Skip to main content

Ada Apa Dengan Zakir Naik?

Ketika sedang saya menulis artikel ini, nama Dr. Zakir Naik sedang mencanak naik diseantero sudut media. Ada apa dengan Zakir Naik?Namanya menjadi sebutan dan panas kerana satu isu yang tidak perlulah saya ulas disini.

Terus terang, saya bukanlah orang yang selayaknya mengulas mengenai keperibadian sosok tubuh yang bernama Zakir Naik. Cuma, saya ingin berkongsi sedikit tentang beliau dari sudut pandang saya, sebagai penulis blog ini.

Saya tidak pernah berjumpa secara real dengan Zakir Naik. Jauh sekali pernah pernah menghadiri sesi debatnya.  Hanya mengenali beliau menerusi youtube dan Facebook. Hebatnya penangan media sosial.

Sepanjang pengetahuan yang saya ada, beliau bukanlah seorang pakar ulama atau pakar hadis. Beliau juga bukanlah penceramah agama biasa seperti yang selalu kita lihat di TV.

Cumanya, beliau adalah antara individu yang dianugerahkan Allah, mempunyai kepakaran dalam bidang perbandingan agama. Lebih hebat lagi, Ilmu ini hadir bersama kebijaksanaan beliau dalam berhujah dan berdebat. Masyaallah.

Bagi yang belum pernah mengikuti sesi ceramah dan perdebatannya, cubalah luangkan masa sedikit untuk melihat bagaimana beliau berhujah. Sepanjang mengikuti ceramahnya, tidak pernah sekalipun saya melihat atau mendengar beliau menghina atau menghasut mengenai apapun. Wallahualam.

Apa yang membuatkan saya kagum dengan Zakir Naik ialah beliau bukan sahaja mendalami dan memahami setiap ayat, surah , dan petikan dalam Al Quran, malah boleh menghafal dan ingat kedudukan nombor setiap ayat.  

Itu belum cukup lagi. Zakir Naik bukan sahaja menguasai ayat yang terdapat dalam AL – Quran, tetapi kitab –  kitab daripada agama lain juga, tertutamanya kitab Bibble.

Dan dalam banyak kehebatan yang saya sebutkan mengenai beliau, satu perkara yang pada saya membuatkan  mengapa Zakir Naik sangat istimewa khususnya dikalangan masyarakat Islam. Beliau telah mengIslamkan ribuan manusia. Allahuakbar.

Inilah sebenarnya, asbab mengapa begitu ramai yang memusuhi beliau. Setuju atau tidak, fakta ini harus kita telan. Dalam keadaan Malaysia yang berbilang kaum dan agama, hadir insan yang bernama Dr.Zakir Naik.

Adakah kehadiran beliau ini satu kebetulan? Percayalah, kehadiran beliau ini sebenarnya sudah ditakdirkan. Jangan tersengih membaca omongan ini. Ini bukan kisah nujum Pak Belalang. Bukan juga cerita kosong mat jenin.

Cuba renungkan bersama. Mengapa dalam banyak banyak negara yang mempelawanya untuk bermastautin, beliau memilih Malaysia. Malaysia itu negara kita.

Allah sedang menguji kita. Allah sedang melihat kita.

Kita sebagai muslim yang mengucap kalimah syahadah. Kita mengaku bahawa Al Quran itu adalah mukjizat agung umat Islam.

Kita yang sering melaungkan solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin dan umat Islam yang tertindas di seluruh dunia.

Kita umat Islam yang bersama sama mendirikan solat hari Raya, bertakbir raya siang dan malam mengagungkan bulan Islam.

Kita dimana ketika beliau diserang daripada pelbagai sudut yang memungkinkannya di hantar balik ke negara asal.

Bak kata Riduan Tee dalam ceramahnya baru –baru ini, sekiranya Zakir Naik dihantar pulang ke India, kita tidak akan jumpa lagi beliau. Kita tidak berpeluang melihat beliau lagi selepas ini. Wallahualam.

Salam perpaduan untuk Malaysia. Sayangi NegaraKu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *