5 DRAMA TAKUYA KIMURA YANG PATUT ANDA TONTON

5 drama Takuya Kimura yang patut anda tonton

Nama Takuya Kimura tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajahnya sangat sinonim dikalangan peminat drama Jepun. Beliau antara pelakon hebat yang membawa drama-drama Jepun dikenali diseluruh dunia.

Saya adalah antara yang meminati hasil karya lakonan beliau.

Saya membesar dengan drama-dramanya. Malah, saya banyak menjadikan dramanya sebagai sumber inspirasi.

Untuk artikel kali ini, saya huraikan 5 drama Takuya Kimura yang paling saya suka. Drama ini dipilih atas 3 faktor.

Jalan cerita menarik, tidak bosan untuk diulang tonton, dan lakonan yang mengesankan.


BEAUTIFUL LIFE


Drama pertama lakonan Takuya Kimura yang saya tonton.

Secara ringkas, berkisahkan tentang 2 watak utama. Iaitu seorang tukang gunting rambut, dan seorang wanita yang berkerusi roda yang bekerja di library.

Saya suka dengan runut bunyi drama ini. Jalan ceritanya yang fresh dan menarik, untuk tahun itu (2000).

Satu fakta menarik tentang drama ini ialah mencatatkan rekod rating paling tinggi, iaitu 41 %. Ia bertahan sehinggalah tahun 2013. Bukti betapa hebatnya drama ini.

PRIDE

Jalan cerita drama ini berkisar mengenai pemain hoki ais. Drama yang mengangkat genre sukan ini sebenarnya pernah mencetuskan fenomena di Jepun.

Disebabkankan drama Pride, sambutan terhadap sukan hoki ais meningkat dikalangan warga Jepun.

Selain daripada kekuatan jalan cerita, faktor utama mengapa saya suka drama ini ialah ia berjaya memberi satu semangat dan nilai positif.

Saya juga suka dengan sinematografi yang cantik. Ost yang bertepatan dengan genre dan tema.
Ditayangkan sekitar 2004, ia masih segar untuk ditonton pada tahun 2021.

HERO

Mula ditayangkan pada tahun 2001, Hero adalah antara drama paling berjaya lakonan Takuya Kimura.

Mengangkat kisah dunia peguam. Saya suka bagaimana sisi gelap korupsi, penyalah gunaan kuasa golongan elit dan politik, dan bermacam lagi didedahkan dan ditangani.

Teingat kostum Takuya yang legend iaitu Jaket oren dan kasut boot yang stylo.

Disebabkan sambutan tinggi, Hero siri istimewa ditayangkan pada 2006.

Tahun 2007, filem Hero muncul di layar perak. Tahun 2014, drama Hero musim kedua pula ditayangkan. Setahun kemudian, Hero sekali lagi difilemkan dan antara filem paling mendapat sambutan di Jepun tahun 2015.

Fakta di atas sudah cukup menyatakan betapa istimewanya drama ini.

ENGINE

Berlatar belakang dunia perlumbaan kereta, Jiro lakonan Takuya Kimura adalah seorang pelumba yang akhirnya hilang pekerjaan. Beliau akhirnya kembali ke rumah kebajikan anak angkat.

Saya sangat suka bagaimana watak kanak-kanak menghiasi plot drama ini. Sekalipun tema yang diangkat agak berat, namun jalan cerita yang santai membuatkan saya terhibur.

Momen-momen comel dan lucu, sedih dan ketawa, semuanya sangat natural dan bersahaja. Tetapi mesejnya tetap sampai.

Saya masih ingat lagi ada episod yang boleh membuatkan penonton turut menangis bersama.


BG PERSONAL BODYGUARD

Antara drama terbaru lakonan Takuya Kimura (tahun 2018). Mengisahkan tentang seorang bodyguard yang bercerai dan membesarkan seorang anak remaja.

2 perkara saya suka mengenai drama ini. Pertama, plot drama yang mantap sehingga membuatkan anda duduk hingga habis episod. Kedua, tema setiakawan dan kerjasama yang menjadi tunjang cerita.

Seperti biasa, lakonan mantap daripada Takuya Kimura menambahkan lagi perisa kepada penceritaan drama.

Saya sangat berpuas hati dengan drama ini. Berbaloi untuk anda meluangkan masa depan kaca TV.

BG PERSONAL BODYGUARD juga disambung pada musim kedua tahun 2020.

p/s: Baca juga artikel saya tentang 10 drama Jepun terbaik.

One thought to “5 DRAMA TAKUYA KIMURA YANG PATUT ANDA TONTON”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *