AKU TERPERANGKAP DALAM DUNIA HEDONISME

“Musuh bagi Ilmu ialah Hedonisme. Iaitu mementingkan hiburan yang melekakan.”
Petikan ungkapan ini saya petik daripada seorang tokoh ilmuan yang saya kagumi, iaitu Ustaz Pahrol Mohd. Joi.
Kata kata ini menjustifikasikan bahawa jika hiburan itu tidak dikawal, yang menjadi korban ialah Ilmu.
Menurut Ustaz Pahrol, Ilmu adalah cabang kemahiran yang memerlukan keseriusan dalam menuntutnya. Saya sangat setuju dengan pendapat ini.
Rasanya semua tahu bahawa hiburan itu jika dilebihkan, pasti akan melalaikan. Tidak kiralah bentuk hiburan itu yang bagaimanapun.
Pengertian hiburan itu pun luas. Islam juga tidak melarang umatnya berhibur. Tapi hiburan yang ada batas dan sempadannya. 
Dan semua faham, jika hiburan ini dibiarkan, yang akan menerima kesan buruk ialah kita dan masyarakat sendiri.
Tetapi hakikatnya, ramai diantara kita faham tetapi tidak amalkan apa yang kita faham. Bahasa mudahnya ialah tahu tapi tidak mahu.
Ada juga golongan yang terperangkap di tengah tengah pengaruh Hedonisme dalam masyarakat kita. Saya sendiri seolah menjadi separa sedar melihat budaya ini begitu cepat meresap masuk.
Saya ambil satu contoh untuk kita mudah faham. Cuba perhatikan rancangan rancangan hiburan di televisyen.

Beberapa hari lepas, ketika saya menulis artikel ini, rancangan hiburan paling legend disukai ramai iaitu Akademi Fantasia melabuhkan tirainya.
Lihat sahaja berapa ramai penonton yang melihatnya. Berapa ramai pengundi yang sanggup menghantar sms untuk mengundi peserta kesayangan mereka.
Tanpa cuba untuk menafikan kebolehan bakat dan rezeki peserta yang bertanding, apa yang saya ingin anda perhatikan bahawa hiburan ini boleh membuatkan semua orang terpaku di hadapan TV. Terpaku itu samalah juga dengan leka dan lalai.
Dalam masa yang sama, Astro turut menyiarkan rancangan pencarian bakat kanak kanak Ceria i Star. Tujuannya hanya untuk hiburan disebalik taglinenya mencari bakat.
Tidak cukup dengan itu, program pertandingan nyanyian Kilauan Emas khusus untuk  golongan warga veteran turut ditayangkan. Ia juga mendapat sambutan hangat dikalangan masyarakat.
Program Gegar Vaganza  yang melibatkan penyanyi penyanyi suda suam suam kuku juga mendapat perhatian dan menjadi kegilaan ramai. Antara rancangan paling ditunggu tunggu masa kini dan menjadi topik siulan masyarakat kita.
Itu belum masuk lagi cerita mengenai pogram lawak sperti Maharaja Lawak Mega dan Super Spontan.
Kesimpulannya, program hiburan ini akan sentiasa berterusan dan bersilih ganti menghiasi jadual tahuan pogram hiburan di Malaysia.
Jika saya duduk dan biarkan diri melayan pogram begini, akhirnya saya sedar akan akibatnya yang menjurus kepada lalai serta leka. Mungkin dikalangan kita sudah cukup matang untuk membahagikan masa ataupun memilih rancangan yang bagus.
Tetapi bagaimana pula dengan anak anak kita, para belia dan remaja remaja. Pada usia mereka, jika tidak dikawal mereka akan menjadi sangat taksub dengan budaya sekeliling. Kesan negatif daripada persekitaran ini akan akhirnya menimpa kita semua.

PENYELESAIAN

Saya bukanlah anti hiburan. Bohonglah jika saya juga tidak pernah melayan rancangan hiburan yang disiarkan di televisyen.
Saya juga meminati drama dan filem yang berkualiti. Begitu juga dengan lagu lagu yang pada saya boleh mendatangkan kebaikan.
Cuma, bila persekitaran, masyarakat dan sistem yang mengepung kita dengan budaya hiburan melampau, akhirnya ia turut memerangkap kita sama.
Satu jalan yang paling mujarab untuk keluar daripada kepungan hedonisme ini ialah menjadikan ilmu itu senjata untuk mengatasi segalanya.
Sudah tiba masanya hiburan hiburan yang dihidangkan setiap hari ini menjadikan ilmu sebagai tunjang.
Saya berharap agar para penggiat industri hiburan kita mengubah pendekatan dalam berkarya. Saya juga berharap masyarakat yang sedar dengan bahaya hedonisme ini turut sama mengembeng usaha.
Memang kita tidak boleh mengubah semuanya dalam masa satu hari. Tapi sekurang kurangnya kita suda mula untuk melangkah kea rah yang lebih baik.
Pergiatkan budaya ilmu bermula dengan diri sendiri dahulu. Mungkin kita mula dengan banyakkan membaca.
Saya akhiri artikel ini dengan memetik ungkapan Prof. Engku Aziz dalam satu karyanya yang mengaitkan orang Melayu dan tragedi minda.
 Menurut beliau, salah satu tragedi minda yang menimpa orang Melayu pada masa kini ialah hiburan. Hiburan yang melalaikan dan akhirnya merosakkan minda.

 

KELUAR DARI PERANGKAP

MOHAMAD HAFIZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *