MUKHRIZ MAHATHIR…SELAMAT BERJUANG

in Petaling Jaya on January 20, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

MUKHRIZ  MAHATHIR. Seorang tokoh politik yang tidak asing lagi beritanya mutakhir ini. seorang pemimpin politik yang akhirnya melepaskan jawatan dek kerana kerakusan politik itu sendiri.

Secara peribadi, saya kurang mengikuti cerita politik beliau. Namanya hanya mula kerap didengar hanya selepas memegang jawatan menteri besar Kedah.

Dan seperti yang kita sedia tahu, beliau akhirnya meletak jawatan sebagai MB Kedah selepas pergolakan dalaman partinya sendiri.

Inilah politik. Untuk menjadi ahli politik, segala kemungkinan boleh berlaku. Kawan jadi lawan jadi kawan. Hari ini berjabat tangan esok mengenggam tangan. Hari duduk di kerusi empuk berhawa dingin, esok mungkin meringkuk dalam jel besi.

Mari kita meraikan sesuatu pengajaran di sebalik konflik yang hampir melumpuhkan sebuah kerajaan negeri ini.

Tak perlu la kita sibuk ikut menjaja keburukan atau kelemahan sesiapa. Kita bersembang tentang kebaikan, mudah-mudahan kita mendapat hikmah dan ibrah.

Laluan politik Mukhriz untuk ke tahap sekarang sememangnya di pengaruhi oleh pengaruh bapanya. Perjalanan politik yang kelihatan mudah ini sebenarnya boleh saya katakan hampir memakan diri.

Musuh politk beliau yang sudah biasa dengan sepak terajang politik pastinya hanya menunggu peluang untuk bertindak dan mencantas.

Mukriz secara latar belakangnya akademiknya bukanlah seorang politikus. Beliau ialah seorang ahli ekonomi.

Mukhriz hanya memasuki politik secara serius selepas bapanya melepaskan jawatan sebagai PM.

Dalam ramai-ramai pemimpin UMNO, Mukhriz merupakan antara yang lahir menerusi Dasar Pandang Ke Timur, iaitu dasar yang diasaskan oleh bapanya sendiri. Beliau melanjutkan pelajaran sarjana ke Jepun.

Sepanjang menjadi MB, Mukhriz tidak terpalit dengan isu-isu besar yang boleh menjejaskan kredibilitinya. Sebab itu, perletakan jawatannya lebih dilihat sebagai tekanan politik.

Beliau bukanlah seorang politician yang lantang berbicara seperti bapanya. Perwatakannya yang penuh ketenangan sebenarnya mewarisi sifat ibunya.

Ketenangan inilah yang perlu ada pada setiap pemimpin. Walau ribut macamana pun halangan, akan dapat diatasi menerusi ketenangan.

Namun, ketengan sahaja tidak cukup untuk seorang yang berkecimpung dalam politik. Ia juga perlukan kebijaksanaan, kesabaran dan sedikt nasib.

Saya tak maksudkan beliau bijak, tetapi saya yakin Mukhriz juga sedang belajar sesuatu dan mengatur percaturan politiknya. Mahathir pastinya tidak mahu legasi politiknya berakhir seperti ini.

Maka, melihat kepada situasi sekarang, pastinya kita tertanya-tanya, ternanti-nanti, apa akan berlaku pula selepas ini.

Pada saya, apa pun terjadi, Mukhriz sudah meninggalkan satu legasi dan teladan yang tersendiri sebagai seorang pemimpin.

Selamat berjuang buat Mukhriz. Semoga peristiwa ini tidak menjadi titik noktah dalam diari perjalanan politik anda.

Sejarah peristiwa ini akan terbuku dalam ingatan, walaupun bukan dalam buku teks sejarah.

Apa yang mencuri perhatian saya ialah dalam kalut-kalut politik di Kedah, Malaysia telah bersetuju dan sign Perjanjian TPPA di New Zealand.

Semoga Allah melindungi kita daripada kecelaruan dan melapetaka dunia.

Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *