Skip to main content

KEK KAK KIAH : KISAH INSPIRASI UNTUK BERJAYA

KEK KAK KIAH. Ia merupakan satu jenama kek yang popular di Sabah pada ketika ini. Menariknya, ia adalah satu jenama produk bumiputera yang sudah boleh bersaing dengan jenama kek yang sedia dikenali di pasaran.

Tujuan utama saya menulis artikel mengenai Kak Kiah ini bukanlah nak review pasal kek. Mungkin, saya akan review mengenai kek pada artikel akan datang.

Cuma, saya nak berkongsi cerita bagaimana saya mengenali jenama Kak Kiah itu sendiri. Dan bagaimana, perjalanan Kak Kiah sebenarnya mengajar banyak benda secara tidak langsung kepada saya.

MENGENALI KEK KAK KIAH

Isteri saya adalah peminat nombor satu Kak Kiah. Minatnya terhadap Kak Kiah sehinggakan setiap minggu, pasti akan melawat Kak Kiah Cake House sekali, paling minimum.

Instagram dan Facebook Kak Kiah adalah ‘menu’ wajib yang mesti dilawati di laman sosial.

Masih ingat lagi kedai asal mereka yang comel yang terletak di daerah Papar, kira kira 30 minit perjalanan dari Kota Kinabalu. Walaupun kecil, namun disitulah permulaan Kak Kiah dikenali.

Lokasi awal Kak Kiah sebelum berpindah

Waktu itu, Kak Kiah juga hanya bergerak secara kecilan dengan membuka booth kecil terutamanya di tapak karnival ataupun pesta keramaian.

Sekitar tahun 2014, isteri saya mengandungkan anak kami yang kedua. Ketika itu, antara menu ‘mengidam’ isteri ialah kek. Pelbagai jenis kek telah dibeli. Samada di kedai kek, order online, beli di tapak carnival dan sabagainya.  Tetapi antara kek yang paling favourite dan menepati pilihannya ialah kek Kak Kiah. Kegilaan ketika itu ialah melty cheese cake.

Pernah suatu ketika, dek kerana mengidam punya pasal, saya dan isteri sanggup pergi ke Papar dari Kota KInabalu, semata mata membeli kek.

Itu belum cerita bab memborong. Pernah memborong sehingga sepuluh box melty cheese Kak Kiah yang pelbagai rasa. Memang kategori kaki kek dah pada waktu itu. Mengidam punya pasal. Saya pun sekali tumpang mengidam.

Kak Kiah Cake House

Dalam tempoh singkat beberapa tahun sahaja, Kak Kiah mula membuka cake house pertamanya di Kingfisher, Kota Kinabalu. Inilah adalah antara perkara paling menggembirakan dalam hidup isteri saya.

Dia juga merupakan peminat western food. Dan di Kak Kiah Cake House, makanan western adalah menu utama selain daripada kek.

Secara peribadi, saya bukanlah penggemar makanan sebegini. Tetapi, oleh kerana isteri sering membawa makan ke sana, sacara tidak langsung saya pun mula terjebak dengan western food. Jujur saya katakan, ia memang sedap. Antara menu yang mesti anda cuba, meatball cheese dan Tavarus.

TERUS BERKEMBANG

Kak Kiah Cake House terus mengorak langkah dengan membuka cawangan baru di Papar, Penampang dan Putatan. Kak Kiah juga sudah mula membuka cawangan di mall iaitu di Centre Point, Kota Kinabalu.

Ketika artikel ini ditulis, Kak Kiah baru sahaja membuka satu lagi cawangan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Good strategy, in the right place.

Kak Kiah Cake House, Putatan
Kak Kiah Cake House Kingfisher, Kota Kinabalu
Kak Kiah Cake House, Penampang
Kak Kiah Cake House Centre Point, Kota Kinabalu
Soul Bowl By Kak Kiah, UMS

Kak Kiah juga mula giat mengembangkan perniagaannya ke seluruh Sabah  melalui ajen ejen yang terpilih. Semuanya boleh diikuiti di instagram dan facebook Kak Kiah.

Satu perkara yang saya harus puji Kak Kiah, selain daripada kek dan resepinya yang sedap, ialah marketingnya. Untuk sesuatu produk itu berjaya, ia tidak boleh mengharapkan hanya sekadar rasa yang sedap.

Ia perlukan marketing yang mantap. Kebijaksanaan Kak Kiah menggunakan platform media sosial ini merupakan kunci utama kejayaan Kak Kiah.

Penggunaan logo yang sangat mesra pengguna dan tidak complicated. Warna pink dan elemen lukisan doodle dalam jenama Kak Kiah juga sangat menarik.

MENGHARGAI PELANGGAN

Pelbagai kempen juga diperkenalkan Kak Kiah untuk menghargai pelanggan setianya. Antaranya seperti potongan harga untuk menu tertentu pada waktu tertentu, pelbagai peraduan dan cabutan bertuah, dan sebagainya.

Ini juga antara perkara yang saya sangat respect. Ia membuatkan pelanggan yang setia seperti isteri saya, berasa sangat dihargai (walaupun belum pernah menang lucky draw).

Satu perkara lagi yang puji ialah layanan mesra kepada pelanggan dan sentiasa murah dengan senyuman.

SEMOGA TERUS SUCCESS

Harapan saya, sebagai salah seorang pelanggan Kak Kiah yang mengikuti rapat perkembangan dari jauh, agar jenama Kak Kiah terus maju di masa hadapan.

Jika perkembangan ini terus meningkat, mungkin dalam masa terdekat, Kak Kiah boleh menembusi pula pasaran di seluruh Malaysia. Dan seterusnya, ke peringkat antarabangsa. Insyaallah.

Yang pasti, kejayaan itu tidak datang bergolek. Ia datang bersama pengorbanan yang bukan sedikit. Dengan perancangan dan direction yang betul, usaha yang konsisten, serta doa para pelanggan yang setia, kejayaan pasti akan datang.

Kak Kiah telah membuktikannya. Bumiputera boleh melakukannya.

Facebook : Kak Kiah Cake House
MOHAMAD HAFIZ 
30/10/2019

					

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *