5 JENIS KOPI SEGERA TERBAIK DAN SEDAP YANG ANDA PERLU CUBA

36b412f2fe633271876071a5c911b45a

Kopi merupakan antara minuman kegemaran saya sejak dahulu lagi. Bahkan kopi juga adalah antara minuman paling digemari oleh kebanyakkan manusia di muka bumi ini.

Oleh kerana minat mendalam terhadap rasa kopi, maka pelbagai jenama kopi telah di cuba. Antaranya termasuklah kopi segera ataupun lebih dikenali sebagai kopi 3 in 1, 4 in 1, 5 in 1 dan seterusnya.

Di Malaysia, ada pelbagai jenis kopi segera yang berlambak di pasaran.

Keadaan ini menimbulkan persaingan sihat yang kadang-kadang akhirnya membuatkan peminat kopi bingung untuk memilih.

Maka jadilah macam saya yang terpaksa mencuba lebih daripada 10 jenis kopi segera untuk memilih mana sedap dan enak menurut rasa tekak.

Pengalaman itulah yang akan dikongsikan dalam artikel ini dimana saya memilih 5 jenis kopi segera yang mungkin menepati citarasa anda.

Kopi Segera Tidak Baik Untuk Kesihatan? Tips Memilih Kopi Segera.

Ini merupakan persepsi yang selalu dialami oleh manusia macam saya dan kebanyakan di luar sana. Saya bukanlah pakar pemakanan.

Tetapi, sekiranya kita melihat sesuatu persepsi dari sudut pandang yang betul, maka ia baiklah untuk kita. Simple.

Sebab itu penting untuk bagaimana memilih kopi segera sebelum kita beli dan cuba. Tipsnya ialah kenal pasti kandungan kopi dan tujuan kita minum.

5 KOPI SEGERA TERBAIK DAN SEDAP PILIHAN SAYA

Kesukaran timbul dalam memilih kopi ialah apabila kita tidak tahu apa yang terbaik. Apa yang ingin dimahukan hanyalah yang sedap.

Sedap itu sesuatu yang sangat subjektif. Saya boleh kata ia sedap tetapi mungkin tidak pada orang lain.

Mungkin saya katakan terbaik tetapi tidak berapa nak sedap.

Maka apa yang saya kongsikan ini ialah kopi yang sedap dan terbaik mengikut lidah dan tekak saya. mudah-mudahan dapat dijadikan rujukan bersama. Insyaallah..

#5  OLD TOWN WHITE COFFE HAZELNUT

  • Rasa kopi ini agak sedikit pekat tapi memang sedap. Aroma white coffe yang menyegarkan.
  • Rasa Hazelnut menambahkan lagi kesedapan kopi.
  • Kandungan yang terasa sebati dan pasti sekali minum hendak lagi.

#4  KOPI AL JANNAH MAHKOTA DEWA

  • Mengandungi lebih daripada 10 ekstrak tumbuhan yang baik untuk kesihatan.
  • Rasa kopi tetap dominan dan memang menyegarkan.
  • Boleh membantu menghilangkan keletihan dan menenangkan fikiran.

#3  KOPI ARABICA SUSU KAMBING

  • Saya merupakan peminat susu kambing. Produk ini memberikan saya kepuasan kerana dapat menikmati susu kambing, kopi, dan koko dalam satu cawan.
  • Ia memberikan sesuatu rasa yang pasti berbeza berbanding kopi-kopi lain.
  • Apa yang pasti, ia tetap sedap dan aroma kopi tetap dapa dirasai.

#2  KOPI RED GUARA

  • Saya meminati dan mengamalkan kopi ini sejak ia mula berada di pasaran.
  • Baik untuk kesihatan.
  • Rasanya yang memang sedap dan menyelerakan.

#1  MINERAL COFFE

  • Sangat bagus untuk kesihatan. Tidak mengandungi kandungan gula, tetapi tidaklah terlalu pahit untuk diminum. Kandungan garam buluhnya membuatkan ia berbeza berbanding produk lain.
  • Membuatkan perut cepat kenyang. Maka ia sangat ideal untuk yang ingin berdiet.
  • Rasa kopi yang pekat menjanjikan sesuatu yang menyegarkan.

KESIMPULAN

Pilihan adalah ditangan kita. Apapun jenis kopi yang diminum, pastikan ia serasi dengan tubuh badan agar tidak memudaratkan kesihatan.

Petua yang saya amalkan setiap kali ialah meminum air kosong sebelum dan selepas menikmati secawan kopi.

Insyaalah, jangan lupa memulakan sesuatu dengan mengucap kalimah Bismillah. Kerana dengan ungkapan inilah, kita dapat menikmati secebis rezeki Allah dengan secawan kopi.

MOHAMAD HAFIZ
PEMINAT KOPI TEGAR

One thought to “5 JENIS KOPI SEGERA TERBAIK DAN SEDAP YANG ANDA PERLU CUBA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *