
CINTA. Kali ini saya menulis tentang cinta. Walaupun saya bukanlah kaki jiwang. Dan tidaklah seromantis pelakon korea. Ada perkara tentang cinta, yang saya ingin kongsikan untuk anda.
Salah satu fitrah yang Allah kurniakan kepada manusia ialah perasaan cinta. Cinta terhadap manusia itu adalah nikmat yang besar. Dalam masa yang sama, ujian yang Allah kirimkan untuk kita sebagai hamba Nya.
Jika kita faham akan konsep ini, cinta yang lahir itu harus berpaksikan kepada Pencipta yang Satu.
Saya melihat kebanyakan masyarakat kita pada hari ini, khususnya golongan anak muda sangat memujakan cinta. Perlu diingat, jika cinta tidak dilandaskan pada jalan yang betul, maka pelbagai kerosakan akan timbul.
Bila bercinta, bagaikan hanyut dan lupa tentang segalanya. Bila putus cinta, umpama pengakhiran kepada kehidupan.
Jadi, sebelum anda jatuh cinta kepada seseorang, elok untuk anda faham, mengapa kita jatuh cinta.
Kita kenal dahulu tentang apa itu cinta, sebelum mengenali siapa yang kita cinta. Mungkin dengan cara ini, kita akan lebih menghargai perasaan cinta itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu, mengapa kita jatuh cinta? Saya kongsikan 3 sebab yang perlu anda tahu tentang jatuh cinta.
[Read more…]