KISAH UNTUK ORANG HILANG SEMANGAT

Kisah untuk orang hilang semangat

Artikel ini adalah untuk mereka yang hilang semangat. Saya yakin bahawa membaca sesuatu yang positif, adalah antara cara untuk mengembalikan semangat yang hilang.

Kisah yang saya ingin tulis kali ini ialah tentang arnab dan katak.

Saya suka menulis kisah-kisah yang berkaitan dengan haiwan dan mengaitkannya dengan kehidupan seharian.

Setiap haiwan yang dicipta tidak diciptakan sia-sia. Banyak yang boleh dipelajari, jika tidak malas berfikir.

Bila sudah malas untuk berfikir, mengakibatkan diri menjadi lemah. Lemah mengakibatkan hilang semangat,

Jangan terus dibelenggu oleh segala perkara yang menyebabkan hilang semangat.

Lapangkan dada untuk menghayati kisah arnab dan katak ini. Jom baca.

ARNAB SEPERTI YANG KITA SEDIA MAKLUM SIFATNYA, MERUPAKAN HAIWAN CIPTAAN ALLAH YANG SANGAT PEMALU DAN PENAKUT.
ARNAB AKAN MELOMPAT LARI KETAKUTAN SEKIRANYA ADA MAKHLUK LAIN CUBA MENGHAMPIRI MEREKA.
PADA SUATU HARI, DI SEBUAH HUTAN BELANTARA, ADA SEKUMPULAN ARNAB SEDANG BERMESYUARAT UNTUK MEMBINCANGKAN NASIB YANG MELANDA  DIRI MEREKA YANG PENAKUT.
SALAH SEEKOR DARIPADA KUMPULAN ARNAB INI MENCADANGKAN UNTUK LEBIH BAIK MEREKA MEMBUNUH DIRI. DENGAN TERJUN KE DALAM SUNGAI.
OLEH KERANA SEMUANYA SUDAH PUTUS HARAPAN UNTUK HIDUP KERANA DIBELENGGU KETAKUTAN, AKHIRNYA CADANGAN ITU DITERIMA SEBULAT SUARA TANPA BANTAHAN.
SETIBANYA DI TEBING SUNGAI, TERDAPAT SEKUMPULAN KATAK SEDANG BERKUMPUL. KUMPULAN ARNAB DAN KATAK INI MASING-MASING TERKEJUT.
OLEH KERANA TERKEJUT MELIHAT RAMAI ARNAB-ARNAB MELURU KE TEBING SUNGAI DARI ARAH HUTAN, KUMPULAN KATAK PUN MELOMPAT MASUK KE DALAM SUNGAI.
MELIHAT KEADAAN ITU, LALU SEEKOR ARNAB PUN BERSUARA.
MENGAPA KITA PERLU BUNUH DIRI. JIKA ADA LAGI HAIWAN YANG LEBIH PENAKUT DARIPADA KITA.
AKHIRNYA, KUMPULAN ARNAB INI MEMUTUSKAN UNTUK MEMBATALKAN NIAT DAN HASRAT MEMBUNUH DIRI.  MEREKA KEMBALI MASUK KE DALAM HUTAN DAN MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI BASA SEBAGAI SEEKOR ARNAB.

IKTIBAR DARI KISAH INI

Kisah ini mengajar untuk melihat masalah dari perspektif yang berbeza.  Ingat bahawa ada lagi yang mengalami nasib yang lebih teruk dari saya.

Hidup ini untuk diuji. Allah SWT  tidak akan memberi ujian pada  hambanya melebihi kemampuan untuk mengatasinya.

KISAH BENAR SAYA

Saya sendiri pernah melalui saat getir dalam hidup yang mencabar kemampuan semangat dalam diri saya.

Sekitar tahun 2004, hampir 12 tahun lalu semasa belajar degree di sebuah IPTA , saya pernah hampir dibuang universiti kerana keputusan yang sangat rendah. Pointer tak lepas 2.00.

Saya bagaikan hilang arah buat seketika. Sudah study berabis- abisan namun masih tidak mencapai keputusan yang diharap. Mujur diberi peluang tapi lulus dengan bersyarat dan amaran terakhir.

Waktu itu saya termenung seketika mengenangkan nasib yang menimpa. Syukur saya dianugerahkan rakan-rakan yang masih supportive.

Rupa-rupanya, Allah masih membantu saya. Sekalipun pointer rendah, lulus dengan amaran dan bersyarat, sekurang-kurangnya saya masih boleh meneruskan pelajaran.

Bermula dari situ, semangat baru lahir dan muncul. Semangat yang lebih hebat daripada sebelum-sebelum ini. Semangat yang ingin membuktikan saya boleh lakukan.

Dipendekkan cerita, pada semester berikutnya saya memperolehi pointer 3.49. Hampir mendapat anugerah dekan.

Dari situ, saya tidak lagi menoleh ke belakang.

Jika hilang semangat, carilah kembali semangat yang baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *