Skip to main content

MEMBONGKAR RAHSIA WAJAH PARA NABI: BERTEMU RAJA ROM HERACLIUS

Eduard_Hildebrandt_-_View_of_the_Hagia_Sophia_in_Constantinople_-_WGA11418

Melihat wajah para nabi? Mungkin ramai yang belum mendengar akan kisah ini. Atau mungkin ada yang tidak percaya.

Kisah ini dirakamkan dalam riwayat Al-Hafiz Imam Al-Baihaqi dalam kitab Dala’ilun Nubuwwah.

Penulisan ini adalah bersumberkan daripada ceramah Ustaz Nazmi Karim. Anda boleh rujuk disini.

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua. Kisah ini bermula apabila sahabat nabi berdakwah dihadapan Raja Rom, iaitu Heraclius.

Read More

KAU JUGA PEMBULI! BAHAGIAN 2

big_bully_by_antontang-d2c3onm

Dalam penulisan yang lalu, saya menerangkan tentang asbab punca yang mendorong berlakunya buli. Maka adalah adil untuk saya menerangkan pula apakah langkah yang mungkin perlu diambil dalam menangani kes ini.

Saya harap pencerahan ini dapat membuka dan mendewasakan minda kita. Tanpa sebarang sifat prejudis. Ini Cuma pandangan penulis. Dan anda ada hak untuk tidak setuju.

Pertama-tama sekali, buli ini lahir daripada sifat manusia itu sendiri. Ia didorong oleh perasaan dendam atau dengki terhadap individu atau kelompok tertentu.

Dan sifat manusia ini sangat kompleks dan subjektif. Betapa Maha Besarnya Allah menciptakan kita. Dan berikut merupakan point untuk anda hadami isinya.

Read More

AKU MAHU KELUAR DARI KOTAK

5749428e598e063b193093f03ca0cede

Kotak adalah satu interpritasi untuk menggambarkan sempadan atau ruang kita berada. Maka keluar dari kotak ialah meloloskan diri dari ruang keselesaan pikiran dan keberadaan kita. Dalam bahasa mudah, bergerak keluar daripada kebiasaan.

Saya menulis artikel dengan melihat persekitaran kita hari ini. Berapa ramai dikalangan kita yang berani untuk keluar dari kotak? Saya menulis bukan menyatakan yang saya ini hebat, malah saya sendiri adakalanya dibuai oleh keselesaan. Dan saya yakin ramai yang begitu.

Apa kepentingan untuk keluar dari kotak? Cuba bayangkan anda masuk ke dalam kotak. Maka anda duduk atau berdiri disana. Kotak tidak membawa kita ke mana-mana.

Tidak ada tayar untuk bergerak. Bergerak pun terpaksa menggunakan tangan sendiri sambil melompat. Yang akhirnya menyebabkan kita jatuh sekali dengan kotak.

Read More

KAU JUGA PEMBULI!

the_bully_by_thompson46-d30vg24

Cerita Buli ini boleh saya kategorikan sebagai kisah evergreen. Saban tahun malah setiap hari kisah ini akan menjadi topik hangat. Cuma samada ia akan didendangkan di media atau tidak sahaja. Kalau anda taip di google, pasti berderet topik berkaitan buli akan muncul. Itu belum lagi di youtube.

Dan perbincangan ilmiah ataupun teori untuk mengkaji permasalahan ini pun banyak sudah kita dengar. Untuk mengkaji punca, perkara utama yang perlu kita ambilkira ialah jangan menuding jari kepada sesiapa. Anggaplah ia satu ujian yang Allah turunkan kepada masyrakat kita. Untuk kita fahami dan hayati. Untuk kita muhasabahkan diri kita. Kalau asyik mencari sebabnya, maka akan jadilah seperti kisah dalam lagu bangau 0h bangau.

Read More

3 CARA UNTUK MENGHANCURKAN TAMADUN DAN MASYARAKAT

petronas_malaysia_national_day_by_feigiap-d7x8684

Bila berbicara mengenai sesebuah tamadun atau masyarakat, ada dua peristiwa yang saling berkait rapat. Iaitu kemajuan dan kehancuran. Kita lebih suka mendengar tentang kemanisan kejayaan. Manakala Kemunduran dan kejatuhan adalah sesuatu yang sangat pahit untuk dirasa. Dalam konteks Malaysia, dimanakah keberadaan pencapaian tamadun kita? Saya tinggalkan persoalan ini untuk sama-sama kita fikirkan.

Kehancuran tamadun dapat kita saksikan menerusi sejarah yang kita pelajari. Menerusi kehancuran ini, segala kemajuan yang dikecapi lenyap begitu sahaja. Menerusi kehancuran, rakyat menderita berpanjangan. Menerusi kehancuran, anasir luar masuk menyelinap dengan mudahnya. Menerusi kehancuran, perjuangan nenek moyang hilang sekelip mata.

Apakah punca dan sebab kejatuhan? Menurut kajian, terdapat 3 cara untuk menghancurkan tamadun atau masyarakat. Dan ketiga-tiga cara ini sudah semakin jelas ada dalam masyarakat kita samada sedar atau tanpa sedar.

Read More