BERHADAPAN DENGAN TAKUT

dare_to_spare_by_karfozy

JANGAN baca sekiranya anda takut untuk berhadapan dengan takut, dan berpendapat bahawa lari daripada takut lebih baik daripada berhadapan dengan takut.

Sekiranya kenyataan di atas membuat ada berfikir sejenak atau bejenak-jenak, Mohon Baca artikel ini. Maksudnya anda sedar anda takut.

TAKUT merupakan sifat yang semua manusia miliki. Sehebat mana pun anda, sekuat manapun anda, takut tetap wujud dalam hati kecil yang kita.

Mukadimah ini saya jelaskan agar anda faham yang takut itu tidak ekslusif untuk orang-orang tertentu sahaja.

Mungkin ada dikalangan kita memang sifat penakut itu agak dominan dalam perwatakan sejak lahir lagi.

Anda perlu ingat yang takut itu boleh dikawal.

Jangan kita negatif dengan sikap takut. Takut itu sebenarnya penting dalam kita hidup sebagai manusia.

Kita memerlukan perasaan takut untuk menjadi orang yang hebat.

Takut itu menandakan kita masih normal seperti manusia biasa.

Yang menjadi masalah dikalangan kita khususnya  di Malaysia ini ialah tidak tahu berhadapan dengan takut.

ADA TIGA ORANG LELAKI SEDANG BERJALAN DI SATU LORONG. TIBA-TIBA, MEREKA BERHADAPAN DENGAN SEKUMPULAN EKOR ANJING YANG GARANG. MASING-MASING KETAKUTAN.

LELAKI YANG PERTAMA MENGAMBIL IKHTIAR UNTUK MENGAMBIL BATU-BATU DAN MELEMPAR KE ARAH ANJING.

LELAKI YANG KEDUA BERPUSING DAN LARI BERTENTANG ARAH DENGAN ANJING.

MANAKALA, LELAKI YANG KETIGA HANYA BERDIRI TIDAK TAHU MEMBUAT APA SAMBIL BERGEGAR KETAKUTAN.

POINT 1.

Lelaki yang pertama tadi melihat ketakutan dari sudut positif. Ia mendatangkan idea untuk mencari jalan bagi mengatasi ketakutan.

Melontar batu itu ialah ikhtiarnya susulan daripada respon ketakutan. Sekiranya selepas batu itu dilontar, dan anjing itu lari, maka takut yang membayangi diri itu akan hilang secara sendirinya.

POINT 2.

Lelaki yang kedua pula mengambil jalan negatif. Tidak meneruskan perjalanan, tidak mencari ikhtiar untuk berdepan masalah, atau tidak sekurang-kurangnya tidak berpatah balik.

Lari itu symbol kepada takut untuk berhadapan dengan ketakutan. Dia tetap tidak akan sampai ke destinasi yang dituju. Sekiranya ia kembali ke jalan itu, anjing-anjing itu tetap berada di sana.

Ia mungkin menyelamatkan diri buat masa itu, tetapi ketakutan itu tetap menunggu dan tidak hilang.

POINT 3.

Lelaki dalam kategori ini ialah pasif. Orang jenis macam ini tidak tahu respon kepada ketakutan akibat terlampau takut. Maka ia membiarkan dirinya diselebungi oleh perasaan takut dan akhirnya mengancam nyawanya sendiri.

IKTIBAR

Anda jenis yang macamana? Saya yakin anda boleh menilai sendiri diri anda dalam kategori yang mana satu. Point 1 maksudnya anda sudah berada dalam kesiapsediaan untuk berhadapan dengan takut.

Jangan risau sekiranya anda berada di point 2 atau 3. Sekurang-kurangnya anda sedar.

Yang menjadi masalah sekiranya anda sedar anda takut, tetapi tetap tidak membuat sesuatu untuk mengatasi masalah itu.

BAGAIMANA UNTUK BERHADAPAN DENGAN TAKUT

Korang selalu cakap, lawan kepada takut itu berani.

Ya. Memang kena berani dalam berdepan dengan takut.

Saya sendiri pun jika ada orang kata kena berani, saya akan memberanikan diri. Kadang-kadang saya sedar  ia hanya penyedap hati.

Tapi berani sahaja tidak cukup. Untuk berani, kita perlu ada 2 benda.

#1  BIJAK

Jika kita bijak dalam berhadapan takut, maka kita akan dapat mengatasi perasaan itu. Kebijaksanaan itu mampu melahirkan keberanian dan keyakinan. Sama kesnya dengan point 1 tadi.

Tanpa ilmu bagaimana untuk berani, akhirnya keberanian itu hanya sia-sia.

#2  TAWAKKAL

Tawakkal ialah perasaan takut kita kepada pencipta perasaan takut iaitu Allah.

Apabila kita takut kepada Allah, ia akan membuat kita  semkin dekat dengan-Nya. Berbeza sekiranya kita takut selain daripada Allah, ia membuatkan hati dan diri jauh daripada Pencipta kita.

Apabila takut kepada Allah, Kita akan tidak takut selain daripada Nya.

 

MOHAMAD HAFIZ
Tidak takut Cuma gayat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *