5 KERETA PROTON YANG PALING UNIK

Bersempena dengan pengumuman CEO baru Proton, tergerak hati kecil ini untuk menulis sedikit tentang Proton. Lebih tepat lagi tentang kereta Proton yang saya anggap unik.
Part mana yang uniknya Proton ini? Jangan tersenyum membaca tajuk ini.
Akan saya hurai sebentar lagi.  Sebelum itu, Seperti yang sedia maklum, sebahagian saham dalam Proton telah dimiliki oleh Geely.
Isu tentang kewajaran kerjasama ini samada menguntungkan Proton atau sebaliknya, biarlah masa yang menentukan.
Begitu juga tentang kepentingan nasional dan nasionalisme, isu dan perkara ini juga saya tidak akan ulas dalam artikel ini.
Cuma, jika anda tanya saya apa kesimpulan yang boleh saya beri ialah kesemuanya adalah takdir.
Ya takdir.
Bukan untuk menyalahkan takdir. Atau membiarkan sahaja takdir menjawab segalanya. Tetapi, perlu diingat. Kita semua manusia dimuka bumi ini berjalan atas takdir.
Takdir tidak berlaku sendirinya jika tidak kerana Tangan tangan Manusialah.. apa yang berlaku ini ada sebab dan kesannya, mengikut fikrah alam. Business jika tak untung, pasti rugi. Jika rugi, kena lakukan sesuatu sebelum lingkup dan gulung tikar.
Orang Malaysia seperti biasa, bila malapetaka datang, mulalah salahkan itu dan ini. Mulalah nak bercerita tentang semangat nasioalisme. Walhal, orang sebegini kadang kadang, tak memandu atau memiliki kereta Proton pun.
Faham tak apa yang saya cuba sampaikan? Jika tak faham, baca dan baca sampai faham.
Berbalik kepada tajuk cerita kereta Proton yang unik tadi. Dalam banyak banyak keluaran Proton, ada  jenis kereta yang dikeluarkan Proton yang saya anggap unik. Unik disini membawa banyak maksud mengikut apa yang saya gambarkan.
Dalam kita sibuk kondemkan kereta Proton, apa kata kita hayati  tulisan tentang  beberapa perkara yang unik tentang kereta Proton ini.

PROTON JUARA

Mungkin ramaiyang sudah tak ingat design kereta ini. Mungkin ada juga tergaru kepala bertanya bila masa Proton ada keluarkan kereta spesis begini.
Kereta ini memang unik dan..pelik pada zaman ia dikeluarkan. Dengan rekaan petak bersegi yang berbucu, pasti ia memerlukan keberanian daripada Proton untuk keluar dengan design sebigini.
Akhirnya, ia tidak lama bertahan di pasaran. Jika anda memiliki kereta ini sekarang, pasti ia akan menjadi satu perkara yang sangat rare.
Menarik tentang design ini ialah ia seakan mula menjadi ilham pereka kereta beberapa jenama. Antaranya Daihatsu yang dikatakan akanmenjadi model pengganti kenari.
Fakta ini membuktikan rekabentuk Proton memang berpandangan jauh.

PROTON ARENA

Design kereta pikap ini sudah cukup menggambarkan keunikannya. Satu satunya pikap yang pernah dikeluarkan oleh Proton.
Berasaskan platform Proton Wira, Arena sebenarnya telah berjaya menawarkan sesuatu yang baru kepada pasaran automotif tempatan. Kereta Pikap yang mampu milik, tahan, kecil dan murah.
Sekalipun tidak popular seperti jenama Proton yang lain, Arena merupakan produk eksport utama Proton khususnya ke Australia, UK dan Afrika.
Jangan terkejut sekiranya anda masih melihat kereta ini meluncur di jalanraya di negara tersebut. 

PROTON SAVVY

Jika anda tanya saya apa yang unik tentang kereta ini, bagi saya ialah design belakangnya.  Entah mengapa, tetapi, mungkin itulah antara faktor yang membuatkan Savvy mendapat perhatian.
Malang bagi Savvy ialah ia muncul sezaman dengan kemunculan Myvi di pasaran negara. Malang juga kerana Savvy dikeluarkan ketika Proton berhadapan krisis kejatuhan dan ketidakpercayaan terhadap kualiti Proton.
Lupakan seketika masalah enjin dan transmisi Savvy yang memang bermasalah dan penyebab utama mengapa kereta ini akhirnya ‘bungkus’.

PROTON  SATRIA GTI

Menjadi idaman jejaka jejaka di seluruh Malaysia pada ketika ia dipasarkan. Rekaannya yang memang superb. Power dan sporty. Jenama Satria GTI ini antara yang berjaya menembusi pasaran negara luar.
Terus terang, saya merupakan antara peminat model ini.
Walaupun sudah lebih sepuluh tahun, dan sudah tidak sepower seperti dulu, wajah eksotik Satria GTI masih boleh menawan dan sentiasa muda.

PROTON SAGA

Tidak sah bila bercerita tentang keunikan Proton, tidak menyentuh tentang Proton Saga. Bermula sebagai kereta pertama Proton, kemudian Iswara dan LMST, ia berganjak ke generasi Saga BLM, FL, FLX dan sekarang muncul dengan wajah baru.
Jika anda tanya apa yang unik tentang Saga, bukanlah kerana faktor rekaannya yang sememangnya tidaklah seberapa unik.
Uniknya Saga adalah kerana namanya itu Saga. Saga itu sebenarnya sudah menggambarkan tentang Proton itu sendiri. Berdirinya Proton harini adalah kerana nama Saga.
Bayangkan jika kereta Saga ini diberhentikan daripada pasaran, boleh jadi lingkup Proton akhirnya.
Mungkin feng shui atau tuah nama Saga itu, menyebabkan kereta berjenama Saga kekal relevan hingga ke hari ini.
Luas, maintenance murah, tahan lama dan lasak, boleh masuk kampung dan meluncur di lebuh raya, ruangan bot besar,  dan paling penting ia masih mampu milik. Itulah Saga.

KESIMPULAN

Biarlah apa orang nak kata mengenai Proton. Sekurang kurangnya, Malaysia masih ada Proton yang surat beranaknya memang lahir di Malaysia. Mungkin saja sekarang ini sudah kahwin dengan orang dari China.
Biar anak cucu kita tahu yang Malaysia pernah dikenali sebagai antara pengeluar kereta utama, jika tidak pun di dunia, sekurang kurangnya di rantau Asia Tenggara. 
Teringat saya kata kata nakal seorang kenalan rapat mengenai hubungan Proton dan Geely. Selepas ini orang akan sebut Proton dengan nama baru iaitu PELOTON (mengikut slang orang cina).
Pemilik kereta Proton
MOHAMAD HAFIZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *