5 PERKARA TENTANG GST YANG PERLU ANDA TAHU SELEPAS 1 APRIL!

GST-cover011

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah..setelah agak lama menyepi dalam dunia blog, akhirnya dapat jugalah saya mengeluarkan artikel untuk tahun ini. Sebenarnya banyak idea yang tidak sempat di tulis di ruangan blog akibat kekangan masa dan kerja. Mudah-mudahan selepas ini blog saya ini kembali aktif seperti sebelum ini. Insayallah.

Baiklah…mutakhir ini isu GST menjadi bualan hangat seluruh rakyat yang tinggal di Malaysia. Anda pergilah ke mana-mana samada ke pasaraya, pejabat, kedai kopi dan media sosial alam maya, pasti gandingan tiga huruf ini akan anda dengar, lihat ataupun tuturkan.

Artikel ini bukanlah satu propaganda ataupun hasutan, tetapi sekadar luahan idea yang membuak di kepala otak, untuk kita kongsi dan pikirkan bersama.

Apa itu GST? GST diperkenalkan kerajaan untuk menggantikan sistem percukaian sebelum ini iaitu SST. GST ialah cukai yang dikenakan terhadap sebarang urusniaga. Anda boleh rujuk semua huraian berkaitan pengertian GST di laman web yang telah disediakan kerajaan.

Yang menariknya mengenai GST ini ia dilaksanakan pada 1 April. Orang barat sering meraikan hari terebut sebagai April Fool. Sehinggakan ada menteri terpaksa membuat kenyataan bahawa GST ini bukan April Fool..ia ialah April Betul-Betul! Mungkin ramai yang cuba untuk berharap ini April Fool.

Sambil kita menikmati hari-hari mendatang dengan GST, berikut 5 perkara tentang GST yang anda perlu tahu berlaku di Malaysia selepas 1 April. Selamat membaca!

#1 Jutaan RM kerajaan peruntukkan untuk memahamkan rakyat. Adakah rakyat faham?

Kerajaan sudah membelalanjakan yang saya pasti jutaan ringgit untuk memastikan seluruh rakyat bersedia berhadapan GST. Pelbagai kaedah samada berbentuk percetakan, iklan-iklan di tV, papan-papan tanda di jalanraya, bahkan ada lagu dicipta khas untuk GST. Semuanya bertujuankan yang sama.

Namun selepas 1 April, apakah hasilnya? Tidak dinafikan ada rakyat yang menerima dengam pemahaman yang betul seperti yang telah dikempenkan. Tetapi saya yakin masih ramai yang tidak faham. Bahkan, majaroti rakyat yang faham pun tidak dapat menerima GST.

Bayangkan duit jutaan ringgit tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Saya secara jujur tidak jelas mengenai GST sebelum ini. Mengapa? Kempen yang diterapkan kerajaan menjurus kepada propaganda yang sangat klise., iaitu GST untuk kepentingan negara dan untuk kebaikan rakyat.

Perjalanan secara jelas perlaksanaan GST dari segala peringkat, kesan secara menyeluruh kepada semua rangkaian perniagaan dan langkah kawalan serta pencegahan tidak menjadi fokus utama. Akhirnya,,yang mengakibatkan berlakulah pembelian panik disaat akhir sebelum GST!

#2 Harga topup pun naik!

Sebelum dilaksanakan GST, pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan telah disenaraikan untuk dikecualikan. Antara yang paling heboh ketika ini ialah isu kad prabayar telefon atau topup yang naik RM0.60. Walaupun..ada menteri berkenaan cuba mengatakan harga tidak naik. Kejap tak naik, kejap naik.

Apa yang menjadi persoalan disini ialah setakat mana kemampuan kerajaan melalui kementerian dan agensi tertentu, untuk mengawal harga kesan daripada GST. Sehebat manapun langkah yang dicanangkan di atas kertas, namun tetap tidak berguna sekiranya perlaksaan dan kawalan tidak seiringan.

Dan apa yang pasti hampir semua barang naik dan akan naik akibat daripada GST.

#3 GST itu HALAL atau HARAM?

Seperkara yang terjadi beberapa hari selepas GST ialah penegasan oleh PM Najib bahawa GST itu halal. Anda boleh rujuk di sini. Dan tiba-tiba isu hukum ini menjadi perbahasan di kalangan pelbagai golongan di Malaysia.

Persoalannya..halal atau haram? Saya bukanlah ustaz ataupun alim ulama untuk membahaskan isu ini. Saya jadikan beberapa ulasan dan pandangan beberapa tokoh terkemuka untuk dijadikan panduan dalam kita menentukan ia halal atau haram.

Ustaz Azhar Idrus menyatakan bahawa sekiranya negara kita mempunyai banyak sumber untuk mendapatkan hasil negara, maka cukai tidak boleh dilaksanakan. Cukai tidak boleh dikenakan kepada rakyat sekiranya hasil digunakan untuk menanggung pemborosan dan ketirisan pemerintah.

Beliau memberikan contoh tentang kisah seorang ketua keluarga yang iaitu ayah yang boros. Ayah tersebut berbelanja melebihi kemampuan. Dan akhirnya memotong perbelanjaan anak-anak untuk menampung keborosannya. Anda boleh rujuk di sini.

Menurut Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman pula, memang tidak dinafikan GST mempunyai beberapa kelemahan. Namun, dengan kebergantungan hasil negara dengan petroleum selain hutang negara semakin meningkat, langkah kerajaan memperkenalkan GST dilihat sebagai salah satu cara untuk mengatasinya. Menurut beliau lagi, seharusnya kerajaan akan membuat perbandingan dan penilaian semula selepas GST dilaksanakan samada ia memberi kesan yang teruk atau sebaliknya. Rujuk di sini.

Dr. MAZA pula menjelaskan bahawa hanya apabila kerajaan betul-betul memerlukan wang untuk membelanjakan negara barulah cukai boleh dilaksanakan. Cuma yang menjadi persoalan beliau ialah bagaimana dan kemana wang itu disalurkan dan ditadbir. Boleh rujuk di sini.

#4 GST untuk membayar hutang negara?

Saya bukanlah untuk menuduh sesiapa, tetapi GST ini dilaksanakan ketika pelbagai isu pembaziran dan ketirisan sedang berleluasa. Samada betul atau tidak itu wallahualam. Saya merujuk kepada dakwaan Tengku Razaleigh Hamzah di parlimen berkenaan isu ini. Anda boleh rujuk di sini.

GST bukanlah satu tindakan tidak popular yang terpaksa diambil kerajaan. Pastinya kerajaan boleh mengagak tindak balas rakyat marhaen khususnya dalam memperkenalkan cukai GST ini.

Antara isu hutang piutang negara yang paling hangat ialah isu 1MDB. Anda boleh google sendiri tentang isu ini, berlambak orang membahaskan mengenainya. Selain itu, dakwaan pihak pembangkang bahawa kerajaan berbelanja berpuluh juta ringgit untuk membeli jet baru. Itu belum masuk lagi bab penyelengaraan. Dan semua dakwaan ini disertakan dengan bukti dan fakta pembelian.

Dan isu yang paling terkini ialah tersebarnya gambar perkahwinan anak PM kita di media sosial yang sungguh grand dan mewah. Saya tak mahu mengulas panjang mengenai isu ini kerana ia adalah hak peribadi. Namun ia menimbulkan satu persepsi gaya hidup seorang pemimpin ketika rakyat marhaen bergelut untuk hidup dan mencari sesuap nasi. Di tambah pula ketika isu GST membuak-buak di naluri rakyat Malaysia.

Apa yang peliknya ialah tidak ada huraian dan fakta untuk manafikan segala pertuduhan ataupun tanggapan seperti di atas. Atau mungkin saya terlepas pandang agaknya. Wallahualam.

#5 Ramalan DR. M

Antara tokoh paling lantang menentang perlaksanaan GST ialah Dr. Mahathir. Dan sehari selepas perlaksanaan GST beliau meramalkan bahawa kerajaan BN dibawah kepimpinan Najib akan kalah dalam piliharaya akan datang. Selain GST, isu 1MDB dan kes pembunuhan Altantuya turut di sentuh beliau. Anda boleh rujuk sendiri kenyataan di blog Dr. M.

Mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikan walhal beliau sendiri adalah orang kuat parti pemerintah? Adakah kenyataan ini adalah satu provokasi? Atau sebahagian rancangan sepertimana yang telah terjadi kepada Pak Lah? Dan mengapa beliau mengeluarkan kenyataan ramalan ini selepas dilaksanakan GST?

Saya rasa anda sendiri mempunyai ramalan masing-masing.

KESIMPULAN

Maka..selepas 1 April ini, kehidupan kita akan dibayangi oleh GST. Harga barang keperluan akan naik dan tidak akan turun..itu saya pasti. Itu belum lagi masuk bab harga minyak! Dari kita asyik mengeluh dan merintih, mari kita merancang kehidupan kita dengan lebih teratur.

Apa yang saya cuba simpulkan disini kesedaran kita sebagai pembeli dan rakyat marhaen. Anggaplah ini semua adalah ujian daripada Allah SWT. Sekiranya sebelum ini kita boros berbelanja, maka jadilah pengguna dan pembeli yang bijak dalam berbelanja.

Salurkan rasa tidak puas hati itu ke tempat yang sebenarnya. Begitu juga sekiranya ada persoalan berkaitan silalah rujuk ke tempat yang sepatutnya.

Tegurlah pemimpin kita atau kerajaan kita sekiranya berlaku pembaziran dan ketirisan. Ingatlah..membazir itu adalah amalan syaitan. Sekiranya kita tergolong atau bersubahat dengan amalan ini, maka nescaya kita akan terus berada dalam kesesatan dan jauh dari mendapat rahmat dari Allah SWT.

Hidup jangan jadi ganGSTer!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *