AMERIKA, CHINA DAN BANGSA PENCIPTA

future_japan_2030_concept_by_robintran-d92tiou

Memang hidup kita ini pasti ada masalah. Masalah itu sekiranya kita hanya buat tak peduli, ia akan menghantui kemana sahaja kita pergi.
Dalam banyak-banyak masalah, saya suka mengutarakan salah satu masalah yang sedang berakar dalam masyarakat kita.
Ia memang masalah besar. Cuma tak ramai orang nampak masalah ini. Mungkin kerana sibuk memikirkan isu-isu seperti kos barang naik, kos sara hidup, fitnah menfitnah, politik dan sebagainya.
Saya tak nafikan ia juga masalah besar. Tapi masalah ini mungkin tidak senazak seperti hari ini jika masalah yang bakal saya huraikan ini dapat diatasi dari dahulu lagi.
Masalah utama yang sedang dihadapi oleh Malaysia hari ini ialah kegagalan kita melahirkan masyarakat, individu atau sistem, yang menyokong menjadi bangsa pencipta.
Dalam bahasa mudah, bangsa yang mencipta, bukan hanya asyik menjadi bangsa pengguna.
Sebagai contoh, pengeluar handphone terkemuka di dunia.
IPHONE, SAMSUNG, HUAWEI, OPPO, LENOVO, dan beberapa lagi. Tak nampak lagi produk buatan Malaysia bersaing dengan jenama ini.
Begitu juga dalam computer dan laptop. Sony, Acer, HP, dan Asus. Komputer ‘ciptaan’ Malaysia masih belum ada. Kalau adapun Laptop yang ada sticker 1 Malaysia.
Bagi kenderaan pula, Proton merupakan satu-satunya brand Malaysia yang bolehlah dibanggakan. Tapi, masih jauh untuk bersaing dengan jenama seperti Toyota, Honda, Ford, Nissan dan BMW.
Dan banyak lagilah produk-produk, benda ataupun jenama, yang Malaysia belum mampu menghasilkan produk yang dapat bersaing.
Mungkin kita ketinggalan serba serbi dari segi kemahiran dan teknikal. Tetapi, negara kita ada segala-galanya tools untuk membina bangsa pencipta.
Cuma, entah di mana silap dan salahya, rakyat Malaysia masih gemar untuk menjadi bangsa pengguna.
Apa kaitan dengan Amerika, China dan point-point yang saya huraikan diatas? Masih lagi tak nampak?
Ekonomi negara sebenarnya sangat bergantung kepada 2 kuasa besar ini. Jika Amerika atau China memutuskan hubungan ekonomi dengan Malaysia, pasti boleh lingkup ekonomi, politik dan kerajaan.
Dipenghujungnya, akhirnya kita terpaksa mengikut telunjuk dan pengaruh mereka. Lihat sahaja di pasaran negara, barangan buatan China memenuhi hampir disetiap hypermall, supermarket, dan kedai runcit.
Produk jenama Amerika juga begitu juga. Kuih donut buatan Amerika, Dunkin Donut juga mendapat sambutan.
Setakat hari ini, belum ada lagi saya dengar produk-produk kuih dari Malaysia mendapat sambutan di Bandar-bandar di Amerika.
Belum ada lagi barang-barang Malaysia yang berlambak di pasarkan di China.
Mungkin memang kedengaran agak mustahil apa yang saya katakan ini, memandangkan syarat ketat dan prosuder itu dan ini.
CUMA, bayangkan, jenama seperti Sony, Toyota, Huawei, Iphone, McDonald, merupakan produk ciptaan rakyat Malaysia.
Tak perlu kita sibuk untuk merayu memasuki pasaran mereka. Negara luar pasti berebut untuk menjemput datang melabur ke negara mereka.
Bukan menyalahkan takdir, tetapi inilah ketentuannya yang kita sendiri pilih, Malas untuk berusaha membuat sesuatu seperti mana rakyat di negara maju berjaya lakukan.
Negara kita kaya dengan sumber alam dan minyak. Tetapi, harga gula naik, harga minyak masak naik, harga minyak kereta naik, harga ikan naik, harga sayur naik, harga beras naik, dan semunya naik.
Kesimpulan dan akhir kata-kata, Islam menyuruh umatnya menjadi bijaksana dengan memerhatikan kebesaran ciptaan Allah, dilangit dan dibumi.
Jangan pernah malas untuk berfikir. Masih belum terlewat untuk kita menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.

 

MOHAMAD HAFIZ

TIDAK SALAH UNTUK MEMASANG ANGAN-ANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *