Skip to main content

5 LAGU YANG MENGINGATKAN SAYA TENTANG SABAH : SALAM PESTA KAAMATAN

Hari ini, ketika artikel ini ditulis, bersamaan 30 Mei 2020. Hari  ini masyarakat KadazanDusun di Sabah meraikan pesta kaamatan.

Seperti juga sambutan Hari Raya, Kaamatan tahun ini juga diraikan dengan suasana yang berbeza.

Satu perkara yang menarik tentang Sabah ialah sekalipun ia mempunyai berbilang suku kaum dan agama, masyarakatnya hidup dalam suasana yang penuh harmoni.

Bersempena dengan Kaamatan ini, saya kongsikan antara lima buah lagu yang membuatkan saya teringat tentang Sabah. 

Lagu lagu ini pastinya mempunyai melodi dan lirik yang unik. Selamat membaca.

GADIS SABAH

Lirik lagu nyanyian S Welly ini bercerita tentag gadis sabah.

Lagu ini juga antara yang selalu dimainkan di corong radio dan shopping mall ketika musim Kaamatan.

Saya suka lagu ini kerana kuat dengan unsur tempatan khususnya dari suku kaum Dusun.

SUMANDAK SABAH

Lagu nyanyian Marsha dan Velvet ini menceritakan tentang sumandak. Sumandak dalam suku kaum Kadazandusun bererti gadis.  

Gadis dan wanita Sabah memang terkenal dengan kesopanan dan lemah lembutnya. Paling penting, lawa dan cantik belaka.

Lirik dan irama lagu ini memang diabadikan untuk semua yang bergelar sumandak di luar sana.

ODOI

Lagu nyanyian estranged ini memang terbaik.

Saya suka lagu ini kerana gabungan unsur moden dan etnik tempatan dalam susunan muziknya yang sangat mantap dan tersusun.

Percayalah, lagu ini akan terus menjadi lagu wajib dan malar segar bagi musim Kaamatan. Untuk tahun mendatang.

Saya juga suka dengan muzik video lagu ini. Simple dan sangat menghiburkan. Menjadikan mesej dan irama lagu ini sampai kepada pendengar.

ORIGINAL SABAHAN

Satu lagi lagu wajib untuk dimainkan sepanjang musim kaamatan. Lagu nyanyian Atmosfera ini pernah menjadi satu fenomena di Sabah.

Muzik dan liriknya sangat dekat di hari rakyat Sabah.  Sesiapa yang mendengar lagu ini pasti akan terasa ingin menari sumazau.

Saya kagum melihat video muzik lagu ini.

Dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Juga memamarkan beberapa tempat menarik di Sabah dan masyarakat yang berbilang kaum.

MANSAU

Lagu nyanyian Adam Syamil ini baru dikeluarkan tahun 2020. Walaupun masih baru, tetapi sambutan terhadap muzik video lagu ini sangat hebat.

Sebuah karya yang sangat fresh. Satu lagi lagu yang mengambarkan muzik, irama, dan bahasa dari Sabah.

Tidak keterlaluan jika saya katakan lagu ini boleh pergi jauh.

Ini satu lagi bukti betapa ramai bakat bakat muda yang hebat dari Sabah. Sebab itu juga Sabah tidak pernah ketandusan karya muzik yang hebat.

Mendengar lagu dari Sabah membuatkan negeri di bawah bayu ini terasa dekat di hati. Jom jadikan Sabah salah satu destinasi wajib untuk dikunjungi, selepas PKP.

Akhir kata, Kotobian Tadau Kaamatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *