Skip to main content

5 TIPS SEBELUM MEMBELI KERETA BARU TAHUN 2020

Pening memikirkan kereta apa yang sesuai untuk dibeli? Masih lagi tak puas membaca review kereta dan segala macam maklumat tentang kereta di media sosial?

Jangan peningkan kepala.

Kali ini saya nak menulis tentang tips ataupun ‘petua’ dalam memilih kereta baru.

Petua ini mungkin berbeza dengan apa yang pernah anda baca.

Tips ini mungkin sangat berguna bagi mereka yang masih dalam proses “MANA SATU KERETA AKU NAK BELI”!

Untuk peringatan bersama, membeli sebuah kereta baru tidak semudah yang dimimpikan.

Kalau anda ada duit berjuta-juta, itu cerita lain. Cerita ini sangat sesuai untuk golongan seperti saya, cukup bulan cucuk dinding.

Saya kongsikan 5 tips ini berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri. Selamat membaca.

TETAPKAN BERAPA BUDGET ANDA

Perkara paling penting dalam proses membeli kereta ialah kemampuan kewangan.

Pendek cerita, ada duit, semua on.

Anda kena pastikan berapa anggaran bayaran yang mampu. Iaitu setelah mengambil kira perbelanjaan kewangan keluarga selama sebulan.

Sebagai contoh, anda memperuntukkan potongan gaji bagi kereta untuk satu bulan ialah RM1000.

Daripada budget ini, lihat pula brosure iklan kereta yang mahu dibeli dan bandingkan harga serta kemampuan.

Selepas itu anda boleh shorlistkan kereta yang memenuhi kriteria budget.


TETAPKAN APA KEPERLUAN UTAMA

Kenapa saya nak beli kereta? Kenapa saya perlu tukar kereta?

Soalan ini anda kena jawab yang hati yang jujur.

Pastikan anda tanya balik soalan ini pada diri sendiri jika bingung membuat pilihan.

Jika anda pentingkan prestasi enjin, mungkin kereta sport dan berkuasa turbo sesuai untuk anda.

Begitu juga jika anda perlukan kereta besar untuk mengangkut barang dan keluarga besar, MPV atau SUV adalah pilihan tepat.

Cuba pula bandingkan dengan budget anda tadi. Daripada situ, lihat apa pilihan kenderaan yang ada dipasaran.

Dengan cara ini, mudah untuk anda mengenalpasti kereta pilihan yang mencakupi aspek kemampuan dan keperluan.

PILIH YANG MEMPUNYAI SERVIS JUALAN TERBAIK

Kita membeli kereta bukan untuk satu dua hari.

Kalau loan kita selama 9 tahun, kita perlu memberi komitmen selama 108 bulan untuk melangsaikan hutang bank.

Tempoh yang lama harus disusuli dengan servis yang baik. Selagi boleh, minimumkan segala risiko yang bersangkut paut dengan servis selepas jualan.

Cuba study terlebih dahulu lokasi servis kenderaan yang anda hendak beli.

Dapatkan review atau feedback mengenai pusat servis.

Dapatkan juga info mengenai alat bahan ganti.

BACA DAN KAJI REVIEW DARIPADA PENGGUNA SEDIA ADA

Dapatkan pengalaman penggunaan daripada pengguna sebelum ini. Cuba masuk group dalam whatapp, telegram ataupun facebook kereta yang ingin kita beli.

Dari sana, kita akan dapat tahu bermacam info dan maklumat yang berkaitan.

Paling penting, owner kereta biasanya akan berkongsi apa masalah yang mereka hadapi.

Dari situ, cuba scroll dan baca komen-komen untuk dapatkan seberapa banyak maklumat.

Rajinkan juga untuk baca review dari google.

Anda sudah dapat bayangan dan info penting yang mungkin kita tidak tahu, mengenai kereta yang hendak dibeli.

SEWA MODEL KERETA YANG KITA HENDAK BELI

Tips ini sangat saya syorkan untuk anda semua.

Jika mahukan pengalaman pemanduan dan menikmati sendiri untuk tempoh yang lebih lama, cuba dapatkan kereta sewa model kenderaan yang sama dengan yang hendak kita beli.

Saya bagi satu contoh mudah.

Jika nak beli model Alphard, mungkin cuba cari agen kereta sewa yang ada menawarkan model yang serupa.

Anda boleh sewa selama beberapa jam atau sehari, untuk merasai sendiri pengalaman pemanduannya.

Saya tak kata test drive kereta di pusat jualan itu tidak perlu.

Mungkin ada antara model kereta baru yang belum ada syarikat sewa tawarkan.

Ok la, semoga 5 tips ringkas ini dapat membantu anda mencari kereta baru.

Memang membeli kereta itu satu pengalaman yang memenatkan, tetapi memuaskan jika apa yang kita mahu, dapat.

Anda juga boleh kongsikan pula pengalaman anda. Mungkin ada tips dan cerita anda tersendiri.

Jaga kesihatan. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *