3 PERKARA IKONIK YANG DILAKUKAN OLEH NAJIB RAZAK

Bila menulis mengenai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri (DS) Najib Razak, kena diakui hakikat bahawa beliau terpalit dengan pelbagai isu yang akhirnya mengundang bermacam persepsi.
Menuduh tanpa sebarang bukti adalah tidak adil untuk DS Najib. Namun, membiarkan persepsi ini untuk terus menyelebungi juga memberi kesan negatif terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
Perkara sebegini  pasti akan dilalui oleh sesiapapun pemimpin apatah lagi seorang Perdana Menteri.
Saya membawa perhatian anda pada sisi yang lain yang pada hemat saya, perkara ikonik yang telah dilakukan oleh DS Najib sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Dalam banyak banyak perkara, saya pilih 3 untuk kali ini.
Perkara ini antara yang membawa impak besar kepada kepimpinan beliau. Mari kita hayati dan pelajari sesuatu untuk kita jadikan sebagai panduan dan pengajaran.

BRIM (BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA)

Ramai pihak mengatakan BRIM adalah satu projek yang merugikan kerajaan. Tidak kurang juga mencemuh program ini sebagai unsur rasuah kerajaan bagi menarik undi masyarakat.
Kita juga mungkin pernah dengar impak BRIM yang menjadikan masyarakat kita malas dan hanya mengharapkan bantuan.
Saya tidak katakan tidak setuju pada semua pandangan ini. Cuma, pernah tak kita mendengar keluhan dan perasaan mereka yang mengharapkan bantuan BRIM?
Bagaimana ramainya masyarakat berbaris dan sanggup menunggu di depan mesin ATM seawal pagi bagi mengeluarkan duit BRIM. Bagaimana gembiranya raut wajah mereka sebaik menerima wang BRIM.
Dari satu sudut negatifnya, ramainya masyarakat menerima BRIM adalah antara petunjuk tidak sihat kepada taraf hidup di Malaysia.
Namun, dari sisi pandang yang lain, kita kena terima hakikat kepada realiti kehidupan, betapa dalam ekonomi yang meruncing, bantuan sebegini sekurang kurang meringankan beban orang susah.

LEBUH RAYA PAN BORNEO

Bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, rancangan pembinaan lebuh raya merupakan satu penantian yang terlalu lama untuk dinanti.
Akhirnya, setelah penduduk di Semenanjung telah menikmati kemudahan lebuh raya hampir lebih 20 tahun, lebuh raya bakal dibina merentasi Sabah dan Sarawak.
Tertanya tanya juga mengapa setelah sekian lama, barulah lebuh raya dibina di kedua dua negeri terbesar di Malaysia ini.
Mungkin kerajaan tidak melihat ia sebagai keperluan pada waktu itu. Dan mengapa juga tidak kedengaran kelantangan menteri menteri dari dua negeri ini memperjuangkan pembinaan lebuh raya, sebelum ini.
Apapun, mari terus memandang ke hadapan. Semoga kemajuan terus bersama Sabah dan Sarawak.

MEMECAT MUHYDDIN YASSIN DAN SHAFIE AFDAL

Seperti mengulang kembali kisah Tun M memecat DS Anwar Ibrahim, DS Najib juga telah melakukan perkara yang sama dengan timbalannya, iaitu Tan Sri Muhyddin yassin. Kali ini beliau turut memecat menteri kanannya, DS Shafie Apdal.
Bezanya kali ini, tidak ada gerakan reformasi seperti zaman Anwar dahulu.  Dan perpecahan dikalangan ahli UMNO tidak begitu ketara kelihatan.
Namun, impak daripada pemecatan ini telah mengakibatkan tertubuhnya satu parti baru iaitu PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA atau BERSATU. Diketuai oleh TS Muhyddin sendiri bersama bekas PM Tun Mahathir.
Di Sabah, DS Shafie Apdal bersama sama beberapa pemimpin tempatan menubuhkan PARTI WARISAN SABAH atau WARISAN.
BERSATU yang kemudiannya menyertai gabungan Pakatan Harapan pasti memberi saingan sengit kepada BN dan UMNO pada pilihanraya akan datang.
WARISAN pula pastinya membawa pengaruh yang dimiliki oleh Shafie Apdal untuk memastikan BN tumbang di Sabah, negeri yang disifatkan fix deposit bagi BN oleh DS Najib.
Dari sudut pandang, DS Najib sebenarnya berhadapan cabaran lebih getir berbanding sebelum ini. Di sinilah kita lihat dan belajar bagaimana seorang pemimpin mengetuai satu pasukan untuk berhadapan dengan pihak lawan.
Kalah atau menang itu cerita lain.

KESIMPULAN

Menjadi seorang pemimpin bukan tanggungjawab yang mudah. Apatah lagi bergelar Perdana Menteri. Belajarlah mencari iktibar pada orang disekeliling kita. Hargailah apa perkara baik yang telah oleh lakukan kepada kita.
Dalam masa sama, kita kena bijak menilai siapa musuh dan lawan kita. Apa sebenarnya yang baik dan buruk kepada kita dan masyarakat.
BERMIMPI MENJADI PM

MOHAMAD HAFIZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *