5 PERKARA UNTUK MENJADI BAPA HEBAT DI RUMAH

5 Perkara untuk menjadi bapa hebat di rumah

Ingin menjadi bapa yang hebat? Apa boleh dilakukan di rumah?

Dalam musim pandemik yang banyak masa dihabiskan di rumah, pelbagai ragam orang Malaysia kita saksikan di media sosial. Stress. Boring. Risau. Tak tau nak buat apa.

Ini adalah antara perkataan yang menggambarkan perasaan kebanyakkan golongan bapa di Malaysia ketika musim PKP ini.

Tidak semua dikalangan mereka yang suka duduk di rumah. Namun, inilah hakikat yang perlu ditelan demi keselamatan diri dan masyarakat.

Duduk di rumah sebenarnya mempunyai mempunyai hikmah tersendiri. Ada perkara yang boleh menjadikan seorang bapa itu hebat.

Maka, berikut saya senaraikan lima perkara untuk menjadi bapa yang hebat di rumah.

MENJADI CHEF DI DAPUR

Jika sebelum ini jarang ke dapur, inilah masanya untuk mengubah kebiasaan itu.

Saya tahu ramai khususnya para bapa, yang tidak minat masak. Tapi, mungkin boleh mulakan dengan resepi mudah dahulu.

Minat itu boleh dipupuk. Yang penting ada usaha. Menjadi chef tidak semestinya kena masak masakan sedap. Sedap itu semuanya bermula dengan tidak sedap dahulu.

Practice make perfect.

MENGEMAS DAN MENYAPU RUMAH

Satu lagi aktiviti yang biasanya kaum bapa jarang buat.

Sebenarnya, ramai juga lelaki di luar sana yang suka aktiviti ini. Selain dapat mengeluarkan peluh di dalam rumah, ia juga menanam sifat kebersihan dan kekemasan.

Kebersihan itu adalah satu akhlak yang perlu ada pada setiap manusia. Ia kan separuh daripada iman.

AKTIVITI RIADAH BERSAMA KELUARGA DAN ANAK ANAK

Bagi seorang bapa, inilah masanya menunjukkan kreativiti bersama anak.

Contohnya, bermain masak-masak, membina khemah atau menjadi guru mengajar di rumah.

Iya la, setelah banyak menghabiskan masa bekerja, masa yang terluang ini harus dimanfaatkan.

MENONTON FILEM BERSAMA KELUARGA

Gunakan masa yang terluang ini dengan menonton movie yang menarik dan bersesuaian.

Tak perlu ke pawagam. Ruang tamu di rumah pun boleh diubahsuai menjadi lebih menarik .

Ini dapat membantu menaikkan mood dan feel menonton movie.

MENJADI IMAM

Jika sebelum ini mungkin sering pergi ke masjid menjadi makmum, inilah masa sesuai menjadi imam di rumah.

Gunakanlah masa ini untuk ‘membimbing’ keluarga dengan menjadi imam dalam solat berjemaah.

KESIMPULAN

Mungkin ramai yang tertanya. Lima aktiviti ini adalah aktiviti rutin seharian. dimana letaknya kehebatan seorang bapa?

Saya kongsikan satu pengajaran mudah disini. Tidak semua lelaki khususnya bapa di luar sana yang mampu konsisten melakukan aktiviti di atas. Apatahlagi dalam tempoh yang lama.

Sebab itu, seorang bapa yang hebat, ialah menjadikan rumah itu satu tempat yang hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *