DIA IALAH SHAFIE APDAL : 5 PERKARA YANG BOLEH KITA JADIKAN PENGAJARAN

207ebb0f5f642399fc17dc5b858ca144

Beliau antara pemimpin yang disingkirkan daripada kabinet PM Najib. Beliau juga antara bekas pemimpin UMNO yang keluar daripada UMNO.

Dan sekarang, beliau menubuhkan parti baru di Sabah untuk bersaing dengan UMNO dan BN.

Ini bukan artikel propaganda politik. Saya tidak membawa mana-mana ideologi kepartian. Jauh sekali ingin memuja dan menjunjung keperibadian seseorang.

Saya percaya setiap manusia, pemimpin atau tokoh mempunyai keistimewaan dan pengajaran tersendiri yang boleh dijadikan sebagai panduan.

Tak perlu kita mencari mana tokoh politik di luar negara yang boleh dijadikan inspirasi. Malaysia sebenarnya kaya dengan cerita tokoh-tokoh yang berjaya mahupun gagal.

Pilih saja dan carilah kisah yang boleh dibuat iktibar.

Maka, atas dasar ini, saya menulis artikel mengenai susuk tubuh yang bernama Shafie Apdal.

5 point yang saya nukilkan ini merupakan pandangan peribadi mengikut perpektif saya. Selamat menghadam.

1. KECIL-KECIL CILI API

Dari segi saiz fizikal, beliau antara yang rendah dikalangan orang politik di Malaysia. Tapi, jangan pandang rendah pada kerendahan tubuhnya.

Beliau saya anggap berjaya dalam mencipta pengaruh politik disebabkan oleh kepintaran dan kebijaksanaannya.

Kebijaksanaan itu sebenarnya yang akan membuat seseorang itu “besar”. Kepintaran itu yang membawa kepada kejayaan dalam segala rintangan.

Dan Shafie Apdal telah membuktikannya. Saiz doesn’t matter.

Jangan jadikan saiz badan itu penyebab, asbab atau penyumbang kepada kegagalan. Apa yang penting ialah hati. Hati yang cekal akan dapat membawa kita kekecilan badan.

2.  INDIVIDU VS PARTI

Sehebat mana pun sesebuah parti, sekuat mana pun propaganda, nasib sesebuah parti itu hanya akan ditentukan oleh manusia yang memimpin parti itu.

So, saya kurang setuju jika dengan pandangan yang menyatakan parti atau mana-mana organisasi itu lebih besar atau penting berbanding individu didalamnya.

Dalam kes Shafie Apdal, UMNO yang boleh dianggap parti keramat beliau suatu ketika dulu, kini menjadi seterunya nombor satu. Beliau bercita-cita menghantar UMNO balik ke semenanjung.

Perlu anda faham, dalam konteks politik di Sabah, individu sebenarnya lebih berpengaruh berbanding parti. Sebab itu, budaya lompat parti sudah menjadi satu kebiasaan .

Dan dalam perkembangan politik nasional sekarang, lahirnya parti Amanah dan Bersatu serta beberapa lagi parti kecil adalah menifestasi daripada kenyataan bahawa tokoh itu lebih menonjol daripada parti itu sendiri.

3.  BERGEMANYA KEMBALI LAUNGAN SABAH FOR SABAHAN

Maaf jika statement ini mungkin berbau kenegerian dan perkauman.

Jika kita mengamati pergerakan politik Shafie Apdal pasca UMNO ini, beliau sudah mendendangkan kembali lagu keramat yang pernah membawa Parti Bersatu Sabah (PBS) menerajui Sabah.

Dengan memfokuskan kepada parti dari Sabah, jelas beliau ingin menyingkirkan UMNO yang berpengkalan di semenanjung, keluar dari bumi di bawah bayu.

Laungan beberapa tuntutan dan kepentingan untuk negeri Sabah sudah mula menjadi topic dalam ceramah politiknya.

Adakah ini benar satu perjuangan atau hanya retorik mencari pengaruh? Jawapan saya wallahualam.

Tindakan ahli parlimen Penampang dan beberapa lagi ADUN untuk menyertai parti Shafie Apdal sudah mula membayangkan bahawa pilihanraya akan datang menjadi medan paling sengit dalam sejarah UMNO Sabah.

Jangan pandang rendah dengan sentimen Sabah For Sabahan. Ia boleh menjadi api dalam bukan sahaja kepada UMNO, tetapi kepada politik Malaysia secara amnya.

Sekalipun saya tidak setuju dengan mana-mana sentimen yang berunsur kenegerian, kita harus lihat apa dan mengapa ia boleh terjadi.

Pemimpin dan rakyat di Sabah mungkin sudah belajar sesuatu daripada Sarawak.

4.  SURVIVAL SEORANG TOKOH POLITIK DALAM BERSTRATEGI

Pastinya, langkah politik Shafie Apdal sekarang adalah ingin membuktikan beliau masih dan kekal relevan dalam pentas politik tanah air.

Untuk kekal ralevan, strategi diperlukan.

Stategi itu perlu untuk berjuang. Untuk menjayakan strategi, perancangan harus rapi. Untuk bercerita mengenai strategi politik secara mendalam perlukan penghalusan artikel yang lebih khusus.

Apapun, tindakan beliau untuk menarik pemimpin-pemimpin tempatan untuk bersamanya menubuhkan parti baru merupakan strategi yang sedang berjalan.

Berjaya atau tidak itu perkara nombor 2.

5.  STAY HUMBLE

Secara peribadi, saya melihat Shafie Apdal seorang yang pemimpin yang tidak kelihatan sombong. Beliau jarang mengeluarkan kenyataan yang membangga diri ataupun menyerang peribadi orang lain.

Perwatakan ini membuat masyarakat khususnya orang-orang kampung berasa dekat dengan beliau.

Sokongan yang masih kuat sekalipun tidak lagi menjawat jawatan menteri dikalangan rakyat merupakan natijah daripada kepimpinan yang beliau amalkan sebelum ini.

Saya harap, beliau akan kekal dengan imejnya yang sebegini. Dalam berjuang menentang arus, pelbagai rintangan akan datang menimpa.

Sabar dan tenang itu menjadi kunci kepada senjata-senjata musuh yang akan digunakan menyerang beliau.

KESIMPULAN

Bukan mudah menjadi pemimpin. Tiada jalan pintas untuk berjaya dalam arena politik mahupun dalam apa bidang sekalipun.

Sikap keperibadian dan perwatakan kita akan menjadi penentu dalamkejayaan  membawa idea untuk memimpin sesuatu pertubuhan.

Memimpin ini saya ibaratkan seperti bermain chess. Setiap langkah yang mengorbakan anak bidak dan hulubalang adalah strategi untuk memastikan King selamat.

Dipenghujung permainan, pemain yang berjaya mempertahankan King akan menang. Begitulah sebaliknya.

Buat Shafie Apdal, kalah atau menang dalam perjuangan anda, anda sudah membuat yang terbaik. Nasihat saya sebagai rakyat marhaen ini, jangan sesekali meninggalkan teras agama dalam langkah perjuangan.

Allah sedang memerhatikan kita dalam apa sekalipun yang kita lakukan di atas muka bumi-Nya.

Selamat berjuang untuk Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

 

MOHAMAD HAFIZ
TERPUKAU DENGAN KEINDAHAN PULAU-PULAU DI SEMPORNA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *