5 REVIEW JUJUR TENTANG SAMSUNG GALAXY TAB S6

5 review jujur tentang samsung galaxy tab s6

Baru-baru ini, saya berpeluang menggunakan Samsung Galaxy Tab S6.

Ramai ingin tahu mengenai prestasi dan kemampuan tab ini selepas saya menggunakannya.

Apapun, selepas menggunakan produk ini beberapa minggu, ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan.

Review ini hanyalah ‘based on experience’. Saya bukanlah tech reviewer.

Berikut adalah 5 review jujur saya tentang model Samsung Galaxy Tab S6. Selamat membaca.

HARGA

Harga untuk model ini ketika saya membeli ialah RM2999, tanpa sebarang free gift. Ada sesetengah kedai menawarkan harga RM3099, bersama percuma ear buds.

Shoppee juga ada menawarkan harga yang sedikit murah dan ada free gift.

Ada 2 benda yang saya rasa sangat penting untuk dibeli. Iaitu screen protector dan keyboard.

Harga untuk satu glass screen protector ialah RM99. Manakala untuk keyboard, RM699.

So, total pembelian semuanya ialah RM3797.

MEMENUHI CIRI SEAKAN SEBUAH LAPTOP

Sebab utama saya suka Samsung tab S6 ini ialah untuk memudahkan saya menaip dokumen-dokumen ringan berkaitan kerja dan blogging.

Berbanding laptop, tab lebih mudah untuk dibawa. Cepat, ringan, bateri tahan lama, dan fleksible.

Sangat sesuai untuk saya yang mempunyai banyak kekangan.

Penggunaan keyboardnya juga memberikan perasaan seakan laptop.

Menarik tentang keybord ini ialah ia juga berfungsi sebagai casing.

Satu lagi elemen yang tidak ada pada laptop tetapi ada pada tab, ialah pengalaman menggunakan adroid.

ANTARA HUAWEI MEDIATAB, SAMSUNG GALAXY S6, DAN APPLE PAD 11

Semua model ini hadir dengan kelebihan tersendiri, bergantung kepada keperluan dan kemampuan pembeli.

Semuanya menawarkan keyboard, yang mana memenuhi keperluan saya.

Kekurangan terbesar model huawei pada saya ialah ia tidak menawarkan google playstore dan tiada slot simcard.

Walaupun ia menawarkan harga yang lebih murah, dan spesifikasi yang lebih kurang sama.

Apple pula menawarkan perfomance yang terbaik antara semua model ini.

Tetapi ia hadir dengan nilai harga yang agak mahal. Anda perlu belanja lebih RM1K lagi untuk mendapatan model ini.

So, Samsung adalah pilihan yang reasonable berserta dengan spesifikasi yang berbaloi dengan harganya.

SKRIN AMOLED DAN 4 SPEAKER

Samsung dan skrin amoled memang tidak boleh dipisahkan. Tidak lengkap review ini jika saya tidak sebut mengenai betapa cantiknya skrin amoled Samsung.

Sedap mata memandang. Skrin memang superb. Sangat sesuai untuk menonton movie.

Ia juga hadir dengan 4 speaker yang awesome. Paduan bunyi bass yang sangat mantap.

Menawarkan ciri doubly surround, yang mana memberikan pengalaman seperti berada dipanggung wayang.

FINGERLOCK SCREEN YANG ‘OK’, TETAPI ADA SAMSUNG DEX

Jika ada satu benda yang saya tak suka mengenai model ini ialah fungsi fingerlock screennya.

Ia memakan masa beberapa saat untuk membaca cap jari saya.

Kadang-kadang terpaksa beberapa kali meletakkan jari. Daripada 10 percubaan meletak jari, mungkin hanya 4 atau 5 kali sahaja cap jari berjaya dibaca.

Untuk face unlock, saya tiada masalah.

Tetapi, tab ini hadir dengan Samsung Dex.

Ia memberikan anda pengalaman seperti sebuah laptop.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan model ini. Cukup untuk memenuhi keperluan saya seharian.

Ketika saya menulis artikel ini, samsung tabS6 Lite baru sahaja dilancarkan.

Ia menawarkan harga yang lebih murah dan mampu milik.

Sekian untuk satu pandangan jujur tentang Samsung Galaxy Tab S6.

P/S : Tidak lama selepas menulis artikel ini, model baru Samsang Galaxy tab S7 masuk ke Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *