5 FILEM KOREA BEST PERNAH SAYA TONTON

Train to Busan: This is why I love Korean film! I have never been keen on the whole zombie trend, but I loved this movie. Korean filmmakers know how to emotionally manipulate you, man. You'll cry. Trust me.:

Kejayaan filem Train To Busan yang menjadi satu fenomena tahun ini, membuka mata ramai orang terhadap kehebatan filem dari Korea. Khususnya yang sebelum ini agak skeptical dengan filem Korea, yang sinonim dengan budaya K-Pop.

Saya secara jujurnya bukan merupakan peminat K-Pop. Memang sampai tahap menyumpah terhadap K-Pop. Namun, banyak benda lagi yang  boleh dikaitkan dengan Korea selain lagu dan budaya  K-Pop.

Salah satunya ialah filem. Filem Korea sejak beberapa tahun ini mengalami perubahan yang sangat menarik untuk diikuti.

Dalam setahun, industri perfileman Korea boleh menghasilkan banyak filem-filem yang bermutu dan berkualiti. Dan kepesatan industri filem Korea berkembang dengan sangat menakjubkan.

Kebanyakan filem terbaik Korea menghidangkan Jalan cerita yang simple saja.  Tetapi, dalam simple itu, terselit kekreavitian dan inovatif orang Korea. Jika tidak, mustahil mereka mampu membawa filem Korea ke pentas dunia dengan cemerlang sekali.

Pada saya, semua orang mempunyai citarasa sendiri dalam memilih dan menonton filem yang disuka. Sebab itu saya kena adil dalam memberikan pandangan. Filem yang bertemakan kisah cinta tipikal Korea saya tidak sentuh.

Saya lebih berminat mengulas filem yang mungkin temanya agak kurang mendapat perhatian dikalangan orang Malaysia. tema yang berkisar mengenai kepolisan, gangster, penjenayah, dan sewaktu dengannya. 

Paling penting, jalan ceritanya yang fre1sh dan penamat cerita yang sukar dijangka.

Sebab itu, 5 filem yang senaraikan ini adalah mengikut apa yang saya rasa terbaik dan menarik untuk ditonton.

Mungkin minat dan citarasa kita berbeza, tetapi tidak salah untuk anda menonton jika belum pernah menonton. 

NEW WORLD

new-world-2013-movie-poster

Filem ini menarik bagi saya yang memang sukakan cerita berunsur thriller, penyiasatan, dan kepolisan.

Kisah perebutan kuasa diantara kumpulan gangster-gangster dan seorang polis yang menyamar dalam kumpulan gangster terbabit.

Bagaimana watak hero file mini survive dalam penyamarannya sehingga akhirnya berjaya mencipta pengaruh dalam kumpulan gangster.

Filem ini menawarkan sesuatu yang fresh dan tidak klise. Ia penuh unsur kejutan dan suspen di sepanjang perjalanan filem.

 RUNNING MAN

2aa26d5b03343dc94c208bf06a761af2

Tajuk filem ini mungkin sama dengan pogram popular Korea yang juga mempunyai nama yang sama.

Yang menariknya filem ini ialah babak masanya yang berlaku dalam satu masa sahaja.

Kisah seorang lelaki yang terperangkap dalam satu sendiket jahat.

Dia kebetulan berada pada masa yang salah, dan tempat yang salah. Akhirnya dituduh membunuh selepas seorang penumpang teksinya mati semasa menaiki kenderaannya.

Sangat menarik untuk anda yang mengemari cerita fast track sebigini.

GANGNAM 1970

screen-shot-2015-01-13-at-22-37-38

Filem juga berkisar mengenai dunia gangster dan berlatarkan tahun 70-an.

Tarikan utama filem ini pastinya watak 2 orang heronya.

Antara yang menarik mengenai filem ini ialah set masa dan lokasi yang kelihatan betul-betul pada tahun 70-an.

Selebihnya, penuh dengan aksi dan pembunuhan.

ACCIDENTAL DETECTIVE

fullsizephoto635837

 

Bagi mereka yang menggemari cerita kepolisan dan detektif, inilah filemnya.

Unsur humor yang diselitkan menjadikan filem lebih  seronok untuk ditonton bersama keluarga.

Anda pasti tertanya-tanya hingga ke penamat cerita persoalan-persoalan yang ditimbulkan pada awal babak filem.

THE CLIENT

fullsizephoto190020

Filem ini berkisar mengenai seorang suami yang dituduh membunuh isterinya.

Dia akhirnya dibicarakan dimahkamah. Kisah ini berkembang apabila peguam bela dan pendakwah raya saling berusaha membuktikan mereka berada di pihak yang benar.

Penonton pasti akan pening memikirkan siapa sebenarnya pembunuh kejam tersebut.

Berbaloi untuk anda tonton.

KESIMPULAN

5 buah Filem ini mungkin bukanlah terbaik dalam beberapa aspek.

Tetapi, Sekurang-kurangnya, ia membuatkan saya duduk menonton filem ini hingga ke minit terakhir.

Mungkin, pembuat filem tempatan kena belajar sesuatu daripada produksi filem Korea.

 

MOHAMAD HAFIZ

PEMINAT CERITA WINTER SONATA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *