Skip to main content

YAHUDI MENUNGGANG KITA

ac847a77d66f3bc751ec1ca1c589424f

Secara konsistennya, saya menyatakan bahawa negara kita sekarang telah, sedang dan akan berada dalam perancangan jahat musuh-musuh yang mempunyai agenda tersendiri dalam menghancurkan bangsa Malaysia.

Hancur tidak semestinya kesan daripada perang senjata.

Jangan kita asyik yakin bahawa hanya negara-negara tertentu sahaja yang biasa berlakunya peperangan dan kehancuran.

Tanpa saya dan anda mungkin sedar, jarum-jarum musuh sedang melilit dalalm pemikiran otak kecil kita.

Jarum ini bukan jarum sembarangan. Semua harus faham musuh yang sedang kita hadapi ini mempunyai rangkaian hebat seluruh pelosok dunia.

Kelicikan mereka membuat kita terleka dengan kenikmatan dunia.

Sebab itu tajuk artikel saya sangat kena dengan sikap dan perlakuan yang sedang mereka lakukan sekarang.

Apabila kita sedang ditunggang oleh Yahudi.

Opss..Yahudi? Adakah yahudi ini musuh kita dalam erti kata yang sebenar?

Mengapa Yahudi? Bagaimana mereka menunggang kita?

Untuk membicarakan perihal tentang Yahudi, sememangnya memerlukan penulisan dan huraian yang lebih mendalam agar kita benar-benar faham.

Sebab itu saya minta pembaca agar rajin membuat homework. Jangan biasakan diri hanya menelan mentah-mentah sumber yang dibaca.

Siapa masih ingat bekas perdana menteri kita, Dr. Mahathir pernah dengan lantang menyatakan bahawa kuasa-kuasa besar dunia telah menjadi proksi kepada Yahudi?

Dan beliau antara pemimpin yang kekal konsisten dengan pendiriannya dari dahulu hingga sekarang.

Apa yang pasti, Yahudi yang menyokong fahaman zionisme merupakan tulang belakang kepada beberapa pertubuhan rahsia dunia yang mempunyai agenda masing-masing.

Modus operandinya mungkin berbeza. Namun tujuannya tetap sama.

Golongan ini sedang menguasai kita sedikit demi sedikit setiap hari.

Sedar atau tidak sedar,

Pelbagai aspek telah mereka kuasai merangkumi teknologi, persenjataan, politik, ekonomi, sehinggalah kepada pendidikan, makanan dan minuman dan pelbagai keperluan harian.

Berhenti seketika mengenangkan kekejaman Yahudi terhadap Palestin.

Bukan tanda saya tidak menyokong Palestin, tetapi jika kita tidak memahami bagaimana Yahudi menguasai dan menyerang kita, saya risau nasib kita akan menjadi sama seperti yang dialami oleh warga Palestin.

Pernah kita mengkaji berapa jenis produk yang sebenarnya mempunyai kaitan dengan Israel? Pelbagai jenis barangan kita boleh perolehi menerusi internet.

Namun, berapa ramai dikalangan kita yang perasan bahawa internet yang kita gunakan sekarang juga sedang berada dalam pengawasan mereka.

Facebook yang kita gunakan seharian itu juga merupakan produk daripada tangan Yahudi. Tidak mustahil segala maklumat yang kita kongsikan dalam facebook berada dalam simpanan mereka.

Aplikasi telefon pintar seperti waze, wechatt dan whatapp juga mungkin menjadi mata-mata kepada musuh-musuh kita.

Suasana politik tanah air juga sangat berpotensi untuk menerima pengaruh yahudi. Anda harus faham politik merupakan kuasa yang membawa kepada kuasa ekonomi.

 Selagi mana ekonomi negara boleh diperah, selagi itu mereka akan mengambil segala peluang untuk kepentingan mereka.

Bukan saya mahu menyalahkan teknologi ataupun produk yang berkaitan dengan Israel.

Tetapi kegagalan kita untuk diekploitasi akibat daripada kelekaan dan kealpaan masyarakat yang mendukacitakan.

Kita seolah membenarkan diri untuk ditunggang.

Adakah kita sanggup untuk terus menjadi bahan tunggangan?

 

Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *