentang satu jenama susu yang bukan sahaja berperisa pisang, tetapi sekali dengan rasa kurma. Susu Nilofa.

Jujurnya, saya kurang gemar minum minuman susu.

Saya diberitahu yang produk ini mendapat permintaan tinggi khususnya semasa bulan Ramadhan baru-baru ini. Ramai juga sudah menjadi agen kepada produk ini.

Selepas meminum produk ini, saya pun mula mencari maklumat-maklumat berkaitan. Ada beberapa perkara saya akan kongsikan untuk anda baca.

Berikut, 5 review jujur saya tentang produk ini. Selamat membaca.

Read More

5 PERKARA TENTANG MADU KELULUT SYAMILLE (REVIEW JUJUR)

Saya adalah antara peminat dan penggemar madu. Mungkin ini adalah review pertama saya tentang produk madu.

Ramai tanya apa beza madu kelulut dengan madu yang lain. Antara yang paling jelas ialah rasanya. Madu kelulut mempunyai lebih rasa masam, berbeza dengan madu lain yang lebih manis.

Dipendekkan cerita, ada kisah antara madu kelulut dan saya baru-baru ini.

Ketika awal musim PKP haritu, bekalan madu di rumah dah habis. Kebetulan pula masa itu saya kurang sihat kerana batuk dan demam.

Oleh kerana risau sebab wabak Covid-19, saya terus mencari madu kelulut di Shoppee.

Alhamdulillah, saya telah mengorder madu kelulut Syamille dan selamat sampai di rumah selepas lebih seminggu.

Selepas lebih sebulan meminum madu ini sehingga habis, ada 5 perkara yang ingin saya kongsikan tentang madu kelulut Syamille. Selamat membaca.

Read More

5 REVIEW JUJUR TENTANG SAMSUNG GALAXY TAB S6

Baru-baru ini, saya membuat satu keputusan besar dalam hidup saya.
Iaitu membeli sebuah tab. Dengan harga melebihi 2K.

Mungkin ramai yang bertanya kenapa saya membeli model ini?
Tidak kurang juga ramai ingin tahu mengenai prestasi dan kemampuan tab ini selepas saya menggunakannya.

Pasti ada sebab tertentu yang menyebabkan saya memilih untuk melaburkan sedikit duit untuk sebuah tab.

Apapun, selepas menggunakan produk ini beberapa minggu, ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan.

Review ini hanyalah ‘based on experience’. Mungkin bukan review proper untuk sebuah tab.

Berikut adalah 5 review jujur saya tentang model samsung tab s6. Selamat membaca.

Read More

5 TIPS SEBELUM MEMBELI KERETA BARU TAHUN 2020

Pening memikirkan kereta apa yang sesuai untuk dibeli? Masih lagi tak puas membaca review kereta dan segala macam maklumat tentang kereta di media sosial?

Jangan peningkan kepala.

Kali ini saya nak menulis tentang tips ataupun ‘petua’ dalam memilih kereta baru.

Petua ini mungkin berbeza dengan apa yang pernah anda baca.

Tips ini mungkin sangat berguna bagi mereka yang masih dalam proses “MANA SATU KERETA AKU NAK BELI”!

Untuk peringatan bersama, membeli sebuah kereta baru tidak semudah yang dimimpikan.

Kalau anda ada duit berjuta-juta, itu cerita lain. Cerita ini sangat sesuai untuk golongan seperti saya, cukup bulan cucuk dinding.

Saya kongsikan 5 tips ini berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri. Selamat membaca.

Read More

MADU KELULUT PENAWAR BAGI COVID 19?

Pernah minum madu kelulut? Mungkinkah madu yang anda minum itulah penawar bagi virus covid 19?

Sehingga artikel ini ditulis, vaksin, ubat ataupun penawar kepada covid 19 masih belum ditemui. Saya yakin, seluruh saintis di dunia sedang berusaha untuk ke arah itu.

Di Malaysia, saya difahamkan juga, beberapa universiti juga terlibat secara langsung atau tidak langsung, dalam pengkajian mencari penawar covid 19.

Dengan kepakaran rakyat tempatan, siapa sangka suatu hari nanti Malaysia mampu menjadi antara negara yang menghasilkan vaksin sendiri.

Cuma yang ingin saya kongsikan di sini tentang satu laporan dari Harian Metro bertarikh 13 Mac 2020.

Antara lain memetik kata-kata Pengerusi Persatuan Lebah Kelulut Terengganu, Encik Mohd. Sufian Mat Nor, yang madu kelulut mungkin mempunyai potensi untuk melawan penyakit Covid 19.

Berikut adalah ulasan saya yang mungkin bermanfaat untuk kita.

Read More