ISU AZIZAN OSMAN : 5 PERKARA YANG BOLEH DIPELAJARI

2ef11ef7853f5da25a4db63a81980deb

Malaysia dikejutkan lagi. Kali ini dengan kes pakar motivasi jutawan, Azizan Osman berhubung kontrovesi gelaran doktor yang dimilikinya.

Semakin banyak wakil pihak dari beberapa Universiti tampil menafikan pernah memberi gelaran doktor kepada Azizan Osman.

Ketika saya menulis artikel ini, belum ada kenyataan rasmi daripada tuan empunya badan sendiri, iaitu Azizan Osman untuk menjawab persoalan demi persoalan yang semakin penuh unsur twist.

Perlu kita faham, Azizan ini mempunyai banyak pengikut dan kebanyakkan diantara mereka berjaya menjadi usahawan hasil didikan dan motivasi beliau.

Kehebatan beliau memberi motivasi sehingga mana-mana pogram ceramahnya pasti dipenuhi ribuan manusia yang datang dari segenap ceruk tempat.

Kes ini sebenarnya membuka mata dan hati banyak pihak. Saya tidak bercakap tentang siapa yang salah atau yang harus dipersalahkan.

Saya hormati beliau sebagai insan yang diberikan keistimewaan untuk memberi motivasi kepada orang. Tidak ramai motivator yang berjaya seperti beliau.

Selagi belum ada bukti kukuh, jangan kita suka hati menjadi hakim menjatuhkan hukuman tanpa pembelaan.

Cuma apa yang saya ingin fokus disini ialah tetang penipuan. Menipu, tertipu, dan ditipu, semuanya merujuk kepada penipuan. Bezanya, samada kita sedar atau tidak sahaja yang kita tergolong dalam kategori tersebut.

Kes ini bukanlah kali pertama berlaku. Sudah berulang kali kejadian yang hampir sama terjadi di dalam masyarakat Malaysia.

Belum lagi kes-kes membeli gelaran seperti datuk dan sebagainya.

Paling menyedihkan, ia banyak melibatkan orang Melayu sendiri.

Persoalan kali ini, mengapa rakyat Malaysia mudah sangat terpengaruh kepada gelaran dan pangkat?

Mengapa orang kita sanggup menipu untuk mendapatkan gelaran dan pangkat?

5 perkongsian ini mungkin antara perkara yang menyumbang kepada berlaku kes-kes sebegini. Jom kita renung bersama.

TEKANAN EKONOMI SEKARANG

Hampir semua yang mengikuti pogram motivasi Azizan Osman adalah terdiri daripada mereka yang ingin bergiat dalam perniagaan.

Tidak kira apa jenis perniagaan. Mereka memerlukan seseorang yang diyakini, berkebolehan, dan disanjung dikalangan masyarakat untuk membimbing mereka.

Kriteria ini dimiliki oleh insan bernama Azizan Osman.

Kekangan ekonomi, kesimpitan hidup dan kos sara hidup yang tinggi menyumbang kepada faktor untuk mereka-mereka ini menceburkan diri dalam perniagaan.

MENTALITI ORANG  MELAYU TIDAK PANDAI BUSINESS

Apabila cerita pasal perniagaan, pasti kita akan cop orang Melayu tidak pandai buat business. Asyik harapkan subsidi dan bantuan kerajaan.

Di minda kita asyik melihat kejayaan kaum cina dalam bidang ini.

Akhirnya, orang melayu menjadi tidak yakin pada diri sendiri. Menjadi takut untuk mencuba dan melabur dalam perniagaan. Takut untuk rugi. Takut untuk berdiri di atas kaki sendiri. Perlukan bantuan dan motivasi.

Akhirnya, kerana sikap ini, begitu mudah untuk dieksploitasikan oleh mana-mana pihak yang ingin mengaut keuntungan.

BUDAYA TIDAK AMBIL TAHU

Kebanyakan masyarakat kita tidak ambil tahu sangat tentang latar belakang seseorang. Asal saja orang itu sudah keluar TV, Radio dan sebagainya, kita sudah meletakkan kepercayaan 200 percent.

Tidak ada rasa untuk ambil lebih tahu siapakah orang yang kita hendak deal.

Sehingga mudah terpedaya dengan apa saja yang mereka tawarkan.

MENYANJUNG PANGKAT DAN GELARAN

Ini budaya yang sedang merosakkan masyarakat Malaysia.

Sikap terlampau menyanjung pangkat dan gelaran akhirnya membawa kepada kes-kes seperti penipuan sebigini.

Individu yang ada gelaran akan lebih dilihat tinggi dan segala kata-kata akan mendapat perhatian yang lebih.

Berbanding mereka yang tidak mempunyai apa-apa gelaran mahupun pangkat.

APABILA DUIT YANG MENJADI MOTIVASI UNTUK HIDUP

Semua orang inginkan kesenangan. Salah satu cara untuk senang ialah mendapat duit yang banyak. Bila kita taksub dengan duit, duit itu akan memusnahkan hidup kita.

Orang yang dalam kategori ini sanggup melakukan apa sahaja untuk berjaya.

Mereka sanggup membayar ratusan bahkan ribuan ringgit untuk mengikuti ceramah, melabur, atau apapun yang berkaitan demi untuk kaya.

Orang yang menipu pula akan lebih termotivasi untuk lagi menipu.

Akhirnya, orang menipu dan tertipu jatuh terduduk di lantai apabila kantoi.

DUIT bukan segala-galanya. Duit bukan untuk dikejar. Apa yang perlu kita kejar ialah keberkatan dalam mendapatkan duit.

Kita kadang-kadang lupa siapa yang memberi kita rezeki.

 

MOHAMAD HAFIZ
TERINGAT FILEM JUTAWAN FAKIR

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *