BELAJAR UNTUK BERANI BERCINTA LAGI

6953700-falling-in-love-hd-wallpapers

Semua mungkin pernah merasai detik kegagalan dalam percintaan. Cuma yang membezakan ialah samada kita belajar daripada kegagalan dan keberanian untuk bercinta lagi.

Artikel ini bukanlah tulisan jiwang murahan semata-mata. Saya minta agar anda buka mata dan lapangkan dada. Harus kita lihat daripada kaca mata yang lebih luas lagi, agar dapat diperah lebih banyak lagi ikhtibar.

Apa yang akan kita lakukan semasa mula-mula gagal ataupun putus cinta? Saya yakin ada macam-macam cara yang selalu kita dengar. Namun, berapa ramai diantara kita yang berani.

Berani? Berani untuk belajar bercinta lagi. Hidup harus diteruskan. Life must go on. Tak perlu kita kecewa frust menonggeng. Sifat kecewa inilah yang akhirnya membuka ruang kepada syaitan untuk mendorong kepada sesuatu yang negatif.

Allah menghantar kegagalan untuk kita mengimprovekan diri menjadi insan yang lebih baik.

Bagaimana untuk belajar? Hayati tips di bawah dan cuba lakukan. Sekiranya anda mengikut semua tips ini, anda sudah bersedia untuk belajar bercinta lagi.

#1. DUDUK

Pertama sekali apa yang perlu dilakukan ialah duduk. Mengapa duduk? Duduk membawa erti kita mengenang kembali mengapa semuanya terjadi. Yakin bahawa apa yang terjadi adalah ketentuan dan pengajaran daripada Allah SWT.

Duduk itu tanda kita bertenang dan menahan bisikan syaitan.

Pada part ini, bisikan syaitanlah yang paling jelas akan cuba menguasai diri. Maka apabila duduk, kita dapat menenangkan diri dan mambantu untuk kita mengambil tindakan dengan waras.

Hanya mereka yang waras sahaja dapat menguasai erti berani yang sebenar. Dengan duduk kita dapat menahan api amarah kekecewaan daripada merebak merosakkan diri.

#2. WUDUK

Kalau berjaya mengikut tips yang pertama, anda sudah boleh melakukan step seterusnya iaitu mengambil wuduk.

Apabila berhadapan dengan kegagalan, syaitan akan berusaha untuk terus membelenggu kita. Dengan wuduk, kita akan dapat merasai ketenangan dan melawan sifat syaitan yang penuh dendam dan amarah.

Belajar cara untuk menenangkan diri dengan berwuduk.

Sentiasa amalkan agar sentiasa dalam keadaan berwuduk. Insyaallah, Mudah-mudahan dengan ketenangan sifat air dan keberkatan wuduk, proses pelajaran diri akan menjadi lancar.

Bila sudah tenang, hati akan menjadi senang.

#3. TUNDUK : Berusaha Untuk Memahami Keadaan

Tunduk merupakan perbuatan yang mengambarkan kita dalam keadaan redha dan pasrah. Tunduk bukan bererti kita mengaku salah. Ia membawa kita kepada mencari punca dan fahami situasi.

Punca mengapa ramai orang tersungkur ataupun frust menonggeng dalam percintaan ialah tidak berusaha untuk memahami keadaan. Memahami keadaan tanpa usaha juga tidak membawa erti apa-apa. Hanya sekadar ungkapan di bibir dan tidak lebih daripada itu.

Lihat kembali mengapa dan kenapa kita gagal bercinta. Mungkin akibat daripada perbuatan sendiri. Mungkin juga angkara orang lain dan sebagainya.

Apabila kita fahami punca, maka mudah untuk kita memahami keadaan. Dengan memahami keadaan, akan mudah untuk kita mengatur strategi untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

#4. SUJUD : Memohon Petunjuk Dan Keberanian

Jangan putuskan hubungan kita dengan Allah. Allah Maha Mengetahui atas apa yang berlaku. Yakin dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Dirikan solat dan memohonlah dengan sepenuh hati. Hanya Allah sahaja yang boleh memberi petunjuk dan keberanian.

Amalkan senantiasa solat hajat dan juga solat tahajud. Tetapkan niat demi Allah dan sentiasa istiqamah dengan ikhlas.

Biarlah kita gagal dalam percintaan dengan manusia, tetapi jangan gagal untuk bercinta dengan Sang Pencipta.

Insyaalah..Allah pasti akan membantu kita keluar daripada segala masalah. Tidak ada masalah tanpa penyelesaian.

PENGAJARAN 

Duduk, Wuduk, Tunduk dan Sujud merupakan perlakuan luaran yang membantu melahirkan aura positif dalam diri kita dalam menghadapi masalah dalam percintaan.

Kita tarbiyahkan amalan ini dengan menggali dan memahami kisah percintaan individu-individu hebat yang diceritakan oleh Allah dalam Al-Quran.

Kisah para nabi yang terkandung dalam Al-Quran merupakan sebaik-baik kisah untuk kita jadikan sebagai panduan khususnya dalam percintaan.

Mari kita hayati kisah percintaan Nabi Yusuf a.s. dengan Zulaikha. Mari kita dalami cerita cinta Nabi Sulaiman a.s. dan Puteri Balqis.

Mari kita belajar tentang kesetiaan menerusi Siti Asiah, isteri kepada Firaun. Ayuh kita fahami tentang erti sebuah ketaatan melalui kisah Mariam, Ibu Nabi ISA a.s.

Dan mari kita selami percintaan Nabi Muhammad s.a.w. dengan Siti Khadijah. Betapa hebatnya cinta mereka sehingga menimbulkan kecemburuan pada Saidatina Aisyah sekalipun Khadijah telah lama wafat.

Jangan takut untuk bercinta lagi. Dan untuk berani bercinta lagi, jangan hanya sekadar berani tanpa ilmu.

Dalami ilmu dengan belajar dan membaca. Yang membezakan tahap keberanian kita dengan orang lain hanyalah ilmu.

Usah risau untuk bercinta dan jangan takut untuk berani. Kerana jodoh itu rahsia Allah SWT.

Wallahualam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *