Mengarus Perdanakan Al-Quran Dalam Melahirkan Insan Berfikir Aras Tinggi

8e3403230f3742e331e87de5444027ab

Tajuk artikel ini kelihatan agak skema dari segi susun ayatnya. Sekali pandang semacam slogan Maulidur Rasul atau Maal Hijrah peringkat kebangsaan.

Membaca tajuk pun mungkin menimbulkan rasa boring. Jangan kan di klik pada tajuk, nak baca tajuk sampai habis pun mata tak sanggup.

Namun, itulah kebenarannya..

Dalam dunia semakin huru rasa, perang sabung menyabung, fitnah bertaburan umpama abu-abu, permasalahan duniawi yang tidak ada penyelesaian..

Semakin lupa akan Mukjizat Rasulullah yang masih lagi wujud sehingga sekarang. Mukjizat yang saya maksudkan ialah Al-Quran.

Hakikatnya,..

Sudah tidak ramai manusia melihat Al-Quran ini sebagai mukjizat dari langit. Sudah ramai manusia seolah tidak menyedari bahasa dan ayat-ayat dalam Al-Quran pernah di lafazkan oleh Rasulullah saw.

Inilah punca mengapa kebanyakan Al-Quran yang kita lihat sekarang hanya menghiasi dinding-dinding pejabat, sekolah dan rumah.

Al-Quran hanya sekadar menjadi syarat wajib hantaran semasa perkahwinan.

Bahkan banyak Al-Quran yang berhabuk kerana terlalu lama di berusik dan terusik.

Al-Quran hanya dilihat tidak lebih daripada sebuah kitab yang semakin dilupakan dan dikesampingkan.

Beginilah realitinya sekarang..

Maka..bila sebut Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), fokusnya adalah kepada pembinaan Insan. Saya ingatkan sekali lagi, Al-Quran di turunkan khusus kepada manusia yakni insan.

Terma KBAT ini sebenarnya begitu hangat digunakan dalam pendidikan di Malaysia. Maka berduyun-duyun manusia teruja dan ghairah ingin menjadikan anak mereka mempunyai KBAT.

BAGAIMANA MENGARUS PERDANAKAN AL-QURAN?

Untuk mendalami topik ini, maka perlukan kajian yang khusus dan memakan masa. Ia memerlukan pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk duduk bersama dengan tujuan yang sama.

Apa yang saya mampu tulis disini berlandaskan kecetekan ilmu ialah dengan mengesyorkan beberapa langkah awal yang boleh kita mulakan dari rumah.

#1 Tanamkan niat untuk meletakkan Al-Quran dikedudukan paling tinggi.
#2 Cuba sedaya boleh merapatkan diri dengan Al-Quran. Iaitu dengan Baca, Faham, dan Amal.
#3 Mengaji dan Mengkaji. Mengkaji apa yang diceritakan dalam Al-Quran. Baca satu ayat dan kaji  ayat itu.
#4 Sebarkan ilmu yang dimiliki.

MELAHIRKAN INSAN KBAT MELALUI AL-QURAN

Ada lima langkah penting dalam mengubah pemikiran ke aras yang lebih tinggi dengan melalui Al-Quran.

Langkah yang saya kongsikan ini adalah saya perolehi daripada kajian dan ceramah Ustaz Syaari Abdul Rahman, penceramah segmen Ibrah di IKIM FM. Semoga ilmu ini bermanfaat kepada kita semua.

#1 Ingat apa yang Al-Quran cerita dan apa Allah kata.
#2  Berusaha untuk faham.
#3  Rapatkan atau kaitkan kisah dengan situasi pada masa kini
#4  Analisis sikap dan cerita.
#5 Hasilkan satu dapatan atau penyelesaian terhadap masalah masakini.

KESIMPULAN

Apa yang penting, kita harus mengubah cara pandang kita terhadap Al-Quran.

Apabila kita melihat ia sebagai buku sejarah, maka ia akan jadi buku sejarah.

Apabila kita pandang ia bahasa arab, maka ia hanya akan menjadi sekadar bahasa arab.

Apabila kita pandang ia sebagai sebuah perhiasan, ia hanya akan menjadi perhiasan menghiasi dinding-dinding.

Tetapi..

Sekiranya kita memandang ia sebagai mukjizat, maka ia akan menunjukkan kemukjizatannya. Insyaallah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *