HUDUD DATANG LAGI

i_am_proud_with_islam_by_lifeshadows

Di satu petang yang dingin, saya merelaxkan diri sambil ‘membelek’ berita di online untuk mengetahui berita dan cerita seantero dunia.

Almaklumlah, dunia di hujung jari. Kalau zaman saya hingusan di sekolah dahulu, helaian muka surat khabar akan dibelek-belek sehingga penat jari dibuatnya. Itu cerita dahulu.

Disambungkan cerita, pada petang itu berita yang paling mengegarkan muka bumi tanah air tercinta ialah keputusan Parlimen untuk membenarkan pembentangan rang undang-undang daripada Parti PAS.

Namun, seperti yang sedia maklum, pembentangan itu ditangguhkan sehingga sidang parlimen yang akan datang.

Tindakan Parlimen ini sebenarnya mengejutkan semua pihak samada di pihak pembangkang mahupun kerajaan sendiri.

Bahkan mengejutkan satu Malaysia. Apa yang pada saya mengejutkan ialah belum pernah rang undang-undang persendirian seperti ini dibenarkan untuk dibahas di parlimen.

Mengapa? Kenapa?

Alhamdulillah. Mungkin inilah yang dinamakan berkat doa rakyat Malaysia.

Apa yang hebat sangat tentang pembentangan tersebut?

Pembentangan ini sebenarnya membuka ruang pintu untuk perlaksanaan hukum syariah Islam di Kelantan.

Apa yang saya faham tentang syariah ini ialah hanyalah untuk orang Islam. Maka, mengikut pendefinisian ini, orang yang bukan Islam tidak tergolong.

NAMUN,

Bila sebut hukum Islam, maka automatik kebanyakan orang Malaysia mendefinisikannya sebagai hudud.

Bila dah disebut pasal hudud, maka akan terbayanglah lambang bendera hijau bulan putih.

Maka, bermacam-macam lah kisah politik kita saksikan dan dipertontonlan.  Umpama sebuah drama telenovela yang kisahnya terdapat pebagai rintangan,halangan, dan dugaan.

Ada ahli parti MCA keluar parti kerana keputusan tersebut. Presiden MCA dan MIC khabarnya sedia untuk meletak jawatan dalam kerajaan sekiranya Hudud dilasanakan.

Penceramah Ridzuan Tee pula keluar daripada Parti MCA kerana kecewa dengan pendirian parti itu. Em, tak sangka pula beliau juga sebelum ini merupakan ahli Parti MCA.

Parti DAP tak usah cerita. Faham sendiri lah.

PKR dan AMANAH pula masih berteka teki. Bahkan, dikalangan ahli UMNO juga masih belum jelas pendirian mereka.

Kalau hendak tanya Tuan Perdana Menteri rasanya entah bila dapat jawapan yang konkrit. Nak jawapan daripada pak-pak menteri kabinet kekadang dapat jawapan yang saling bercanggah dan bikin sakit hati.

Dipendekkan cerita, akan dan telah timbul pelbagai persepsi dan bermacam andaian yang jika tidak diselesaikan dengan cara yang betul, saya khuatir ia akan membawa kepada bencana untuk negara.

Perlu anda ingat, apa yang kita dipertontonkan hari ini banyak melibatkan hanya tokoh-tokoh politik.

Bila orang politik yang bercakap, nafas pertuturannya pastinya mesti seiring dengan perjuangan parti yang diwakilinya.

Sebagai orang Islam, secara logiknya dan sepatutnya, kita mesti menyokong apa saja yang berkait dengan Islam.

Manjadi pelik dan ajaib bila orang Islam sendiri menentang apa yang disuruh oleh agama Islam.

Ini adalah key-point yang penting untuk menyatu-padukan orang islam.

Saya tak salahkan mereka yang non-muslim. Bukan tanda saya menyokong mereka. Tetapi tindakan mereka untuk memprotes itu adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang pelik.

Mungkin dakwah dan penerangan mengenainya daripada rakan Islam belum sampai.

Mengapa tak sampai? Sudah berpuluh tahun kita hidup bersama, Mengapa mereka masih tak faham?

Inilah akibatnya sekiranya semua benda dipolitikkan. Semua benda mesti mempunyai nilai keuntungan politik.

Maka kelihatan kedudukan politik itu seolah-olah lebih tinggi daripada agama.

Bila asyik berbicara tentang kemajuan dan pencapain, keuntungan, wawasan itu dan ini, dasar itu dan ini, cakar langit sana, dan cakar langit sini, hiburan keliling mata dan pinggang.

Kejatuhan moral yang semakin meruncing. Pergaulan bebas merata-rata.

Ketirisan dan rasuah dimana-mana. Daripada mencuri bersen-sen hingga ke berbilion-bilion.

Inilah harga kemajuan yang kita kejar.  Maka..siapa nak cerita dan dengar pasal undang-undang syariah.

Sampai bila kita nak harapkan ustaz-ustaz dan mereka yang berkupiah sahaja yang bercerita tentang agama.

Adakah yang lain sudah lupa ada agama? Tak kan nak tunggu hari raya baru ingat masjid.

Bila umat dah berpecah, maka kita akan mudah dihancurkan.

Bila kita bersatu, saya yakin drama ugut-menugut tidak akan berlaku.

Sehebat dan semaju manapun manusia, mereka akan tetap kembali kepada fitrah manusia.

Agama Islam itu agama fitrah. Apa yang diperintahkan Allah itu semuanya adalah untuk kebaikan manusia sejagat.

Doakan yang terbaik untuk Malaysia. Doakan yang terbaik untuk anak-anak kita.

 

p/s : Ini bukan kisah politik mana-mana parti. Gambar hanyalah perhiasan semata-mata.

Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *