INGIN MENJADI HEBAT

maskulin_by_umixx-d5ps884

Semua orang ingin menjadi hebat. Mahu menjadi suami hebat, mahu menjadi ketua yang hebat, mahu menjadi pelajar hebat, dan sesiapa pun kita. Yang penting asal nampak hebat.

Berikut adalah mukadimah artikel ini. Point ini saya mulakan dengan faktor-faktor sampingan yang belambak di pasaran. Faktor ini mendorong orang untuk menjadi kelihatan hebat. Sambutan yang diberikan juga nampak hebat.

Apa itu faktor sampingan? Antaranya ialah produk kopi campuran yang kononnya menjadikan lelaki atau perempuan hebat, semakin banyak di pasaran akibat permintaan tinggi. Produk kecantikan yang iklannya kekadang memualkan tetapi tetap mendapat sambutan hebat.

Selain itu, produk kesihatan untuk kelihatan sadoo ataupun slim pun hebat sambutannya. Itu belum lagi bab-bab fesyen dan pakaian yang begitu mudah dibeli secara online, trend kegilaan masyarakat waktu ini.

Buku-buku yang menulis tentang tips2 menjadi hebat juga mudah diperolehi di pasaran. Kursus-kursus berbayar untuk melatih menjadi hebat pun mendapat sambutan menggalakkan.

Saya pendekkan cerita, semuanya adalah untuk kelihatan hebat. Maka orang pun sanggup membelanjakan wang ke arah itu.  Yang penting asal nampak hebat.

Saya tidak katakan apa yang ditulis seperti di atas itu salah. Ia hanyalah sekadar faktor sampingan untuk mendorong orang menjadi hebat.

Selesai mukadimah, saya masuk kepada isi penting iaitu faktor dalaman diri sendiri. Untuk menjadi hebat, ia harus datang dari dalam diri sendiri.

Maka, Untuk mengeluarkan kehebatan diri, saya merumuskan bahawa hanya perlu menguasai 2 perkara untuk menjadi hebat.

Hebat dengan Mengenali Diri Sendiri

Tak kenal maka tak cinta. Mesti terlebih dahulu mengenali diri sendiri. Anda perlu faham bahawa kita manusia dibentuk oleh 2 keadaan.

Yang pertama ialah gambaran dalam fikiran kita. Kita disuruh untuk bersangka baik dengan semua perkara. Gambaran-gambaran yang negatif akan mempengaruhi emosi dan fizikal kita.

Perkara yang kedua ialah perasaan dalam hati. Cuba buang perasaan-perasaan yang buruk dan isi hati kita dengan benda-benda yang baik. Mulakan dengan sentiasa berzikir.  Dengan berzikir, kita secara halus mencuci hati. Bila hati sudah bersih, maka kelakuan yang lahir pun akan nampak hebat.

Hebat dengan Sabar

Kisah-kisah para rasul yang lahir dimuka bumi ini adalah semuanya tentang kesabaran. Sabar itu adalah ramuan penting untuk melahirkan orang yang hebat.

Tak perlu kita membelanjakan wang ringgit berlebihan untuk membaca tips2 kononnya untuk menjadi hebat. Kadang-kadang

Namun, sikap sabar itu tidak datang sekelip mata. Ia perlukan latihan dan istiqamah. Dan Puasa adalah latihan terbaik untuk mendidik diri menjadi sabar.

Untuk sabar, kita perlu belajar untuk menghadkan atau melimitkan diri. Jika dulu kerap berbelanja, maka try untuk hadkan perbelanjaan. Jika dulu makan sampai kenyang sehingga mencekik darah, belajar untuk hadkan kuantiti yang dimakan.

Jika dulu kerap marah, cuba belajar untuk tahan dan kawal perasaan. Semua ini adalah sebahagian daripada proses untuk mendidik minda dan hati untuk menjadi sabar.

Kesimpulan : Hebat bagaimana yang kita cari?

Saya tutup artikel ini dengan persoalan di atas. Cuba bisikkan hati kita untuk bertanyakan jawapan tersebut.

Adakah dengan cantik itu kita hebat? Berbadan sado itu hebat? Kuat tenaga batin itu hebat? Kulit putih melepak itu hebat? Pandai berpidato itu hebat? Wang berjuta itu hebat?

Sekiranya kita berusaha ingin kelihatan hebat di mata orang, maka kita tidak layak untuk menjadi hebat.

Tetapi, kalau orang melihat kita sebagai seorang yang hebat, maka kehebatan itulah yang sebenarnya lahir daripada 2 perkara seperti di atas.

Hebat itu bukan untuk dikejar, dan hebat itu bukan datang sendiri tanpa diusahakan.

Hebat itu ada dalam diri kita untuk diteroka.

Ujian pertama untuk memastikan anda betul-betul hebat ialah..menahan diri ketika anda sedang dimarahi.

Wallahualam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *