5 PERKARA TENTANG MADU KELULUT SYAMILLE (REVIEW JUJUR)

5 perkara tentang madu kelulut syamille (riview jujur)

Ini adalah review jujur saya tentang 5 perkara yang menarik mengenai MADU KELULUT SYAMILLE.

Baru-baru ini saya berpeluang untuk merasai produk jenama tempatan, madu kelulut Syamille.

Saya adalah antara peminat dan penggemar madu. Mungkin ini adalah review pertama saya tentang produk madu.

Ramai tanya apa beza madu kelulut dengan madu yang lain. Antara yang paling jelas ialah rasanya. Madu kelulut mempunyai lebih rasa masam, berbeza dengan madu lain yang lebih manis.

Oleh kerana wabak Covid-19, saya mula menjadikan minum madu kelulut sebagai amalan harian. Saya yakin dengan khasiatnya yang baik untuk kesihatan.

Selepas lebih sebulan meminum madu ini sehingga habis, ada 5 perkara yang ingin saya kongsikan tentang madu kelulut Syamille. Selamat membaca.

RASA YANG MASAM

Jika madu kelulut itu masam, maknanya ia memang asli. Berbeza dengan madu yang lain, yang agak sukar kita tahu ketulenannya.

Ada beberapa kali saya tertipu dengan penjual yang claim madu mereka asli. Tetapi, sebenarnya telah dicampur dengan gula untuk menambah perisa manis.

Bagi yang tidak tahu, madu ini juga telah dibuktikan ketulenannya menerusi ujian klinikal dan disertakan salinan laporan ujian tersebut semasa membuat tempahan.

MELEGAKAN BATUK

Insyaallah, antara kelebihan madu kelulut ialah ia sangat bagus untuk merawat batuk.

Kebetulan, ketika menggunakan produk ini, saya diserang batuk yang agak teruk.

Alhamdulillah, selepas beberapa hari mengamalkan madu ini,batuk semakin beransur pulih. Jika sakit tekak, tambahkan madu dalam secawan air suam dan minum secara perlahan.

Bukan hanya untuk batuk, ia juga sangat baik untuk memberi perlindungan dan kesihatan secara menyeluruh kepada tubuh badan.

PACKAGING YANG MENARIK

Disimpan dalam botol kaca dan didatangkan dengan penutup kedap udara. Pembungkusan yang menarik untuk pelanggan.

Jujur saya katakan, pelanggan akan lebih menghargai sesuatu produk jika peniaga memberikan effort yang lebih terhadap produk mereka.

Antaranya, adalah menerusi packaging yang menarik.

PRODUK YANG DIKENALI

Selepas membeli dan menggunakan produk ini, barulah saya cuba mengkaji mengenai produk ini dengan lebih mendalam.

Rupanya, produk ini memang antara jenama madu kelulut yang sudah bertapak di pasaran dan dikenali ramai.

Mempunyai sistem perniagaan madu kelulut yang sistematik, disamping mempunyai rangkaian perniagaan yang menyokong penjualan madu.

Bahkan, produk ini pernah mendapat liputan oleh sebuah stesen televisyen tempatan.

HARAP TERUS BERKEMBANG

Sebagai pembeli yang telah mengamalkan madu ini selama hampir sebulan hingga habis licin, saya mengharapkan agar produk ini terus berkembang.

Tidak rugi anda membeli produk ini. Kualiti dan ketulenannya terjamin.

Kita harus menyokong produk-produk tempatan seperti ini untuk menembusi pasaran yang lebih luas.

KESIMPULAN

Disamping membeli, kita juga dapat menyebarkan kebaikan madu itu sendiri, yang merupakan makanan sunnah.

Saya percaya dengan mengamalkan madu dalam diet kita seharian, badan akan menjadi lebih sihat.

Sama-sama kita memohon agar mendapat keberkatan melalui madu.

Sekian untuk sebuah review jujur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *