ANGKA 33 : PENGARUH ILLUMINATI TERHADAP 2 SIMBOL DI MALAYSIA

33deli01

Sebelum anda membaca artikel ini, seeloknya anda perlu memahami apa itu illuminati, freemason dan Dajjal. Ini adalah kompenan penting dalam menuju ke peristiwa babak-babak akhir zaman. Kupasan dalam artikel ini saling berhubung rapat dengan 3 perkara ini.

Pendedahan demi pendedahan sebenarnya sudah banyak ditunjukkan. Kalau anda rujuk di google, pasti pelbagai simbol dan tanda yang berkait dengan freemason dan illuminati. Namun, ia hanyalah sekadar umpama kisah picisan yang tidak diberi perhatian, dan akhirnya ia diabaikan begitu sahaja.

Apa yang merisaukan saya ialah pengaruh illuminati terhadap simbol-simbol ini sudah berada disekeliling kita tanpa mungkin ada dikalangan kita yang perasan. Maka, ini menandakan bahawa kita sudah berada dalam perancangan jahat mereka.

Angka 33 merupakan angka yang sangat berkait rapat dengan Illuminati. Ada apa dengan 33? Dan mengapa 33? Saya tidak mengulas lebih mendalam mengenai 33. Cukup sekadar ia menyedarkan kita akan wujudnya musuh.

be1d3d873c58d642855898876e0d3f80
kaitan angka 33 dengan illuminati

Ia mungkin hanya sekadar nombor. Namun angka inilah merupakan angka keramat bagi golongan freemason dan iluminati ini.

Saya berikan 2 contoh logo yang berkait rapat dengan angka 33. Mungkin ia hanya satu kebetulan. Maafkan saya sekiranya isi kandungan artikel ini silap.

Namun, tidak salah untuk kita membawa fantasi pemikiran keluar daripada kepompong kebiasaan. Cuma nasihat saya, jangan tergelincir daripada laluan kepercayaan dan akidah kita dalam menterjemah sesuatu teori.

Saya huraikan secara ringkas beserta gambar di bawah untuk anda sendiri fikirkan.

Logo MALAYSIA AIRLINE SYSTEMS (MAS)

Print
Logo rasmi Malaysia Airlines

Cuba perhatikan logo MAS. Ia dikatakan seperti Wau yang berterbangan di angkasaraya. Itulah yang saya diberitahu sejak kecik lagi.

Namun, jika kita perhatikan BETUL-BETUL, maka dengan jelas kelihatan angka 33. Adakah ia satu kebetulan?

MAS2-e1412324547391Mari kita perhatikan MAS sekarang.

MAS merupakan simbol kebanggaan negara. Ia membuktikan bahawa orang tempatan mampu berdiri dan terbang sama tinggi dengan bangsa lain.

Namun, kejadian malang MH370 dan MH17 membawa cerita berbeza. Saya penuh yakin ia bukan satu kebetulan.

Kerugian demi kerugian sehingga perlantikan ceo dari luar negara juga menampakkan bukan satu kebetulan.

Etika pemakaian dan hidangan minuman keras masih kekal sejak dulu sekalipun terus mendapat teguran masyarakat saban waktu.

Saya yakin MAS sudah berada dalam perancangan MUSUH kita sejak awal penubuhannya lagi. Persoalannya..siapa yang mereka bentuk logo MAS? Adakah ia adalah bentuk wau yang sebenar?

Logo Kementerian Pendidikan Malaysia

Logo Kementeriaan Pendidikan malaysia (KPM)
Logo baru Kementeriaan Pendidikan malaysia (KPM)

Agak sukar untuk pengikut teori komspirasi yang mengikuti kisah illuminati ini tidak terkesan melihat logo baru KPM. Simbol 33 jelas terbentuk pada logo tersebut.

Logo ini juga menunjukkan seolah-olah baris-baris tangga yang membentuk angka 33.

Mari kita perhatikan KPM

KPM merupakan kementerian yang bertangungjawab dalam memberi pendidikan kepada generasi-generasi pelapis negara. Ini merupakan bahagian paling penting dalam mencorakkan pemikiran anak-anak muda.

Logo KPM baru ini mula digunakan sekitar tahun 2014 menggantikan logo yang sedia ada. Saya melihat logo baru ini nampak lebih futuristik mengikut peredaran zaman.

Logo baru ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada perancangan transformasi dalam pendidikan.

Sebuah konsultan dari luar negara telah dilantik dan diupah oleh kerajaan untuk mereka cipta satu pelan pendidikan merangkumi daripada peringkat serendah-rendahnya, sehinggalah ke peringkat yang tertinggi dalam pendidikan.

Maka, dasar pendidikan yang dilaksanakan sekarang adalah sebahagian daripada perancangan meraka.

Saya tinggalkan anda dengan dua persoalan.

Persoalannya pertama ialah siapakah mereka ini? Mengapa mereka dipilih?

Dan persoalan kedua ialah adakah pendidikan berteraskan Al-Quran menjadi keutamaan dasar ini?

KESIMPULAN

Walau apapun jenis teori dan simbol-simbol, sebenarnya Musuh semakin menghampiri kita sikit demi sedikit saban hari. Kita tidak akan sedar dan akan terus dilekakan, sehingga langkahan kita mengikut petunjuk mereka.

Untuk lebih memahami apa itu illuminati dan freemanson, anda boleh rujuk sendiri maklumat di internet. Begitu juga melalui bahan bacaan buku yang terdapat di pasaran.

Dan pastikan jangan tinggalkan AL-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan utama. Semoga kita diberikan hidayah dan petunjukkan agar dapat menangkis fitnah-fitnah akhir zaman.

Wallahualam.

 

 

7 thoughts to “ANGKA 33 : PENGARUH ILLUMINATI TERHADAP 2 SIMBOL DI MALAYSIA”

  1. mengarut la..dah tu ko sekolah ke bawah kementerian..tak naik flight mas..kalau ko jadi mas punya org penting fikir gaji ke iluminati..

  2. mengarut la..dah tu ko sekolah ke bawah kementerian..tak naik flight mas..kalau ko jadi mas punya org penting fikir gaji ke iluminati..

  3. Makin ada benarnya. Pengaruh Illuminati mmg sulit dan tersembunyi. Sbg umat Islam hendaklah kita berhati-hati dan sentiasa berpegang dengan teguh dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yg diwariskan oleh baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi kpd kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *