Happy Birthday isteri Ku : Kisah Benar di Hari Jadi Isteri

47671eaa34accf51fe4e86de36717ef4

07. 11. 2016

Tanggal 7 November merupakan hari penting dalam kalendar saya sebagai seorang suami.  Ia penting kerana harijadi isteri yang ke … dot dot. (censored),

Silap haribulan jika tidak ingat tarikh penting ini, muram seminggu la muka si isteri. Maka, sudah pasti tarikh hari jadi isteri mesti sudah melekat dalam otak si suami.

Ucapan ringkas untuk isteri, walaupun mungkin cliché, Mudah-mudahan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan untuk menjaga anak-anak dan tentunya, suami.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada hidup suami mu. Selepas hidup bersama ini, baru terasa bahawa bukan mudah menjadi isteri dan ibu.

Buat suami-suami diluar sana, hargailah dan sayangilah isteri anda. Kita tidak tahu berapa lama masa kita hidup di dunia ini. Jadikan saat-saat yang dipinjamkan kepada kita sebagai sesuatu yang berharga untuk isteri.

Buat isteri juga, ingat hakikat bahawa suami itu bukan malaikat. Terimalah segala kekurangan dan kesilapan.

Menghargai apa sahaja yang telah suami lakukan dan korbankan untuk keluarga. Insyallah, keberkatan itu akan bersama kita.

Pada pagi 7 November, saya dengan bersungguh-sungguh mengucapkan ayat romantik hari jadi kepada isteri. Bayangkan, betapa happynya dia sambil memberikan senyuman panjang lebar.

Dihujung senyuman itu, terselit kata-kata yang… sangat deep. “Tak kan ucapan kosong saja. Harga emas dah turun sekarang.”

Saya akhirnya terpaku seketika. Saya pun membalas senyuman sambil teringat yang isteri sudah pernah bagi hint  sebelum ni.

Saya berhentikan kisah ini disini. Pengajaran buat diri sendiri ialah agar lebih peka.

Apapun, terima kasih isteriku kerana memahami. Terima kasih di atas segalanya.

SELAMAT HARI JADI ISTERIKU
MOHAMAD HAFIZ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *