TUAH DAN JEBAT HADIR PERSIDANGAN UMNO

image

Sejarah dan Melayu tidak dapat dipisahkan. Mungkin inilah punca mengapa peribahasa Bagai Aur Dengan Tebing melekat dalam kehidupan masyarakat Melayu zaman berzaman.
Apa yang berlaku pada hari ini, mahu atau tidak, kita harus melihat kepada sejarah. Sejarah itu menyuruh kita belajar dan berguru daripadanya.
Jika anda dapat membaca mesej disebalik kisah sejarah ini, pasti anda boleh mengaitkannya dengan peristiwa yang sedang berlaku dalam masyarakat pada hari ini.
Dalam banyak-banyak cerita sejarah, saya ingin bawakan kisah Hang Tuah dan Hang Jebat. Lebih fokus lagi, peristiwa ketika Hang Jebat sedang mengamuk menuntut bela dan keadilan atas kematian Hang Tuah.
Saya tidak akan  mendetailkan babak kisah tersebut. Yang ingin saya fokuskan ialah bagaimana babak atau peristiwa ini sedang berulang dalam masyarakat Melayu ketika ini.
Sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat memang bukan calang-calang kisah.
Dua susuk pendekar ini banyak mengajar bangsa Melayu tentang erti sebuah perjuangan, kesetiaan dan pengkhianatan.
Ingat..perjuangan, kesetiaan dan pengkhianatan.
Mari saya fastfowardkan anda kepada peristiwa terkini dan mengaitkannya dengan 3 perkataan keramat ini.
PERHIMPUAN AGUNG UMNO 2016.
Seperti yang semua maklum, perhimpunan agung UMNO baru sahaja melabuhkan tirainya. Saya tidak juga akan mengulas panjang mengenai perhimpunan ini.
Daripada pandangan peribadi saya sebagai anak muda yang berfikir, apa yang saya simpulkan ialah perhimpunan ini lebih kepada membakar semangat untuk terus hidup.
Pernah tak menghadiri mana-mana meeting MLM atau direct selling? Ketua akan bercakap berapi-api untuk meningkat semangat orang-orang dibawah linenya untuk lebih kuat mencari orang.
Orang bawahan pula yang rangking lebih tinggi akan menjadikan ketuanya yang berimej kaya dan mempunyai kereta serta rumah besar, sebagai sumber inspirasi.
Ya, orang-orang dibawah ini akhirnya akan terpengaruh jika selalu dibrain washkan benda yang sama. Orang-orang inilah yang akan berjuang membawa nama syarikat dan gigih mencari orang.
Nampak tak persamaannya? Jika masih tak nampak, sila baca semula point-point diatas hingga faham.
Baik, semula kepada kisah UMNO. Semua orang tahu,  UMNO banyak berjasa kepada negara. Kita menikmati keamanan dan ketenteraman sekarang pun adalah jasa UMNO.
Tapi, jika saya tidak menyokong UMNO, adakah saya akan dilabel sebagai pengkhianat?
Secara logic akal, tidak mungkin kerana negara kita demokrasi. Bebas memilih siapa dan apa yang kita suka. Kata kuncinya..bebas.
Saya terus zoomkan kepada point penting.
Tun Mahathir merupakan antara sosok penting dalam sejarah UMNO. Beliau banyak berjasa bukan sahaja kepada UMNO dan negara, malah di seantero dunia.
Malangnya, pada perhimpunan kali ini, jika anda perasan, ia seolah-olah menjadi medan untuk melabel dan mencop beliau sebagai penderhaka dan pengkhianat. Samada ucapan berupa berlapik atau secara direct.
Kisah ini bukan fitnah. Ini betul-betul. Bukan cobaan seperti dalam Pendekar Bujang Lapok.
Apakah besar kesalahan dan dosa Tun M kepada negara?
Jawapannya mudah sahaja.  Beliau sudah tidak menyokong  UMNO lagi. Beliau sudah menderhaka kepada UMNO. Beliau sudah tidak menumpahkan taat dan setia kepada UMNO.
Beliau dengan terangan mengatakan UMNO sudah tidak adil kepada rakyat.
Akhirnya, beliau telah bersama-sama kumpulan yang menentang UMNO. Tun M turun bersama BERSIH membuat perhimpunan kuning. Bahkan,  Tun M menghadiri persidangan seteru UMNO, parti DAP.
Tun M sekarang kelihatan memimpin barisan pembangkang untuk menumbangkan UMNO pada pilihan raya akan datang.
Dalam kamus mana-mana parti pemerintah yang bernafaskan demokrasi, tindakan Tun M ini boleh diterjemahkan sebagai pengkhianat.
Apa pula kaitannya dengan mukadimah saya tadi yang berbicara tentang sejarah pertempuran Tuah dan Jebat.
Sekarang mari kita temukan perkaitan sejarah ini.  Nampak macam menarik, tetapi awas jangan terlalu emosi. Jangan pening kepala bila saya pusing-pusingkan babak antara fakta dan sejarah ini.
Hang Jebat telah dilabel sebagai penderhaka dan pengkhianat. Siapa sebenarnya Hang Jebat? Adakah beliau ini gila kuasa dan mata duitan seperti yang digambarkan?
Sejarah memberitahu kita bahawa Jebat bukan sembarangan. Beliau adalah rakan seperguruan sejak kecil bersama Tuah dan membesar bersama sehinggalah menjawat jawatan laksamana.
Jika beliau gila kuasa, berita kematian Tuah pasti akan menggembirakannya kerana mengikut rangking kedudukan, beliau secara aotomatik akan menggantikan kedudukan Tuah.
Beliau akan menjadi tersohor duduk dijawatan hebat bahkan tiada tandingan yang mampu menumbangkannya selepas ketiadaan Tuah.
Tetapi, Jebat tidak memilih untuk itu. Dia tidak mahu hanya duduk menyaksikan ketidak betulan dalam pemerintahan. Beliau memilih jalan sukar iaitu menentang Sultan.
Dek kerana risau kedudukan sultan yang tercabar, maka berita penderhakaan dan pengkhianatan Jebat disembarkan diseantero jajahan Melaka.
Kisah ini membuktikan bahawa sumpahan Kisah Tuah dan Jebat memang sedang menghantui bangsa Melayu. Lebih tepat lagi Parti yang melaung-laungkan memperjuangkan ketuanan Melayu, iaitu UMNO.
Ketuanan itu mungkin sudah datang mengajar sesiapa yang menderhaka. Mungkin ketuanan itu juga ialah ketulahan. 
Jika benarlah kisah perceritaan ini, sekiranya Mahathir itu Jebat si perderhaka, siapa pula yang membawa watak Tuah? Watak yang membunuh Jebat.
Bagaimana pula dengan watak Sultan? Watak yang sanggup membuat apa sahaja bagi memastikan ia kekal di puncak pemerintahan?
Dan jangan dilupa, watak-watak orang-orang kanan Sultan yang penuh dengan hasad dengki dan dendam kesumat kepada Tuah dan Jebat.

 

MOHAMAD HAFIZ

BICARA SATIRA PENGUBAT DUKA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *