Skip to main content

KEGAGALAN “KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI” :  KEMBALILAH MENCARI ULUL ALBAB

Berfikir di luar kotak.

Berfikir di luar kotak. Dan pastikan apabila kita keluar dari kotak, bawa keluar sekali semua orang yang berada dalam kotak. Risau apabila kita gagal membawa orang sekali keluar dari kotak, ada kemungkinan kita sendiri akan masuk semula ke dalam kotak.
Antara peribahasa Melayu yang biasa kita dengar. Saya tambah sedikit peribahasa ini agar lebih jelas maksudnya supaya bersesuaian dengan artikel kali ini.
Jika anda perasan, ini antara peribahasa Melayu yang tinggi nilai Kemahiran Barfikir . Ini menunjukkan betapa Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau KBAT bukan benda baru dalam budaya masyarakat Malaysia. 

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Kenyataan daripada Timbalan Menteri Pendidikan beberapa minggu lalu, antara lainnya menyatakan tentang kegagalan program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang telah dilaksanakan oleh kementerian Pendidikan.
Pelbagai pihak dan individu tampil menyatakan pendapat dan analisis sendiri. Apa yang pasti kebanyakannya (tidak semua) bagai cuba menuding jari mencari siapa yang perlu dipertanggungjawabkan. Guru, kementerian, dan ibubapa antara yang menjadi sasaran.
Percayalah. Menudung jari menyalahkan sesiapa tidak akan menyelesaikan masalah. Menyalahkan program KBAT itu sendiri pun tidak membantu apa apa. Perkara pertama yang perlu kita semua telan ialah membuang ego masing masing.
Sekiranya ego setinggi langit, tiada siapa yang akan mengaku salah dan semua ingin menunjuk hero. Pak menteri menteri harus sedar bahawa jawatan tinggi itu  tidak melambangkan ketinggian akal kita. Orang kampung di ceruk ulu juga perlu sedar bahawa rendahnya status kehidupan bukan penghalang untuk mencapai ketinggian akal fikiran.

MENGENAI KBAT YANG ORANG TIDAK TAHU DAN PERLU TAHU

Kemahiran berfikir aras tinggi bukanlah benda baru dalam kehidupan kita sebagai manusia. Ia cuma di recycle dan dijenamakan semula agar kelihatan segar atau fresh.
Sebelum ia diperkenalkan dalam sistem pendidikan kita, banyak negara di luar Malaysia telah mempraktikkan sistem ini. Maka, seperti kelaziman, teknik ini diserap masuk kedalam pendidikan kita.
Dan seperti kebiasaannya juga dalam sistem kita, benda baru yang dibawa masuk biasanya tidak akan ke mana. Dalam erti kata kasarnya, gagal.
Salah satu faktor yang menyumbang kepada kegagalan ialah ketidakfahaman secara menyeluruh dikalangan masyarakat mengenai KBAT itu sendiri.
Maka, sebab itu penyataan awal tulisan artikel saya mengenai ‘berfikir di luar kotak’ tadi boleh menjawab kepada permasalahan isu ini.
Berfikir aras tinggi bukanlah satu kemahiraan yang boleh dikuasai dalam tempoh singkat. Perlu kita faham bahawa aras tinggi itu bukanlah satu ukuran untuk menilai kemampuan seseorang berfikir. Tidak guna kita berfikir tinggi jika ilmu itu tidak memberi sebarang manfaat.  Tidak guna menlahirkan manusia yang bijak tetapi ditangan merekalah negara kita hancur.
Berfikir ialah satu kemahiran yang tujuannya adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Dengan ilmu itulah kita sebagai manusia dapat menjalankan tanggungjawab sebagai kalifah di muka bumi ini.
Untuk berfikir, ia bermula dengan membaca. Iqra. Ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah berkaitan dengan membaca.
Membaca itu adalah kunci kepada segala ilmu. Membaca itu jugalah langkah pertama dalam berfikir. Seterusnya mendidik akal untuk meneroka ilmu ilmu baru.
Pada peringkat inilah yang menuntut seseorang itu berfikir di luar daripada kebiasaan. Di luar daripada kotak. Dan mendorong akal untuk berfikir ke aras yang lebih tinggi.
Seperti yang saya berulang kali tulis dalam artikel sebelum ini, jangan kita hanya faham bahawa membaca itu hanya sekadar baca buku dan teks. Baca itu harus difahami dalam ruang lingkup yang lebih luas iaitu membaca konteks dan persekitaran.
Al Quran telah menunjukkan kita jalan untuk menjadi insan unggul yang disebut sebagai Ulul Albab. Bagaimana halusnya Quran mendidik kita menjadi insan berfikir aras tinggi.
Golongan Ulul Albab inilah sebenarnya yang perlu kita lahirkan. Inilah golongan insan yang perlu kita lahirkan untuk menjadi pelapis kepada kepimpinan negara. 
Jadikanlah panduan yang telah diturunkan menerusi Al Quran untuk kita jadikan sebagai asas dalam merangka sistem pendidikan kita.
Sudah tiba masanya golongan golongan yang merangka sistem pendidikan kita membuka mata dan minda. Kembali kita jadikan Al Quran itu sebagai rujukan utama dalam menzahirkan satu sistem pendidikan yang unggul.
Sudah tiba masanya ilmuan ilmuan, pakar pakar, dan segala macam manusia hebat di Malaysia ini menghasilkan sistem pendidikan  buatan Malaysia tanpa perlu kita meniru orang luar. Mungkin suatu hari nanti, orang luar pula yang akan meniru kaedah kita.

 Surah Al Imran ( 195 – 200)

190: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

191: (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

192:  Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun.

193:  Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ‘, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;

194:  Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”.

Doa ulul albab Allah jawab dengan SERTA- MERTA.

195.  Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)”.

 

BETAPA KERDILNYA KITA DI BUMI INI

MOHAMAD HAFIZ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *