5 PANDUAN SEBELUM MEMBELI KERETA BARU MUSIM COVID 19

5 PANDUAN SEBELUM MEMBELI KERETA BARU MUSIM COVID 19

‘Perlukah saya membeli kereta baru ketika musim pandemik covid 19? Persoalan yang ramai orang tengah fikirkan sekarang.

Jangan peningkan kepala.

Kali ini saya ingin kongsikan panduan atau tips sebelum anda memilih untuk membeli kereta. Khususnya ketika wabak pandemik sekarang.

Seperti semua tahu, membeli sebuah kereta baru tidak semudah yang difikirkan.

Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan.

Jom baca 5 panduan yang mungkin berguna untuk anda.

BERAPA BUDGET KERETA ANDA

Perkara paling penting dalam proses membeli kereta ialah kemampuan kewangan.

Mungkin ada yang terjejas sumber pendapatan kerana Covid 19. Jika bukan keperluan mendesak, jangan dahulu beli kereta.

Namun, bagi yang memerlukan, anda kena pastikan berapa anggaran bayaran yang mampu. Iaitu setelah mengambil kira perbelanjaan kewangan keluarga selama sebulan.

Sebagai contoh, anda memperuntukkan potongan gaji bagi kereta untuk satu bulan ialah RM1000.

Daripada budget ini, lihat pula brosure iklan kereta yang mahu dibeli dan bandingkan harga serta kemampuan.

Selepas itu anda boleh shorlistkan kereta yang memenuhi kriteria budget.

TETAPKAN APA KEPERLUAN UTAMA

Kenapa saya nak beli kereta? Kenapa saya perlu tukar kereta?

Jawapan kepada persoalan ini akan menentukan kenderaan jenis apa yang sesuai untuk anda.

Samada kereta sedan, pacuan 4 roda, MPV, SUV dan sebagainya.

Cuba pula bandingkan dengan budget anda tadi. Daripada situ, lihat apa pilihan kenderaan yang ada dipasaran.

Dengan cara ini, mudah untuk anda mengenalpasti kereta pilihan yang mencakupi aspek kemampuan dan keperluan.

PILIH KERETA YANG DENGAN PUSAT SERVIS TERBAIK

Kita membeli kereta bukan untuk satu dua hari.

Kalau loan kita selama 9 tahun, kita perlu memberi komitmen selama 108 bulan untuk melangsaikan hutang bank.

Tempoh yang lama harus disusuli dengan servis yang baik. Selagi boleh, minimumkan segala risiko yang bersangkut paut dengan servis selepas jualan.

Kaji terlebih dahulu lokasi servis kenderaan yang anda hendak beli.

Dapatkan review atau feedback mengenai pusat servis.

Dapatkan juga info mengenai alat bahan ganti.

BACA DAN KAJI REVIEW DARIPADA PENGGUNA SEDIA ADA

Dapatkan pengalaman penggunaan daripada pengguna sebelum ini. Cuba masuk group dalam whatsapp, telegram ataupun facebook kereta yang ingin kita beli.

Dari sana, kita akan dapat tahu bermacam info dan maklumat yang berkaitan.

Paling penting, owner kereta biasanya akan berkongsi apa masalah yang mereka hadapi.

Dari situ, cuba baca komen-komen untuk dapatkan seberapa banyak maklumat.

Rajinkan juga untuk baca review dari google.

Anda sudah dapat bayangan dan info penting yang mungkin kita tidak tahu, mengenai kereta yang hendak dibeli.

SEWA MODEL KERETA YANG KITA HENDAK BELI

Tips yang sangat saya syorkan untuk anda semua.

Jika mahukan sendiri pengalaman pemanduan untuk tempoh yang lebih lama berbanding test drive, cuba dapatkan kereta sewa model kenderaan yang sama dengan yang hendak kita beli.

Cuba cari syarikat kereta sewa yang ada menawarkan model yang serupa.

Anda boleh sewa selama beberapa jam atau sehari, untuk merasai sendiri pengalaman pemanduannya.

Saya tak kata test drive kereta di pusat jualan itu tidak perlu.

Mungkin ada antara model kereta baru yang belum ada syarikat sewa tawarkan.

KESIMPULAN

Ok la, semoga 5 panduan ringkas ini dapat membantu anda mencari kereta baru.

Memang membeli kereta itu satu pengalaman yang memenatkan, tetapi memuaskan jika dapat apa yang anda mahu.

Anda juga boleh kongsikan pula pengalaman anda. Mungkin ada tips dan cerita anda tersendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *