SEJARAH ITU BERBOHONG? MEMBONGKAR MENGAPA PORTUGIS SERANG MELAKA

b527e5ccd438d8717e1d2002be69c476

Apakah sebenarnya berlaku disebalik kisah penjajahan Portugis ke atas Melaka?
Kita harus faham dan hormati,setiap cerita sejarah yang sampai kepada kita, mempunyai disiplin ilmunya tersendiri. Di sokong oleh fakta dan bukti.
Ia diperakui mengikut kesepekatan para ilmuan, untuk diterima pakai dan diajar kepada anak cucu kita.
Namun sejarah tetap sejarah. Ia pasti mempunyai ruang untuk dibahas dan didebatkan.
Saya bawa perhatian anda kepada satu topik sejarah yang rakyat Malaysia sudah tahu, iaitu kedatangan Portugis ke Tanah Melayu.
Kita diberitahu bahawa ada banyak sebab kehadiran Portugis ke Tanah Melayu.
Begitu juga faktor kekalahan Melaka.
Namun, tidak semua faktor-faktor ini dihighlightkan dan jelaskan secara terperinci, khususnya kepada budak sekolah dan masyarakat.
Mari kita hadam dan fahami point-point dibawah agar kita tidak terus dibuai oleh ‘lirik-lirik sejarah yang sama’.

REMPAH RATUS

Faktor rempah ratus adalah faktor paling popular punca kedatangan portugis. Inilah kisah pembohongan nombor satu dalam sejarah.
Pernahkah kita terfikir, apakah kepentingan rempah kepada Portugis? Benarkah orang-orang portugis ini gemar sangat pada rempah sehingga sanggup berperang?
Setahu saya, belum pernah lagi saya dengar orang Portugis dan negara Eropah yang lain suka makan rendang atau kari.
Pada 11 September 1509, Portugis menghantar Diego Lopez De Squera ke Melaka. Peristiwa ini berlaku 2 tahun sebelum Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.
Siapa dia ini?
Dia ialah seorang paderi. Orang Portugis tidak menghantar tukang masak atau chef datang ke Melaka. Tetapi menghantar seorang paderi.
Ini membuktikan perjuangan utama mereka ialah demi agama. Mereka ingin menyebarkan pengaruh Kristian ke bumi Melaka.
Ini merupakan sejarah lahirnya bangsa serani di Melaka.

SENAPANG DAN MERIAM

Kedua, kita mempercayai bahawa ketenteraan Melaka hanyalah bersandarkan kepada keris, tombak, parang dan sewaktu dengannya.
Portugis pula digambarkan memiliki kelengkapan tentera yang lengkap seperti senapang dan meriam.
Point ini sangat menarik untuk diulas.
Perlu kita tahu refresh bahawa Melaka sebuah kerajaan yang hebat pada zaman tersebut. Melaka mempunyai keluasan empayar yang luas sehingga berjaya menguasai Selat Melaka.
Pedagang-pedagang yang datang daripada pelbagai pelosok dunia berlabuh dan berdagang di Melaka.
Ikut logik akal, sudah pasti Melaka mempunyai akses untuk mengetahui perkembangan peralatan ketenteraan dunia pada masa itu.
Melaka juga sudah tentu memiliki senjata hebat tertentu sehingga disegenai dan dicemburui oleh pelbagai kerajaan luar.
Mengikut beberapa catatan yang mungkin diluar buku sejarah, Kerajaan Melaka sebenarnya mempunyai pertalian dengan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah.
Ini dibuktikan dengan beberapa bahan dan tulisan daripada pakar sejarah Turki, yang mengaitkan pertalian hubungan dua buah kerajaan pada masa dahulu.
Satu lagi kehebatan masyarakat melayu Melaka ialah kepakaran dalam ilmu besi. Keris adalah contoh yang jelas.  Saya yakin, mana-mana kelompok masyarakat dan kerajaan yang memiliki kepakaran besi, pasti mereka menguasai peralatan yang berkaitan dengan besi.
Sudah pasti, ia merujuk kepada senjata senapang dan meriam.

KESIMPULAN

Point-point ringkas ini menyuruh anda yang membaca artikel ini, agar berfikir dan tidak menerima bulat-bulat fakta yang diajar dalam sejarah.
Sejarah kita sebenarnya sudah diubah dan direka oleh para penjajah. Mereka mahukan kita menjadi bangsa yang terus rendah diri dan tidak yakin pada kebolehan sendiri.
Ini penjajahan yang orangkebanyakan masih belum rasa.
Ia sudah menjajah otak dan pemikiran kita untuk terus menyanjung puak-puak penjajah ini sehingga kini.
Sebelum saya tamatkan artikel ini, ada satu peristiwa atau babak yang jarang kita didedahkan atau dibahaskan berhubung kejatuhan kerajaan Melaka.
Ia ialah mengenai pembelotan dan tidak amanah.
Jangan biarkan unsur belot dan tidak amanah bersarang dalam hati setiap rakyat kita.
Jika tidak, Malaysia mungkin akan jatuh dan hancur seperti jatuhnya empayar kerajaan Melaka.

 

MOHAMAD HAFIZ

MINAT SUBJEK SEJARAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *