Skip to main content

5 PERKARA HEBAT YANG LELAKI BOLEH LAKUKAN DI RUMAH : SEMPENA MUSIM PKP

Selepas hampir sebulan lebih perintah kawalan pergerakan diperkenalkan, pelbagai ragam orang Malaysia kita saksikan di media sosial, khususnya mengenainya kehidupan sepanjang duduk di rumah.

Stress. Boring. Risau. Tak tau nak buat apa.

Ini adalah antara perkataan yang menggambarkan perasaan kebanyakkan lelaki di Malaysia ketika musim PKP ini.

Tidak semua dikalangan kita yang suka duduk di rumah. Terutamanya bagi kaum lelaki.Namun, ini lah hakikat yang perlu ditelan demi keselamatan diri dan masyarakat.

Duduk di rumah sebenarnya mempunyai mempunyai hikmah tersendiri. Bagi kaum lelaki, ada banyak aktiviti boleh dilakukan di rumah.

Malah, aktiviti ini dapat membuktikan bahawa kaum lelaki boleh menjadi hebat, sekalipun duduk terperap untuk tempoh yang lama.

Maka, berikut saya senaraikan lima perkara yang hebat yang boleh dilakukan di rumah.

MENJADI CHEF DI DAPUR

Jika sebelum ini jarang menjenguk dapur, inilah masanya untuk mengubah kebiasaan itu. Saya tahu ramai khususnya para lelaki, yang tidak minat masak. Tapi, mungkin boleh mulakan dengan resepi mudah seperti meggi dahulu.

Minat itu boleh dipupuk. Yang penting ada usaha. Menjadi chef tidak semestinyakena masak masakan sedap. Yang sedap itu semuanya bermula dengan tidak sedap dahulu.

Practice make perfect.

MENGEMAS DAN MENYAPU RUMAH

Ya, satu lagi aktiviti yang biasanya kaum lelaki jarang buat. Sebenarnya, ramai juga lelaki di luar sana yang suka aktiviti ini. Selain dapat mengeluarkan peluh di dalam rumah, ia juga memupuk sifat kebersihan dan kekemasan.

Kebersihan itu adalah satu akhlak yang perlu ada pada setiap manusia. Ia kan separuh daripada iman.

AKTIVITI RIADAH BERSAMA KELUARGA DAN ANAK ANAK

Bagi seorang bapa, inilah masanya menunjukkan kreativiti bersama anak. Contohnya, bermain masak masak, membina khemah atau menjadi guru mengajar di rumah.

Iya la, setelah banyak menghabiskan masa bekerja, masa yang terluang ini harus dimanfaatkan.

MENONTON MOVIE BERSAMA KELUARGA

Gunakan masa yang terluang ini dengan menonton movie yang menarik dan bersesuaian. Ruang tamu boleh diubahsuai menjadi lebih menarik . ini dapat membantu menaikkan mood dan feel menonton movie.

MENJADI IMAM

Jika sebelum ini mungkin sering pergi ke masjid menjadi makmum, inilah masa sesuai menjadi imam di rumah. Gunakanlah masa ini untuk ‘membimbing’ keluarga dengan menjadi imam dalam solat berjemaah.

Mungkin ramai yang tertanya. Lima aktiviti ini mungkin adalah aktiviti rutin seharian. Mudah dan semua orang tahu. So, dimana letakknya kehebatan seperti yang tertulis pada tajuk artikel?

Ingin saya kongsikan satu pengajaran mudah disini. Tidak semua lelaki di luar sana yang mampu konsisten melakukan aktiviti di atasa, apatahlagi dalam tempoh beberapa minggu ini.

Sebab itu, lelaki yang dapat melakukan sesuatu diluar kebiasaan seperti aktiviti di atas, khususnya dalam musim wabak ini, adalah individu yang hebat.

Salam ramadhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *