Skip to main content

KEAJAIBAN IKHLAS : DISEBALIK KISAH MIMPI BERTEMU NABI MUHAMMAD SAW

770e91f0a6ca9fde254ce79550bf4b77IKHLAS merupakan sifat yang paling dituntut dalam Islam.

Sifat ikhlas adalah sifat yang diakui sendiri oleh Iblis sebagai satu-satunya sifat dalam golongan umat Nabi Adam yang tidak dapat digodanya.

Pasti ada sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan mengenai sifat ikhlas ini. Orang yang selalu mengamalkan sifat dan sikap ini pasti akan menerima ganjaran dan keistimewaan daripada Allah.

Saya menulis artikel ini untuk berkongsi pengalaman yang saya alami tentang bagaimana keistimewaan sifat ikhlas ini boleh meninggalkan bekas pada hati.

Saya pernah menonton sebuah video tentang ceramah mengenai Rasulullah yang disampaikan oleh Allahyarham Ustaz Haron Din.

Dalam video yang berdurasi sekitar 20 minit itu, Allahyarham menceritakan pengalaman benar beliau bermimpi bertemu Nabi Muhammad S.A.W.

Video ceramah Allahyarham Ustaz Haron Din mimpi bertemu Rasullullah.

Read More

SAYA TIDAK FAHAM MENGAPA ORANG LAIN TIDAK FAHAM

confusion_by_kara_a-d6mdoi4

Pernahkah anda mengalami situasi seperti tajuk artikel ini?

Mungkin ya dan mungkin tidak. Atau mungkin anda tidak menyedari bahawa anda juga mengalami detik situasi yang sama seperti saya.

Keadaan ini kadang-kadang menyulitkan kehidupan saya. Ia mengundang stress dan akhirnya mempengaruhi produktiviti kerja seharian.

Sehinggalah pada suatu hari saya tergerak untuk berfikir tentang perlunya saya muhasabah diri.

Mungkin ini langkah terbaik dalam mencari jawapan atau sekurang-kurangnya membantu saya memahami keadaan.

Untuk mudah faham, saya ringkaskan 3 situasi yang berlainan tetapi membawa motif yang sama.

Cuba fahami situasi ini. Dan selepas itu kita akan kerahkan minda untuk mencari titik persamaan dalam mencari satu penyelesaian.

Cara ini mungkin tidak semestinya mujarab untuk menjawab persoalan saya. Tapi, mungkin ia dapat membantu anda melihat suatu masalah dari sudut yang berbeza.

SITUASI 1

Cuba bayangkan, situasi ini. Situasi dimana anda sebagai seorang bapa sedang mengajar anak untuk membaca A,B,C,D,dan E.

Pelbagai teknik dan kaedah sudah digunakan.

Tetapi anak masih tidak dapat menguasai atau mengenal huruf dengan baik.

Read More

10 KATA-KATA TENTANG MANUSIA UNTUK MANUSIA

d0616bf9b2fab4e4c868cac2dbd1f990

Salam Maal Hijrah. Semoga tahun baru Hijrah ini menjadikan hidup kita lebih baik dari sebelum ini. Insyaallah.

SAYA baru baru ini mengikuti satu ulasan ceramah yang sangat menarik tentang Manusia. ia memberi saya sedikit idea untuk berkongsi dengan rakan pembaca pada artikel kali ini.

Bagi yang tidak tahu apa itu manusia, mungkin saya kena bagi penampar agar tersedar yang anda itu manusia.

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai isu yang yang melanda masyakat kita. Malah, ada diantara isu ini bukanlah baru sebenarnya. Malah. Ceritanya semakin berkembang biak dan menjadi virus dalam masyarakat kita.

Isu-isu seperti kes zina dan buang bayi, rasuah, penipuan, mencuri dan sebagainya merupakan isu yang sentiasa bermain dalam kotak televisyen channel berita di rumah kita.

Semuanya isu pokok pangkalnya akan kembali kepada sifat manusia itu sendiri.

10 kata-kata hikmah ini bukanlah hanya untuk menghiasai ruangan share dalam facebook anda atau dalam group whatapp anda.

Ia membawa satu renungan, sindiran, ajaran, dan nasihat yang ingin membawa hati dan minda kita sedar bahawa kita ini manusia.

Selamat menyedarkan diri.

Read More

KITA SEBENARNYA YANG O.K.U.

screen-shot-2016-09-11-at-6-26-21-am

Dalam Bahasa Melayu, ada peribahasa yang berbunyi, umpama meludah ke langit.

Hadis Melayu bertaraf sahih ini sangat sesuai dilemparkan kepada mereka yang sebelum ini berpadangan sinis terhadap golongan orang kelainan upaya (OKU).

Sebelum kita menuding jari menuduh ‘mereka’, cermin diri terlebih dahulu (termasuk juga saya sendiri).

Mungkin dalam kita tidak sedar, kita juga pernah tergolong dalam manusia kategori itu. Jangan sampai kita meludah langit banyak kali pula.

Ok. Saya yakin semua rakyat Malaysia sekarang terkejut, terkesima, terpukau dan terpaku melihat kejayaan pasukan paralimpik negara di Rio.

Siapa menyangka mereka bukan sahaja membawa pingat emas, bahkan memecahkan rekod dunia. REKOD DUNIA. Kejayaan yang sungguh luar biasa.

Jika sebelum ini, Kita mengharapkan atlit normal yang akan membawa pingat emas kepada negara.

Maka segala tumpuan diberi kepada skuad atlit negara dengan harapan untuk mencipta keajaiban dan kemagikan.

Tetapi, seperti yang sudah tertulis dalam buku sajarah olimpik Rio 2016, kita masih kempunan membawa balik pingat emas.

Jangan salah faham. Saya tidak menyalahkan atlit di atas kegagalan mereka. Itu sudah rezeki mereka. Membawa bendera Malaysia di sukan Olimpik itu pun sudah satu kejayaan sebenarnya.

Tapi, masalah ialah mentaliti orang Malaysia. Berjaya itu maksudnya mesti mendapat nombor satu.

Lebih malang lagi, sudah kedengaran suara-suara nakal berbau rasis menyentuh sensiviti perkauman dikalangan pencapaian atlet Malaysia.

Kepada golongan ini, sila perhatikan dan renung seketika fakta dan huraian ringkas yang ingin saya dendangkan.

Read More

BERHADAPAN DENGAN TAKUT

dare_to_spare_by_karfozy

JANGAN baca sekiranya anda takut untuk berhadapan dengan takut, dan berpendapat bahawa lari daripada takut lebih baik daripada berhadapan dengan takut.

Sekiranya kenyataan di atas membuat ada berfikir sejenak atau bejenak-jenak, Mohon Baca artikel ini. Maksudnya anda sedar anda takut.

TAKUT merupakan sifat yang semua manusia miliki. Sehebat mana pun anda, sekuat manapun anda, takut tetap wujud dalam hati kecil yang kita.

Mukadimah ini saya jelaskan agar anda faham yang takut itu tidak ekslusif untuk orang-orang tertentu sahaja.

Mungkin ada dikalangan kita memang sifat penakut itu agak dominan dalam perwatakan sejak lahir lagi.

Anda perlu ingat yang takut itu boleh dikawal.

Jangan kita negatif dengan sikap takut. Takut itu sebenarnya penting dalam kita hidup sebagai manusia.

Kita memerlukan perasaan takut untuk menjadi orang yang hebat.

Takut itu menandakan kita masih normal seperti manusia biasa.

Yang menjadi masalah dikalangan kita khususnya  di Malaysia ini ialah tidak tahu berhadapan dengan takut.

Read More