JANGAN MENJADI PEMIMPIN ANGKUH

politic_malaysia_by_arie187-d558ufu (1)

Beberapa bulan lalu, berlansungnya pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Dan keputusan adalah seperti yang dijangka, dan anda pun tahu siapa yang menang dan kalah.

Bukan saya hendak mengulas tentang keputusan atau analisis pencapaian setiap calon dan parti yang terlibat.

Pada saya cukup mudah. Yang menang itu tidak bererti menang semuanya. Manakala yang kalah itu tidak membawa maksud kalah semuanya.

Pada yang menang, pikul amanah dengan sebaiknya. Bagi yang kalah, teruskan lagi usaha menjadi pembangkang yang terbaik.

Persoalan yang ingin saya highlightkan disini ialah tentang sikap pemimpin dalam memimpin dan mewakili sesuatu masyarakat.

Samada anda daripada pihak sebelah kerajaan ataupun pembangkang, apa yang kita ucapkan itu menggambarkan sikap dan kepimpinan kita.

Pemimpin-pemimpin politik ini ialah wajah pelapis pemimpin negara pada masa akan datang.

KETAKSUBAN UNTUK MENANG

Kerana mahu menang, terselahlah ketaksuban dan akhirnya menzahirkan keangkuhan.

Paling mendukacitakan, keangkuhan ini melibatkan sesama umat Islam sendiri.  Dan lebih menghayat hati, ia berlaku pada bulan ramadhan.

Semua ingin mendabik dada menyatakan merekalah calon yang terbaik yang wajar diundi oleh pengundi.

Ada yang mengatakan memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara, walaupun parti sendiri berantakan.

Ada yang sanggup menghentam dan mengaibkan pemimpin terdahulu dengan menjadikan ia isu dalam menarik sokongan rakyat.

Ada juga yang saling tuduh menuduh mendakwa pihak mereka lebih Islam berbanding yang lain.

ANGKUH, BONGKAK, SOMBONG, TAKBUR

Perkataan di atas membawa maksud yang hampir sama.

Apabila kita berada dalam keadaan selesa ataupun mendapat sokongan yang besar, istilah angkuh ini boleh wujud dan muncul.

Sikap ini juga akan terzahir sekiranya kita yakin akan menang ataupun bangga dengan sokongan yang ramai.

PESANAN BUAT PEMIMPIN

Jangan sesekali biarkan diri dikuasai oleh sikap angkuh.

Hari ini anda dijulang, esok mungkin anda dibuang.

Hari anda menang, esok mungkin tak senang.

Hari ini anda di atas, esok Mungkin jatuh tergolek di bawah.

Hari ini duduk dikerusi empuk, esok Mungkin meringkuk dalam penjara.

 

Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *